Kolej Melayu Kuala Kangsar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak [[United_Kingdom|British]] atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan [[Idris Murshidul Azam Shah I]] (1886—1916).
 
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRajadiraja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan [[nasionalisme]] orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
 
Seorang graduan [[Universiti Oxford]] yang berasal dari [[Ireland]], William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa [[Melayu]] diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.