Orang Sungai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
YussufAwang (bincang | sumb.)
ejaan dam tambahan kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
YussufAwang (bincang | sumb.)
ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 42:
Perayaan suku kaum sungai juga dikenali dengan nama "Pesta Damas". Walaupun suku kaum Sungai tergolong dalam kategori "Kadazandusun", perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada simbolik perayaan yang mana kebanyakan kaum Kadazandusun dilihat lebih mengetengahkan "Penuaian padi" sebagai simbolik perayaan manakala suku kaum Sungai pula terkenal dengan simbolik perayaan yang berkait dengan "Sungai" terutama sekali sungai Kinabatangan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan ratu cantik (Olingkat Rora'ah), perahu berhias, pertandingan nyanyian dan pertunjukkan perahu berhias. Pesta Damas selalu diadakan di dataran utama Sukau, Kinabatangan.
 
Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah ygyang lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman. Orang Sungai juga tinggal bersama-sama dengan suku kaum Bajau, Bugis dan Suluk (Tausug) memandangkan penduduk tempatan di kawasan pantai timur majoritinya didiami oleh suku kaum ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa perkongsian budaya di antara suku kaum tersebut.
 
Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Pangiran Galpam pernah menetap di Kampung Lanut, Suan Lamba. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.