Sarutobi Asuma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexbot (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
k Membatalkan semakan 446508 oleh 60.49.103.92 (Perbincangan)
Baris 6:
Asuma Sarutobi ialah ketua yang bersikap tenang bagi Pasukan 10 yang terdiri daripada [[Nara Shikamaru]], [[Akimichi Choji]] dan [[Yamanaka Ino]]. Dia selalu dilihat menghisap sepuntung rokok dan biasanya boleh menghabiskan dua bungkus rokok sehari. Tetapi, dia akan berhenti merokok sekiranya sesuatu berlaku atau terdapat masalah yang merunsingkannya. Dalam Bahagian Kedua, Asuma dibuktikan sebagai anak kepada [[Hokage Ketiga]], menjadikannya bapa saudara kepada [[Konohamaru]].
 
Asuma pernah menjadi salah seorang daripada 12 Pelindung Ninja Api yang melindungi ketua bagi Negara Api seperti yang tertulis pada selendang yang diikat di pinggangnya sebelum pulang berkhidmat sebagai Jonin di Konoha. Asuma pernah mengatakan bahawa wang ganjaran bagi mereka yang berjaya mendapatkan kepalanya berjumlah 35 juta ryō.Asuma dan yamato fawwaz pernah menjadi musuh kepada kampung daun.
 
Asuma sentiasa berasa bimbang akan pasukannya yang terdiri daripada (mengikut pandangan peribadinya) seorang 'pelahap' (Choji), seorang 'mulut besar' (Ino) dan seorang 'pemalas' (Shikamaru). Asuma agak rapat dengan pasukannya tetapi kekurangan kemahiran mereka sebagai ninja menjadikan Asuma sukar untuk bekerjasama dengan Pasukan 10. Untuk menangani masalah ini, Asuma selalunya merasuah dan menipu mereka untuk mendapatkan mereka bertindak sebagaimana yang dikehendakinya. Sebagai contoh, Asuma 'menggalakkan' Choji untuk menyempurnakan sesuatu tugas dengan menjanjikannya makanan. Untuk mengetahui setinggi mana IQ sebenar Shikamaru, Asuma memberinya satu ujian IQ yang disamar sebagai satu siri permainan; Asuma sedar bahawa Shikamaru tidak akan menjawab apa-apa soalan bertulis. Keputusannya, Asuma mendapati bahawa IQ Shikamaru melebihi 200.