Bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MrPutra02 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 56:
Bahasa Melayu mempunyai banyak [[dialek]] dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat [[peranakan]] atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek [[bahasa Hokkien|Hokkien]]. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]]. Walau bagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan [[bahasa aglutinatif]], bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada [[Kata Kerja|kata kerja]].
 
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada [[sejarah]] dan [[budaya]]. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada [[1968]], tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat [[Tionghoa|Cina]] dan [[Orang India Malaysia|India]], sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau ''lingua franca'' untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain [[Bahasa Belanda]] yang tidak lagi digunakan. Di [[Timor Leste]], sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerjabekerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang dari [[Kesultanan Melayu Patani]] (orang Melayu [[Wilayah Pattani|Pattani]]), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
 
Pada awal tahun [[2004]], [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] dan [[MABBIM]] mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi [[ASEAN]] memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.