Registan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Epilepson (bincang | sumb.)
Mencipta laman, akan tambah esok
 
Epilepson (bincang | sumb.)
Menyiapkan laman.
Baris 1:
[[Fail:Registan square Samarkand.jpg|thumb|255x255px|'''Registan''' dan ketiga-tiga [[madrasah]]<nowiki/>nya. Dari kiri ke kanan, Madrasah Ulugh Beg, Madrasah Tilya-Kori dan Madrasah ShedSher-Dor]]
'''Registan''' merupakan pusat sebuah bandar purba dinamakan [[Samarkand]] ketika [[Wangsa Timuriyah|Wangsa Timumriyah]], sekarang di [[Uzbekistan]]. Nama Registan (ریگستان) bermaksud "tempat berpasir" atau "gurun" dalam [[bahasa Parsi]].
 
Baris 5:
 
== Madrasah ==
[[Fail:Registan maquette.jpg|thumb|Model kecil Registan, yang terletak di tengah bandar Samarkand, di ibu pejabat PBB di New York.]]
Registan terdiri daripada tiga madrasah iaitu: Madrasah Ulugh Beg (1417 - 1420) Madrasah Tilya-Kori (1646–1660) and Madrasah ShedSher-Dor (1619–1636). Madrasah ialah istilah [[bahasa Arab]] bermaksud sekolah.
 
=== Madrasah Ulugh Beg (1417 - 1420) ===
Madrasah Ulugh Beg, dibina oleh Ulugh Beg ketika era [[Tamerlane]] Empayar Timuriyah, mempunyai sebuah [[iwan]] dengan sebuah pishtaq atau tempat masuk yang bergerbang lancet yang menghadap medan bandar. Penjuru-penjuru diapit oleh beberapa [[menara masjid]] yang tinggi. Panel mozek di gerbang masuk iwan itu dihias dengan perhiasan yang digayakan secara geometrik. Halaman dalam yang berbentuk segi empat mempunyai sebuah masjid serta bilik-bilik kuliah, dan ia dipinggir dengan ruang asrama di mana pelajar tinggal. Terdapat beberapa galeri dalaman sepanjang paksi. Pada asalnya, Madrasah Ulugh Beg merupakan bangunan dua tingkat dengan empat ''darskhonas'' (bilik kuliah) yang berkubah terletak di penjuru-penjuru bangunan.
 
<br />
Madrasah Ulugh Beg ([[Bahasa Parsi]]: مدرسه الغ بیگ‎) merupakan salah satu universiti pendeta muslim di negara timur terbaik pada abad ke-15. Abdul-Rahman Jami, penyair, cendekiawan, ahli sains dan ahli falsafah Parsi yang hebat itu belajar di madrasah berkenaan.<ref>Mukminova, RG (2007). "Peranan Islam dalam pendidikan di Asia Tengah pada abad ke-15 hingga abad ke-17". ''STUDIES ON CENTRAL ASIA Nuova serie''. 1</ref> Ulugh Beg sendiri memberi kuliah di sana. Ketika pentadbiran Ulugh Beg, madrasah tersebut dijadikan pusat pendidikan.
 
=== Madrasah Sher-Dor (1619 - 1636) ===
Pada abad ke-17, pemerintah Samarkand, Yalangtush Bakhodur, mengarahkan pembinaan madrasah Sher-Dor ([[Bahasa Parsi]]: شیردار‎) dan madrasah Tilya-Kori ([[Bahasa Parsi]]: طلاکاری‎). Mozek harimau dengan matahari yang terbit di belakangnya, pada setiap gerbang madrasah-madrasah berkenaan menarik, di mana mozek tersebut melanggar keharaman dalam Islam, iaitu penggambaran makhluk hidup pada bangunan beragama. Mozek tersebut menunjukkan motif agama Mithraic Parsi yang lebih purba. Terdapat sedikit pengaruh [[Majusi]] dalam seni bina.
 
=== Madrasah Tilya-Kori (1646 - 1660) ===
Sepuluh tahun kemudian, Madrasah Tilya-Kori ([[Bahasa Parsi]]: طلاکاری‎, bermaksud "berlapis emas") dibina. Ia bukan sahaja sebuah kawasan kolej untuk pelajar, malah memain peranan sebagai masjid utama. Ia mempunyai fasad utama setinggi dua tingkat dan sebuah halaman dalam yang luas diapit oleh ruang asrama, dengan empat galeri sepanjang paksi. Bangunan masjid itu diletak di bahagian barat halaman dalam itu. Dewan utama masjid itu dilapis dengan emas dengan banyak.<gallery mode="packed" widths="165" heights="120">
Fail:Rajasthan3.jpg|Madrasah Ulugh Beg
Fail:Rajasthan.jpg|Madrasah Sher-Dor
Fail:Registan Tillya-Kari madrasah2014.JPG|Madrasah Tilya-Kori
Fail:Ulugh-beg Madrassa courtyard.JPG|Halaman dalam Madrasah Ulugh Beg
Fail:Lion(or tiger) on the Sher-dor madrassa.JPG|Harimau pada iwan Madrasah Sher-Dor
Fail:Gorskii 21756u.jpg|Madrasah Tilya-Kori pada abad ke-19
</gallery>
 
== Bangunan lain ==
 
=== Makam kaum Shaybanid ===
Di sebelah timur Madrasah Tilya-Kori, makam kaum Shaybanid (abad ke-16) dapat ditemui. Pengasas sebenar kuasa kaum Shaybanid ialah Muhammad Shaybani - cucu kepada Abu'l-Khayr Khan. Pada tahun 1500, dengan sokongan Kekhanan Chaghataite, dulu ditempatkan di [[Tashkent]], Muhammad Shaybani menakluki Samarkand dan [[Bukhara]] daripada pemerintah [[Wangsa Timuriyah|Timuriyah]] mereka yang terakhir. Pengasas dinasti itu kemudian melawan dermawannya dan pada tahun 1503 mengambil alih Tashkent. Beliau menangkap [[Khiva]] pada tahun 1506 dan pada tahun 1507 menakluki [[Merv]] (Turkmenistan), Parsi timur dan Afghanistan barat. Kaum Shaybanid memberhentikan perkembangan [[Wangsa Safawiyah]], yang pada tahun 1502, telah mengalahkan kaum Aq Qoyunlu (Iran). Muhammad Shaybani merupakan ketua kepada [[Uzbek]] yang nomad. Pada tahun-tahun yang berikutnya, mereka menetap di oasis-oasis Asia Tengah. Penaklukan Uzbek pada abad ke-15 merupakan komponen terakhir kepada etnogeni negara [[Uzbek]] kini.
 
=== Kubah perdagangan Chorsu ===
Kubah perdagangan Chorsu ditempatkan di belakang Madrasah Sher-Dor.<gallery mode="packed" widths="180" heights="120">
Fail:Street Tashkent mausoleum Sheibanids.jpg|Makam kaum Shaybanid
Fail:Chorsu 2015.JPG|Kubah perdagangan Chorsu
</gallery>
 
== Juga lihat ==
 
* [[Wangsa Timuriyah]]
* [[Masjid]]
* [[Madrasah]]
 
== Rujukan ==
{{Commons}}
<references />
[[Kategori:Seni bina Islam]]
[[Kategori:Madrasah]]