SM Faisal SM Nasimuddin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 22:
}}
 
'''[[Datuk|Datuk Wira]] SM Faisal SM Nasimuddin''' (lahir 10 Oktober 1979) merupakan usahawan terkenal di Malaysia. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan [[Naza]], salah sebuah konglomerat Bumiputera milik persendirian terbesar di Malaysia.
 
Pada 17 Januari 2010, beliau telah dianugerahkan gelaran '[[Datuk|'Datuk]]" iaitu Datuk Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) daripada [[Sultan Kedah]]. Anugerah tersebut adalah sempena dari hari keputeraan ke-82 Almarhum [[Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah|Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah]] di Balai Penghadapan [[Istana Anak Bukit]], [[Anak Bukit]], [[Kedah]]. SM Faisal telah menujukan anugerah tersebut kepada allahyarham bapanya iaitu Tan Sri [[Nasimuddin Amin|SM Nasimuddin SM Amin]] dan keseluruhan kakitangan Kumpulan NAZA.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=468983 "Anugerah Ini Mendalam Maknanya" - SM Faisal]</ref> Manakala, pada 23 Januari 2011, beliau telah memperolehi Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran "Datuk Wira" daripada Yang Dipertuan Negeri Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob.