Two Mothers (siri TV): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
Pada hari perkahwinannya, Baek Yeon-hee telah jatuh pengsan lalu dikejarkan ke hospital. Yeon-hee kemudian disahkan menghidapi kanser rahim, dimana rahimnya terpaksa dikeluarkan bagi menyelamatkan nyawanya. Puan Kwak, iaitu ibu mertua Yeon-hee yang terlalu inginkan kehadiran seorang cucu kemudian mendesak anaknya, Jeong Byeong-guk berkahwin lagi. Namun, Byeong-guk enggan menerima rancangan ibunya itu disebabkan dia sangat mencintai Yeon-hee dan tidak sanggup untuk menduakan isteri tercintanya itu. Bagaimanapun, Puan Kwak yang masih tidak berputus asa lantas menyatakan hasratnya kepada Byeong-guk dan Yeon-hee untuk mencari seorang wanita yang boleh dijadikan sebagai ibu tumpang agar boleh mengandung dan memberikan keturunan kepada keluarga mereka. Yeon-hee yang semakin tertekan disebabkan desakan ibu mertuanya yang terlalu inginkan kehadiran seorang cucu itu tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menurut sahaja dengan kehendak ibu mertuanya itu. Sementara itu, Lee Hwa-young yang berhasrat untuk membalas dendam terhadap Yeon-hee kemudian menawarkan dirinya untuk menjadi ibu tumpang kepada anak Yeon-hee dan Byeong-guk kelak. Ini disebabkan Hwa-young percaya bahwa Yeon-hee adalah penyebab kepada kematian abangnya, Lee Dong-hyun yang meninggal dalam kemalangan pada hari perkahwinan Yeon-hee dan Byeong-guk.
 
Setelah selamat melahirkan, Hwang-young kemudian menyerahkan Jeong-Jin-wu, iaitu anak yang dikandungnya itu kepada Yeon-hee dan Byeong-guk. Masa terus berlalu, kini Hwang-young kembali dan dia merancang untuk memulakan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Yeon-hee. Hwang-young kemudian berusaha untuk menghancurkan hidup Yeon-hee dengan menggoda Byeong-guk dan merampas semula Jin-wu daripada Yeon-hee. Bagaimanapun, disebabkan rancangan Hwa-young begitu taksub ingin membalas dendamnya tanpa disengajakan telah menyebabkan Yeon-hee kehilangan ibu tercintanya. Namun kerana dendam Hwa-young langsung tidak rasa bersalah terhadap kematian ibu Yeon-hee. Dia juga kini dengan tanpa rasa segan silu mendedahkan hubungan sulitnya dengan Byeong-guk kepada Yeon-hee. HwsHwa-young juga semakin merapatkan dirinya kepada keluarga mertua Yeon-hee bagi memenangi hati Puan Kwak agar menerima dirinya ke dalam keluarga tersebut. Pada mulanya Yeon-hee tidak mempercayai dengan kata-kata Hwa-young itu disebabkan dia percaya bahawa Byeong-guk merupakan seorang suami yang setia. Namun, segalanya berubah setelah suatu hari dia mendapati Byeong-guk dan Hwa-young sedang bermesraan didalam sebuah hotel. Yeon-hee yang berasa dikhianati lantas menuntut cerai daripada Byeong-guk dan ingin mendapatkan hak penjagaan Jin-wu. Namun ternyata bukan mudah apabila Puan Kwak turut campur tangan dalam mempertahankan hak penjagaan tersebut lalu bertindak memisahkan Jin-wu daripada Yeon-hee.
 
Yeon-hee yang merasa putus asa lantas menyerahkan Jin-wu kepada keluarga bekas mertuanya itu. Bagaimanapun, akibat didesak dengan perasaan rindu terhadap anaknya itu membuatkan Yeon-hee kembali untuk menuntut hak penjagaan Jin-wu. Yeon-hee bertekad untuk membongkar segala kejahatan Hwa-young setelah dia mengetahui bahawa Hwa-young adalah punca kematian ibunya serta menyebabkan kejatuhan syarikat ayahnya. Yeon-hee juga bertekad untuk mendapatkan semula syarikat ayahnya yang telah dirampas oleh Byeong-guk dan Hwa-young itu. Sementara itu, Choi Sang-du iaitu bekas teman lelaki Hwa-young juga kini kembali dan mula memburu Hwa-young setelah dia mendapati Hwa-young pernah mengandungkan Lee So-ra, iaitu anak mereka berdua lantas menyembunyikan So-ra daripada dirinya. Hwa-young yang merasa bahawa rahsia kelamnya itu bakal terbongkar lantas berbohong kepada Byeong-guk dengan mengatakan So-ra adalah anak kandung mereka bersama. Manakala Yeon-hee yang mengetahui bahawa So-ra bukan anak kandung Byeong-guk lantas menemui Byeong-guk lalu menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada bekas suaminya itu. Byeong-guk yang berasa telah ditipu lantas memarahi Hwa-young lalu bertekad untuk meninggalkannya. Kini, Yeon-hee juga berjaya mendapatkan bukti yang kukuh serta mendedahkan kesemua kejahatan Hwa-young lantas menyerahkan segala bukti kpeada pihak polis. Hwa-young yang enggan menerima kejatuhannya itu kemudian menyalahkan Yeon-hee diatas kematian abangnya itu. Yeon-hee kemudian menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui sama sekali jika Dong-hyun merupakan abang kepada Hwa-young dan dia juga sempat menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui bahawa Dong-hyun mati dihari perkahwinannya. Yeon-hee juga sempat menasihati Hwa-young agar menyerahkan dirinya kepada pihak polis. Akan tetapi, Hwa-young yang enggan menurut kemahuan Yeon-hee itu lantas bertindak untuk membunuh dirinya dilaut. Bagaimanapun niatnya itu berjaya dihalang Yeon-hee lalu dia dibawa ke balai polis. Akhirnya, Hwa-young sedar akan kesilapannya selama ini lalu meminta maaf kepada Yeon-hee. Yeon-hee kini berasa lega setelah mengetahui Hwa-young kini telahpun menyesal akan perbuatannya dahulu lantas mengajak Hwa-young agar membesarkan anak mereka bersama-sama.