Suri (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 4:
Suri mempunyai musuh sejak di bangku sekolah iaitu Kira (lakonan Izreen Azminda) dan konflik di antara mereka menjadi tambah rumit apabila ibu bapa mereka berkahwin.Kira berasa malu apabila Bella mendapat tahu yang Suri tinggal serumahnya dengannya. Kira cuba menghalang papanya Farid dari berkahwin dengan ibu Suri(Marisa).Namun Farid berjanji jika Marisa memukul Kira,Farid akan menceraikannya. Kira selalu membuli Suri.Namun di depan Farid dan Marisa, Kira berpura-pura baik melayan Suri.
 
Suri cemerlang dalam pelajaran, Kira pula sebaliknya. Kira lebih gemar berkawan dengan beberapa remaja liar hingga mula terjebak dengan dadah. Malangnya, pihak polis mula menghidu aktiviti Kira dan rakannya dan menyerbu rumah Kira. Sewaktu operasi menggeladah rumah, polis menjumpai dadah dalam bilik Suri. Kira sengaja menyembunyikan dadah itu dalam bilik Suri. Selepas kejadian itu, Suri dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.
 
Setelah setahun berlalu, Suri dibebaskan dari pusat pemulihan. Ketika itu Kira menyambung pelajarannya di sebuah kolej. Kira berasakan dia lebih berjaya daripada Suri kerana Suri masih belum menduduki SPM dan kini Suri hanya mampu bekerja di sebuah kedai.