Papar, Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
NikoUMS (bincang | sumb.)
Baris 53:
Asal usul nama ''Papar'' adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. Seperti mana kebanyakan tempat seluruh jalur pantai barat Sabah, Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan [[Brunei]]. Ketua masyarakat tempatan pada ketika itu adalah Datu Amir Bahar yang berketurunan [[Bajau]]. Papar kemudiannya telah diserahkan kepada adik-beradik [[Overback]] dan [[Dent]] pada tahun 1877.<ref>http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/sejarah.htm</ref>
 
Pegawai British pertama yang mentadbir Papar pada ketika itu adalah H.L. Leicester. Pentadbirannya bermula pada februari 1878 yang memfokuskan untuk mengingkatkan hasil pulangan daerah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah kewangan yang dihadapi oleh [[Syarikat Borneo Utara British]] pada waktu itu telah membantutkan hasrat Leicester. Beliau kemudiannya digantikan oleh [[Alfred Hart Everett]].<ref>http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/sejarah.htm</ref> Everett telah berusaha untuk mengadakan pentadbiran yang berkesan tetapi tidak berjaya sepenuhnya kerana kesulitan untuk menyelesaikan pertelingkahan diantara puak-puak di daerah ini.
 
Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk membantunya. Untuk memudahkan pentadbirannya, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pembesar-pembesar tempatan seperti Datuk Amir Bahar, Ketua orang-orang Bajau dan OKK Dugassa. Beliau seterusnya menyerahkan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran tempatan kepada mereka.
 
Stesen pentadbiran British di Papar terletak di tebing anak Sungai Papar berhampiran dengan Sekolah Menengah Majakir sekarang ini. Pada mulanya tempat ini hanya mempunyai beberapa bangunan yang diperbuat daripada kajang dan beratapkan daun rumbia yang dimiliki oleh Kerajaan.
 
Selama berada di bawah Syarikat Berpiagam, Papar telah mengalami beberapa sistem pentadbiran, dimana ia ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah, kadangkala ia juga ditadbir seorang Pemangku Penolong Pegawai Daerah yang berada dibawah jagaan Pegawai Daerah di Jesselton (Kota Kinabalu). Keadaan ini bergantung kepada kemampuan Kerajaan untuk menyediakan pegawai-pegawai pentadbir.
 
Dibawah pentadbiran British, Pegawai British akan dibantu oleh Ketua-Ketua Anak Negeri dan juga Kapitan Cina yang pertama ialah Chan Fook iaitu ayah kepada Datuk Chi On. Bagi suku kaum Kadazan-Dusun pula mereka telah dipimpin oleh Duraun. Kesemua suku kaum yang berada di daerah Papar ini bekerja sama untuk memajukan daerah Papar.
 
Sementara itu masyarakat Islam di daerah Papar dikatakan bermula sejak tahun 1780 lagi. Pada masa itu sudah terdapat kampung seperti Kampung Sapat, Kampung Singgah Mata (Buang Sayang), Kampung Subarang (sekarang Pekan Papar) dan Kampung Palaun. Penghulu ketika itu ialah Dato Kupar yang tinggal di Kampung Subarang. Imamnya pula bernama Dato Durauf.
 
Pada waktu itu hanya terdapat surau-surau sahaja sebagai tempat beribadat. Masjid pertama daerah Papar telah didirikan di Kampung Laut pada 1890. Imamnya ialah Sarif Haji Idris yang berasal dari Indonesia. Disamping menjadi Imam, beliau juga merupakan guru agama.
 
Ekoran daripada perkembangan ini, ramai alim ulama dari Brunei dan Sarawak datang dan menetap di Papar. Papar merupakan salah satu pusat kegiatan Islam di "Negeri Di Bawah Bayu" ini.
 
Apabila penduduk daerah ini semakin bertambah, Sekolah Melayu Pekan Papar telah didirikan pada tahun 1920. Manakala Sekolah Menengah St Joseph telah didirikan oleh Rev. Father Klyn.
 
== Bandar dan Daerah ==