Dewa Nergal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 14:
Kuil utama Nergal di Cuthah mempunyai nama ''Meslam'', dari mana dewa ini menerima gelaran ''Meslamtaeda '' atau ''Meslamtaea'', "yang dibesarkan di Meslam". Nama Meslamtaeda/Meslamtaea sesungguhnya dapat dijumpai seawal senarai dewa dari Fara sementara nama Nergal hanya muncul pada tempoh Akkadian. Di kalangan [[Hurrians]] dan kemudiannya [[Hittites]] dia dikenali sebagai [[Aplu]], nama yang diambil dari Akkadian ''Aplu Enlil'', bererti "anak lelaki Enlil". Sebagai Dewa wabak, namanya dipuja semasa "tahun wabak" semasa pemerintahan [[Suppiluliuma]], apabila penyakit ini merebak dari Mesir.
 
Kult Nergal tidak kelihatannya tersebar seluas seperti [[Ninurta]], tetapi pada akhir Babylonian dan awal tempoh Persian, ''[[sinkretisme|sinkretisme (''syncretism'')]] kelihatannya telah menggabungkan kedua dewa, yang disebut bersama seolah-olah satu. Mentera dan pemujaan dan ukiran lain pemerintah Babylonian dan [[Assyria]] sering kali memujanya, tetapi tidak banyak kuil baginya terdapat di luar Cuthah. [[Sennacherib]] menyebut satu di Tarbisu di utara [[Nineveh]], tetapi jelas, sungguhpun [[Nebuchadnezzar II dari Babylon|Nebuchadnezzar II]] (606 BCE - 586 BCE), pembina kuil teragung dalam pemerintahan beraja Babylonian Baru, membayangkan operasinya di Meslam di Cuthah, dia tidak menyebut sebarang kuil bagi Nergal di Babylon. Kaitan tempatannya dengan kedudukan asalnya -- Kutha -- dan konsep yang membayangkannya sebagai dewa kematian menjadikannya sebagai digeruni dan bukannya dipuja dengan kerap. Nergal juga dikenali sebagai ''Ni-Marad'' dalam Akkadian. Sebagaimana ''Lugal Marad'' dalam Sumerian, namanya bererti "raja Marad," bandar yang namanya bererti "Pemberontakan" dalam Akkadian, yang belum dikenal pasti. Nama Ni-Marad, dalam Akkadian bererti "Tuan Marad". Ketua dewa bagi tempat ini, dengan itu, kelihatannya seperti Nergal, dari mana, dengan itu, Lugal-Marad atau Ni-Marad merupakan nama lain baginya.
 
==Lihat juga==