Pertempuran Lipany: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 36:
 
== Latar belakang ==
Pada lewat abad ke-14, kritikan ke atas [[Gereja Katolik|gereja]] telah mencapai kemuncaknya terutamanya di sudut dunia Katolik. Di [[England]], ahli falsafah [[John Wycliffe]] mengetuai penentangan terhadap [[paus]]. Beliau menyerang amalan gereja yang suka bermewah. danBeliau juga telah memperkenalkan penterjemahan kitab [[Bible]] ke dalam bahasa-bahasa tempatan. Gerakan beliau telah banyak mempengaruhi paderi [[Jan Hus]] dari [[Kerajaan Bohemia|Bohemia]]. Dunia Katolik telah berpecah dalam situasi yang dikenali sebagai [[Perpecahan Timur]] pada tahun 1378. Paus-paus yang bersaing telah diundi di [[Rom]] dan [[Avignon]]. Perkara ini hanya mengurangkan martabat gereja dan ia telah membantu Jan Hus memperoleh sokongannya dengan kelantangannya menentang gereja dan paus. Pada masa itu, Bohemia merupakan sebuah kerajaan yang berada di bawah pengaruh [[Empayar Suci Rom]] dan ia telah diperintah oleh [[Wenceslaus IV dari Bohemia|Wenceslaus IV]]. Beliau cuba untuk mengekalkan status neutral kerajaannya di kala perpecahan agama bagi membolehkannya dilantik untuk menaiki takhta Rom Suci. Namun, ia hanyalah mengukuhkan kedudukan Jan Hus yang meraih sokongan deras. Abang tiri Wenceslaus iaitu [[Sigismund, Maharaja Suci Rom|Sigismund]] yang merupakan [[Senarai raja Hungary|Raja Hungary]] juga bersaing untuk merebut takhta Rom Suci. Jadi pada tahun 1414, beliau telah mengadakan [[Majlis Constance]] untuk menamatkan perpecahan ini. Jan Hus juga dipelawa ke sana untuk membela dirinya dan dijamin perlindungan oleh Sigismund tetapi beliau telah dipenjara dan dihukum mati pada Julai 1415.
 
Pengikut Hus yang menggelarkan diri mereka sebagai [[Gerakan Hus|Husite]] mula menyerang biara Katolik di Bohemia dan [[Moravia]]. Pada tahun 1419, kawasan tersebut dilanda pemberontakan terbuka dan pada bulan Julai, penduduk kota [[Prague]] menyerang wakil-wakil raja. Sesetengah sumber telah mendakwa Wenceslaus sangat terkejut ekoran ini sehingga menyebabkan kematiannya. Sigismund menggantikan Wenceslaus dan beliau dengan segeranya menghantar tentera. Pengikut Hus yang bersederhana iaitu [[Utraquisme|Utraquis]] kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan penghuni kota-kota besar lebih cenderung kepada rundingan. Namun pengikut Hus yang lebih radikal yang dikenali sebagai [[Taborit]] terdiri daripada golongan bangsawan kecil dan petani dipimpin oleh veteran [[Pertempuran Grunwald]], [[Jan Žižka]] telah meneruskan penentangan. Pada awal tahun 1420, tentera Taborit yang kecil ini telah berjaya [[Pertempuran Sudoměř|menewaskan]] tentera Katolik di [[Sudoměř]]. Beberapa bulan kemudian, Husite telah mengambil alih banyak kota di Bohemia. Pada November 1420, mereka telah memenangi [[Pertempuran Vyšehrad|pertempuran]] penting di [[Vyšehrad]]. Pada Januari 1421, Taborit telah mara memasuki Moravia dan memaksa Sigismund untuk berundur ke [[Hungary]] apabila garis bekalannya berada dalam keadaan bahaya.