Pertempuran Magnesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict | conflict = Pertempuran Magnesia | image = | image_size = | caption = |coordinates={{coord|38.6167|N|27.4333|E|source:wikidat...'
 
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Infobox military conflict
| conflict = Pertempuran Magnesia
| image = [[Fail:Roman-Syrian-War_it.png|240px]]
| image_size =
| caption = Peta pertempuran antara Rom dan Antiochus dari tahun 192-189 SM termasuk Pertempuran Magnesia.
| caption =
|coordinates={{coord|38.6167|N|27.4333|E|source:wikidata|display=title}}
| map_type =
Baris 51:
[[Kerajaan Beraja Rom|Rom]] telah didirikan pada tahun 753 Sebelum Masihi (SM) di [[Semenanjung Apennine]] dan pertama kalinya diperintah oleh raja-raja sebelum ia bertukar menjadi [[Republik Rom|republik]] pada tahun 509 SM. Dasar perluasan kuasa Rom pada awalnya perlahan tetapi sebahagian besar kawasan semenanjung berada di bawah pemerintahannya pada kurun ke-3 SM. Pada pertengahan kurun ke-3 SM, Republik Rom menghadapi cabaran besar yang pertama iaitu dua konflik berdarah menentang [[Carthage Kuno|Carthage]]. Walaupun bergelut pada mulanya, Rom akhirnya memenangi kedua-dua konflik tersebut yang dikenali sebagai [[Peperangan Punic]]. Kemenangan tersebut telah mengesahkan dominasi Rom ke atas kawasan tengah dan barat [[Mediterranean]]. Apabila [[Empayar Makedonia|Makedonia]] menjadikan Carthage sebagai sekutunya, Rom kini mempunyai alasan untuknya bercampur tangan terhadap situasi di [[Greece]]. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah empayar baru yang muncul dari timur. Salah seorang daripada pewaris [[Alexander Agung|Alexander]] telah menubuhkan sebuah empayar yang dikenali sebagai [[Empayar Seleucid]] yang diambil sempena nama pengasasnya, [[Seleucus I Nicator|Seleucus]]. Empayar Seleucid menjangkau dari [[India]] hingga ke [[Anatolia]] dan [[Levant]].
 
[[Fail:Seleucid-Empire_200bc.jpg|thumb|320px|Empayar Seleucid sekitar tahun 200 SM sebelum meluaskan kuasanya ke Anatolia dan Greece.]]
Pada tahun 203 SM, pemerintah Seleucid baru iaitu [[Antiochus III Agung|Antiochus III]] telah menyertai satu pakatan dengan [[Philip V dari Makedonia]]. Beliau sepatutnya membantu Philip berperang menentang Rom dalam [[Perang Makedonia Kedua]]. Sebaliknya, beliau berpaling terhadap kempen penaklukan ke atas wilayah-wilayah [[dinasti Ptolemaik]] di [[Asia Kecil]] dan [[Syria]]. Setelah Rom mengalahkan Philip V, Rom mengumumkan sebuah polisi baru yang dikenali sebagai "Kebebasan Orang Yunani" dan mengundurkan tentera mereka. Hal ini demikian kerana mereka menyimpulkan bahawa sayap timur empayar mereka kini dijamin. Walau bagaimanapun, ia telah meninggalkan sebuah kekosongan kuasa yang ingin direbut oleh Antiochus. Pada masa yang sama, musuh terbesar Rom iaitu jeneral Carthage, [[Hannibal]] telah pergi menyertai istana Seleucid dan beliau mendesak Antiochus untuk berperang. [[Liga Aetolia]] yang pernah bersekutu dengan Rom dalam Perang Makedonia berasa tidak serasi dengan pengaruh [[Latin]] yang berkembang di Greece dan mereka sangat hampir untuk bergabung tentera dengan Seleucid. Rom memanfaatkan ketegangan ini sebagai alasan untuk menempatkan [[legiun]]-legiun mereka di Greece. Pasukan legiun ini telah memadamkan pemberontakan anti-Rom oleh [[Sparta]] pada tahun 195 SM. Antiochus pula terus mengancam sehingga membangkitkan rasa takut di [[negara kota]] Yunani. Pada tahun 192 SM, Liga Aetolia menjemput pemimpin Seleucid itu ke Greece sebagai pembebas untuk memerdekakan Greece daripada Rom.
 
Antiochus menyeberangi [[Hellespont]] dan mara melalui [[Thessaly]] untuk mengepung [[Larissa]]. Rom dapat membaca pergerakannya sebelum menggunakan semua pengaruhnya untuk menghalang Makedonia dan [[Liga Achaea]] daripada menyertai tentera Seleucid. Legiun Rom yang ditempatkan di Greece di bawah pimpinan [[Appius Claudius Pulcher (konsul 185 SM)|Appius Claudius]] bergerak menghampiri Thessaly. Antiochus pula tidak perasan bahawa betapa lemahnya tentera Rom di kawasan itu. Apabila sejumlah tentera Rom yang kecil menghampiri Larissa, beliau berasa panik dan berundur bersama dengan tenteranya menuju ke Pulau [[Euboea]] sebelum mereka menghabiskan waktu sepanjang musim sejuk di sana. Perkara ini terbukti sebagai satu kesilapan apabila tentera Rom mengambil kesempatan ini untuk menggerakkan lebih daripada 20,000 tenteranya dari [[Brundusium]] ke [[Apollonia]] pada musim bunga tahun 191 SM. Kebanyakan tentera Seleucid pada masa itu masih berada di Asia. Jadi, kedudukan Antiochus tidak tentu. Beliau hanya mempunyai 10,000 tentera untuk berhadapan dengan tentera Rom seramai 30,000 hingga 40,000 orang. Antiochus kiranya boleh memanfaatkan kelebihannya di [[Laut Aegea]] untuknya beredar ke Asia. Namun sebaliknya, beliau memilih untuk bertahan daripada legiun Rom di [[Thermopylae]] sementara menunggu kedatangan bantuan ketenteraan. [[Pertempuran Thermopylae (191 SM)|Pertempuran Thermopylae]] pun tercetus di situ yang akhirnya dimenangi oleh Rom.
 
Kekalahan Seleucid dalam pertempuran tersebut telah menjejaskan hubungan diplomatik. Aetolia telah meminta rundingan damai berasingan manakala [[Kerajaan Pergamon|Pergamon]] dan [[Rhodes]] pula bersekutu dengan Rom sekali gus menimbulkan masalah ke atas dominasi Seleucid di lautan. Perkara ini ternyata sangat penting setelah mereka [[Pertempuran Eurymedon (193 SM)|tewas]] kepada Rhodes di [[Sungai Köprüçay|Eurymedon]] yang menyebabkan Seleucid kehilangan dominasi di lautan. [[Pertempuran Myonessus|Myonessus]] pula telah dikuasai oleh armada campuran Rom-Rhode. Percubaan Seleucid untuk menyerang Greece atau Itali dapat dihalang sekali gus membolehkan Rom bersama sekutunya melancarkan serangan balas. Tentera Rom menggunakan kelebihan mereka sambil dipimpin oleh [[Lucius Cornelius Scipio Asiaticus|Lucius Cornelius Scipio]] telah melewati Makedonia dan [[Thrace]] menuju ke Asia Kecil pada tahun 190 SM. Antiochus cuba untuk berunding tetapi permintaan Rom yang melampau membuatkan beliau tidak mempunyai pilihan yang lain selain bertempur. Raja itu berundur perlahan-lahan ke arah tenggara sebelum berkubu di [[Magnesia ad Sipylum|Magnesia]]. Tentera Rom menghampiri kem Seleucid pada pertengahan bulan Disember.
 
== Komposisi tentera ==
Sejarawan Rom mendakwa bahawa tentera [[Antiochus III Agung|Antiochus]] seramai 70,000 orang termasuk 12,000 tentera kavalri dan 54 ekor [[gajah perang]] manakala [[Republik Rom|Rom]] bersama sekutunya, [[Kerajaan Pergamon|Pergamon]], [[Empayar Makedonia|Makedonia]] dan [[Thrace]] memiliki tentera yang berjumlah 30,000. Dengan itu, tidak ada yang dapat menghalang Rom untuk berperang melawan musuh yang berganda ramainya dan ia jelas bahawa mereka yang menyahut pertempuran ini. Sejarawan moden pula menganggarkan jumlah kedua-dua pihak ini agak sama iaitu sekitar 50,000 tentera.
 
Pertempuran ini tercetus pada 22 Disember 190 SM di barat laut kota [[Magnesia ad Sipylum|Magnesia]] di antara Sungai [[Phrygios]] dan [[Sungai Gediz|Hermus]]. Tentera [[Seleucid]] menempatkan tenteranya yang dikelilingi Hermus di sebelah kiri dan Phrygios di sebelah kanan manakala Rom pula dikelilingi oleh Phrygios di sebelah kiri dan belakang manakala Hermus berada di sebelah kanan. Jantung pasukan dan pasukan sayap kiri Rom terdiri daripada infantri bersama beberapa kumpulan kavalri kecil yang berada di pasukan sayap. Infantri Rom terdiri daripada tentera Rom dan sekutu-sekutunya dari Itali. Mereka telah disusun dengan menggunakan formasi tradisional "[[Triplex Acies]]" yang mana [[hastati]] muda berada di barisan hadapan diikuti oleh [[principes]] yang lebih berpengalaman di barisan kedua dan [[triarii]] yang veteran di barisan terakhir. Pasukan sayap kanan pula dikendalikan oleh sekutu Rom dari Yunani dan ia terdiri daripada [[peltast]] Yunani dan pasukan kavalri berat. Tentera Rom juga mempunyai 16 ekor gajah dari [[Afrika Utara]] tetapi panglimanya memutuskan tidak akan menggunakan khidmat gajah tersebut kerana saiznya lebih kecil dan tidak begitu agresif jika dibandingkan gajah Antiochus yang berasal dari India.
 
Jantung pasukan Seleucid telah dibina sekitar 10 unit [[phalanx]] Makedonia tradisional dan mempunyai dua lagi unit sekutu [[Galatia]] serta terdapat tentera bergajah di dalam setiap unit tersebut. Setiap daripada pasukan sayap Antiochus terdiri daripada 4,000 pasukan kavalri berat dan sebahagian daripadanya ialah [[kataphract]]. Terdapat 16 ekor gajah berada di belakang setiap kumpulan kavalri. Antiochus juga memiliki sekumpulan unit [[rata|pedati]] kuda di pasukan sayap kiri dan dan infantri memanah di bahagian kedua-dua pasukan sayap. Kedua-dua pihak mempunyai jumlah tentera [[misil]] ringan yang tidak diketahui dan ia diletakkan di hadapan pasukan kavalri berat.
 
== Pertempuran ==
Pertempuran mula bermula apabila kempulan [[rata|pedati]] kuda [[Empayar Seleucid|Seleucid]] menyerang pasukan sayap kanan [[Republik Rom|Rom]]. Serangan mereka telah disambut oleh serangan anak panah daripada unit misil Rom lalu membuatkan pedati kuda Seleucid berundur dalam keadaan panik. Rasa panik telah merebak ke seluruh pasukan sayap kiri [[Antiochus III Agung|Antiochus]]. Apabila kavalri berat Rom dan pasukan [[peltast]] menyerang [[kataphract]] Seleucid, barisan formasi Seleucid berjaya dipecahkan dan tentera Seleucid di situ telah terkorban semasa cuba untuk melepaskan diri.
 
Pasukan sayap kiri Rom pula tidak berperanan sehinggalah mereka diserang oleh kavalri dan infantri ringan yang dipimpin oleh Antiochus sendiri. Pasukan Rom yang sedikit itu ditewaskan dengan mudah dan [[legiun]] Rom yang bertahan terpaksa berundur menuju ke kem. Di situ, legiun Rom menghentikan pengunduran sebelum membentuk semula barisan mereka apabila memperoleh bantuan ketenteraan [[Empayar Makedonia|Makedonia]] yang turut sama bertahan dari kawasan kem. Walaupun kem tersebut telah diserbu oleh kavalri ringan Seleucid, legiun Rom terus mengekalkan posisinya dan menangkis serangan Antiochus.
 
Malangnya untuk [[phalanx]] Seleucid apabila mereka telah kehilangan sokongan daripada pasukan kavalri pada kedua-dua belah sayap sebelum mereka dapat dikepung oleh musuh. Serangan Antiochus ke atas kem Rom terbukti sebagai satu kesilapan dan beliau tidak mampu menyelamatkan pasukannya yang lain itu untuk terlepas dari kerumunan tentera Rom. Walaupun pahlawan-pahlawan phalanx yang berdisiplin dan cuba untuk berundur ke dalam kem, mereka kemudiannya menghadapi serangan daripada infantri, kavalri dan unit misil Rom. Percubaan Antiochus untuk menyelamatkan mereka telah terlalu lewat apabila Rom telah pun menyerang kem Seleucid. Raja Seleucid itu kemudian menyelematkan diri menuju ke [[Sardis]].
 
== Kesan ==
[[Empayar Seleucid|Seleucid]] telah kehilangan nyawa sebahagian besar tenteranya manakala [[Republik Rom|Rom]] pula mencatatkan kerugian angka korban yang ringan. [[Antiochus III Agung|Antiochus]] telah meminta untuk melakukan rundingan damai. Sebuah [[Perjanjian Apamea|perjanjian]] telah dimeterai pada 188 SM di kota [[Apamea (Phrygia)|Apamea]]. Seleucid perlu untuk membayar 15,000 [[talent (ukuran)|talent]] emas dan menyerahkan semua wilayahnya di [[Asia Kecil]]. [[Pergunungan Taurus]] menjadi sempadan baru. Bekas wilayah Seleucid telah dibahagikan antara [[Kerajaan Pergamon|Pergamon]] dan [[Rhodes]]. Antiochus dan keturunannya juga dilarang untuk berperang di semua tempat di [[Eropah]] atau [[Laut Aegea]] manakala angkatan lautnya telah dikurangkan kepada sepuluh buah kapal besar. Seleucid tidak lagi mengulangi zaman kegemilangannya.
 
== Catatan ==
{{reflist}}
 
== Sumber ==
*John D. Grainger, ''The Roman War of Antiochus the Great'', 2002, Leiden-Boston
*Dexter Hoyos, ''Hannibal's Dynasty: Power and Politics in the Western Mediterranean, 247–183 BC'', Routledge, 2005
*Michael Taylor "The Attalid Victory at Magnesia on a Lost Plaque from Pergamon." ''Anatolian Studies'' 66 (2016), 81-91.
 
== Pautan luar ==
* [https://web.archive.org/web/20030728134614/http://www.fanaticus.org/DBA/battles/magnesia.html Battle of Magnesia (190 BC)]
 
{{DEFAULTSORT:Battle Of Magnesia}}
[[Category:190 SM]]
[[Category:Pertempuran melibatkan Republik Rom|Magnesia 190 BC]]
[[Category:Pertempuran melibatkan Empayar Seleucid|Magnesia 190 BC]]
[[Category:Pertempuran melibatkan Pergamon|Magnesia]]