Pertempuran Thermopylae (191 SM): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict=Pertempuran Thermopylae |image= |caption= |coordinates={{coord|38.8000|N|22.5333|E|source:wikidata|display=title}} | m...'
 
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
 
'''Pertempuran Thermopylae''' tercetus pada tahun 191 Sebelum Masihi (SM) antara tentera [[Republik Rom|Rom]] di bawah pimpinan konsul [[Manius Acilius Glabrio (konsul 191 SM)|Manius Acilius Glabrio]] dan tentera [[Empayar Seleucid|Seleucid]] yang diketuai oleh Raja [[Antiochus III Agung|Antiochus]]. Pertempuran ini merupakan pertempuran utama yang pertama dalam kancah [[Perang Rom-Seleucid|Perang Syria]]. Kemenangan berpihak kepada Rom dan Antiochus terpaksa untuk lari mencari perlindungan dari [[Greece]].
 
== Latar belakang ==
Antiochus menyeberangi [[Hellespont]] dan mara melalui [[Thessaly]] untuk mengepung [[Larissa]]. Rom dapat membaca pergerakannya sebelum menggunakan semua pengaruhnya untuk menghalang Makedonia dan [[Liga Achaea]] daripada menyertai tentera Seleucid. Legiun Rom yang ditempatkan di Greece di bawah pimpinan [[Appius Claudius Pulcher (konsul 185 SM)|Appius Claudius]] bergerak menghampiri Thessaly. Antiochus pula tidak perasan bahawa betapa lemahnya tentera Rom di kawasan itu. Apabila sejumlah tentera Rom yang kecil menghampiri Larissa, beliau berasa panik dan berundur bersama dengan tenteranya menuju ke Pulau [[Euboea]] sebelum mereka menghabiskan waktu sepanjang musim sejuk di sana. Perkara ini terbukti sebagai satu kesilapan apabila tentera Rom mengambil kesempatan ini untuk menggerakkan lebih daripada 20,000 tenteranya dari [[Brundusium]] ke [[Apollonia]] pada musim bunga tahun 191 SM. Kebanyakan tentera Seleucid pada masa itu masih berada di Asia. Jadi, kedudukan Antiochus tidak tentu. Beliau hanya mempunyai 10,000 tentera untuk berhadapan dengan tentera Rom seramai 30,000 hingga 40,000 orang. Antiochus kiranya boleh memanfaatkan kelebihannya di [[Laut Aegea]] untuknya beredar ke Asia. Namun sebaliknya, beliau memilih untuk bertahan daripada legiun Rom di [[Thermopylae]] sementara menunggu kedatangan bantuan ketenteraan.
 
== Pertempuran ==
Laluan [[Thermopylae]] yang panjang dan sempit serta dihimpit oleh laut dan paya. [[Antiochus III Agung|Antiochus]] tahu bahawa terdapat dua laluan di kawasan pergunungan yang pernah digunakan oleh [[Empayar Achaemenid|Parsi]] untuk memintas [[Sparta]] dalam [[Pertempuran Thermopylae|pertempuran]] yang tercetus di kawasan itu pada satu kurun yang lalu. Beliau kemudian menempatkan tentera sekutunya iaitu [[Liga Aetolia|Aetolia]] di situ untuk menyekat laluan tersebut.