Pengepungan Rom (537-538): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict=Pengepungan Rom |partof=Perang Goth |image= |caption= |date=Mac 537 – Mac 538 Masihi |pl...'
 
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
 
Pada lewat musim bunga tahun 536, tentera Rom akhirnya berjaya mara ke Itali dan mengambil alih [[Reggio Calabria|Regium]]. Belisarius tidak menghadapi sebarang penentangan sehinggalah apabila beliau sampai ke [[Naples]] yang dilindungi oleh garison tentera yang besar. [[Pengepungan Naples (536)|Pengepungan]] pun bermula tetapi salah seorang daripada tentera Rom telah menemui satu lubang yang terdapat di [[aqueduct]] kota. Lubang tersebut terus diperlebar dan seramai 600 orang tentera menyerbu kota itu sekali gus menamatkan pengepungan selama 20 hari. Kekalahan ini telah menjurus kepada pembunuhan Theodahad dan digantikan oleh Raja Goth baru, [[Vitiges]]. Tidak lama kemudian, Vitiges mengumpulkan angkatan tentera yang besar di sekitar ibu kota kerajaannya, [[Ravenna]]. Belisarius pula sedang berarak menuju ke [[Rom]].
 
Penduduk kota Rom dilihat menyokong Belisarius dan seramai 4,000 [[garison]] Goth di dalam kota merasakan kedudukan mereka akan goyah lalu meninggalkan Rom melalui Pintu Ferminia. Belisarius memasuki kota Rom pula melalui [[Porta Asinaria|Pintu Assanaria]] pada malam 9 Disember 536. Perkara ini menandakan Rom menjadi milik Empayar Rom sekali lagi. Oleh kerana beliau juga telah meletakkan garison di beberapa buah kota lain, Belisarius hanya mempunyai kira-kira 5,000 tentera dan kebanyakan daripadanya ialah pengawal unitnya. Beliau memulakan persiapan untuk menghadapi pengepungan yang akan berlanjutan. Kubu pertahanan telah diperbaharui, parit yang baru digali manakala gandum disimpan.
 
== Pengepungan ==
Pada 2 Mac 537 Masihi, tentera [[Ostrogoth|Goth]] bergerak menuju ke [[Via Salaria|Jambatan Salaria]] dari arah utara. [[Garison]] seramai 150 orang telah beredar daripada pos kawalan mereka. Pada masa ini, [[Belisarius]] bersama dengan ribuan tentera berkudanya sedang memerhati keadaan sekitar. Tanpa diduga, mereka telah bertembung dengan tentera barisan hadapan Goth. Belisarius berada di tengah-tengah pertarungan itu tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Pengawal Pintu Sallaria kemudiannya tidak membenarkan kemasukan tentera-tentera Belisarius kerana risau ia akan membahayakan kota [[Rom]]. Sementara itu, Goth semakin mara menghampiri Rom tetapi mereka telah terputus rangkaian semasa mereka bertindak mengejar tentera-tentera Belisarius. Belisarius menyusun semula tenteranya sebelum melancarkan serangan ke atas musuh sekali gus memecahkan barisan-barisan mereka. Mereka sempat mengejar tentera Goth sebentar sebelum berundur semula ke dalam kota.
 
Goth yang mempunyai jumlah tentera antara 20,000 dan 25,000 tentera telah mendirikan enam kem di timur [[Sungai Tiber]] dan mendirikan satu kem lagi yang terletak di arah barat untuk memastikan keadaan di Jambatan Novia yang jauh. Pada 21 Mac, Raja [[Vitiges]] melancarkan serangan pertamanya. [[Menara kepung]] yang besar telah dibina dan dibawa ke hadapan menuju ke dinding kota dengan menggunakan lembu jantan. Tentera-tentera yang lain cuba berada di kawasan parit untuk membolehkan menara kepung tersebut menghampiri [[Tembok Aurelia]] yang terletak berhampiran Pintu Celleria. Belisarius mengarahkan tenteranya untuk membunuh lembu jantan musuh dan ia telah menggagalkan serangan Goth. [[Ballista]] Rom telah mengenakan kerosakan dan kebinasaan ke atas penyerang dan Goth dipaksa untuk berundur. Vitiges mengarahkan serangan ditujukan ke arah makam [[Hadrian]] manakala beliau sendiri pergi menghampiri Pintu Penestrine untuk menyerang bahagian terlemah pada benteng pertahanan Rom sebelum mengepung [[Vivarium (Rom)|Vivarium]]. Makam Hadrian telah hampir diserbu oleh kerana kedudukannya yang menonjol di luar benteng kota dan menjadikan ia terdedah kepada kerumunan Goth. Artileri Rom tidak dapat menyasarkan tembakan yang rendah untuk menghentam tentera Goth yang membawa tangga untuk memanjat tembok. Kemudian, pertahanan Rom dipaksa untuk memecahkan tugu-tugu yang terdapat di dalam kota. Serpihan-serpihannya telah digunakan untuk melontarkannya ke atas tentera musuh di luar. Ternyata usaha ini dapat menghalang percubaan Goth sekali gus membolehkan penggunaan artileri untuk melakukan serangan sebelum bantuan ketenteraan kepada Rom akhirnya sampai.
 
Pada masa yang sama di Vivarium, Goth berjaya menghancurkan tembok di sana tetapi kemudian diserang hendap oleh tentera Rom di dalam kota sehingga semua tentera Goth berjaya dibawa keluar semula. Belisarius mengarahkan satu serangan mengejut dari Pintu Prenestine untuk menjauhkan tentera Goth dari tembok kota Rom. Perkara yang sama turut terjadi di Pintu Sallaria dan tentera Rom di situ telah membakar peralatan-peralatan musuh untuk mengepung kota yang telah dibawa. Beberapa serangan kecil dan tidak signifikan juga dapat ditangkis oleh tentera Rom pada hari tersebut.
 
Pada hari berikutnya, Belisarius berjaya memindahkan penduduk perempuan dan kanak-kanak daripada kota dengan menggunakan kapal kecil atau melalui [[Jalan Appia]]. Pengepungan Goth sudah tidak terlalu kencang lagi. Saki baki penduduk Rom dikerah dan diupah dengan bayaran yang kecil.