Fizo Omar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KonstantinaG07 (bincang | sumb.)
k Undid edits by 183.171.26.197 (talk) to last version by 183.171.89.144: unexplained content removal
tidak layak menjadi artis
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 19:
| spouse = {{marriage|[[Mawar Abdul Karim]]|2013|2019|reason=divorced}}
}}
 
'''Wan Hafizol bin Wan Omar''' (dilahirkan pada 19 Julai 1985) atau lebih dikenali sebagai '''Fizo Omar''' ialah pelakon lelaki [[Malaysia]].
 
==Kehidupan awal==
Fizo lahir pada 19 Julai 1985 di [[Kota Bharu]], [[Kelantan]] dan memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, [[Universiti Teknologi Mara]] ([[UiTM]]) [[Arau]], [[Perlis]]. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik <ref>[http://beliabangkit.blogspot.com/2012/05/info-biodata-dan-gambar-terkini-super.html Biodata Fizo Omar], May 7, 2012.</ref> dan mempunyai darah campuran Melayu, Siam dan Arab. Ayahnya keturunan Melayu sementara ibunya keturunan [[Siam]] dan [[Arab]]<ref>[http://www.liriklagumuzika.com/2010/03/biodata-profil-fizo-omar.html Profil Fizo Omar], liriklagumuzika.com.</ref>. Ayahnya Wan Omar (80 tahun) meninggal dunia di sebuah hospital di [[Kota Bharu]] akibat masalah ketumbuhan.
 
==Kerjaya==
Sejak dari kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan. Kemudian terpilih juga dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.
 
Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, dia terpilih juga mewakili Perlis bagi skuad Piala Presiden dan Liga Super. Ia juga menjadi kenangan manis buat Fizo apabila berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2005. Fizo bermain di posisi tengah dan pertahanan. Tamat pengajian, dia beralih angin ke Kuala Lumpur dan mewakili pasukan TNB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga merupakan pasukan terakhirnya (yeke ni???)
 
Kemudian dia tidak lagi bermain bola sepak kerana dia secara tidak langsung sudah
terlibat dalam bidang peragaan dan lakonan. Ini semua adalah kerana seorang rakan dia yang telah menghantar gambarnya ke agensi modeling dan kemudian mendapat banyak tawaran iklan komersil dan beberapa tawaran lakonan.
 
Juga dalam masa yang sama, Fizo telah menyertai pencarian Hero Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf.” Jelas Fizo yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Jelasnya, bukan dia tidak berminat lagi dengan bola sepak, tetapi memandang jauh akan masa hadapan supaya kehidupannya nanti lebih terjamin.
 
Tidak menafikan dengan bermain bola sepak boleh hidup mewah tetapi semua itu akan berakhir apabila seseorang pemain itu mendapat kecederaan yang serius dan tidak boleh bermain lagi. Oleh itu, Fizo mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak secara serius dan menumpukan kepada bidang seni yang semakin terbuka luas untuknya <ref>[http://mohdyunus89.blogspot.com/2011/11/fizo-omar-dulu-pemain-bola-sepak.html Fizo Omar Dulu Pemain Bola Sepak], 7 November 2011.</ref> .
 
Rashid Sibir merupakan orang yang pertama yang bertanggungjawab membawa Fizo Omar ke dunia lakonan menerusi drama Elite. Beliau ketika itu pemenang Hero Remaja diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut <ref>[http://mynewshub.my/2013/10/02/fizo-omar-bermula-dengan-loghat-kelantan-pekat/#.UoTSbnBHL44 Fizo Omar Bermula Dengan Loghat Kelantan Pekat], 2 October 2013.</ref> .
 
Bermula dengan perniagaan serunding daging, Fizo Omar, kini giat mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk yang berlainan. Sejak beberapa bulan lalu, Fizo tampil memperkenalkan perniagaan penjualan burger menerusi, Hot Burger. Beliau membuka perniagaan ini untuk menarik minat belia menceburi bidang perniagaan. Perniagaan ini turut melibatkan dua rakan kongsinya, Rizal Musa dan Asri Hamid <ref>[http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hot-burger-usaha-fizo-bantu-belia-1.123397 'Hot Burger': Usaha Fizo bantu belia], 20 Januari 2013.</ref> ..
 
==Kehidupan peribadi==
Pada 29 Oktober 2013, Fizo telah melamar Mawar Abdul Karim didalam sebuah panggung wayang di Cathay @ e-Curve, Damansara kira-kira jam 12.30 tengahari.Kejutan lamaran itu turut disertai pihak media, kenalan rapat dan ahli keluarga Mawar tanpa pengetahuan Mawar sendiri. Idea lamaran ini dirancang hanya dalam tempoh 3 hari dan nampaknya membuahkan hasil serta mencipta kenangan terindah buat mereka berdua <ref>[http://ohartis.com/2013/10/fizo-omar-lamar-kekasih-dalam-panggung-wayang/ Fizo Omar Lamar Kekasih Dalam Panggung Wayang], 29 Oktober 2013.</ref>. .
 
Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Beliau diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506 <ref>[http://www.melvister.com/2013/11/gambar-kahwin-fizo-omar-dan-mawar-10-november-2013.html Sumber: Gambar Kahwin Fizo Omar Dan Mawar 10 November 2013], melvister.com .</ref>.
 
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram <ref>[http://www.nizarazu.com/sekitar-gambar-perkahwinan-fizo-omar-dan-mawar-10-november-2013-2/ Sekitar Gambar Perkahwinan Fizo Omar dan Mawar], 11 September 2013.</ref>.
 
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, dan motosikal berkuasa tinggi. Majlis resepsi atau persandingan akan diadakan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.
 
Pada 10 Julai 2019, Fizo dan Mawar bercerai talak satu. Mereka melafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.<ref>Ahmad Isyafiq Mat Desa (10 Julai 2019). [http://www.kosmo.com.my/terkini/fizo-mawar-sah-bercerai-talak-satu-1.933756 Fizo, Mawar sah bercerai talak satu] ''[[Kosmo!]]''. Dicapai pada 11 Julai 2019.</ref><ref>[http://www.kosmo.com.my/hiburan/perceraian-bukan-pengakhiran-fizo-omar-1.934415 Perceraian bukan pengakhiran - Fizo Omar] ''[[Kosmo!]]''. Dicapai pada 11 Julai 2019.</ref> Fizo dan Mawar sebelum ini menafikan desas-desus mengenai rumahtangga mereka.<ref>Hanisah Selamat (27 Jun 2019). [https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/06/578620/doakan-kami-bertemu-jalan-penyelesaian-terbaik-fizo-omar Doakan kami bertemu jalan penyelesaian terbaik - Fizo Omar] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 11 Julai 2019.</ref>
 
==Kontroversi==
 
===Tuntutan hutang RM 2.5 juta===
 
Pada 13 Disember 2011, Fizo Omar (26 tahun) mendakwa namanya telah disalahguna sebagai penjamin oleh syarikat rakannya berjumlah RM2 juta.Beliau telah meminta khidmat guaman daripada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. Fizo Omar pernah menjadi rakan kongsi dan lembaga pengarah syarikat percetakan itu di [[Damansara]] pada 2008. Beberapa bulan kemudian dia menarik diri dari syarikat itu.<ref>[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm Fizo Omar takut diisytihar muflis]</ref>
 
==Filemografi==
 
===Filem===
{| class="wikitable"
|-
! Tahun
! Tajuk
! Watak
! Pengarah
! Catatan
|-
| 2010
! ''[[Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami!]]''
|Jeremy
| Din CJ
|Filem pertama
|-
| 2011
! ''[[Kongsi (filem)|Kongsi]]''
| ASP Shariff
| [[Farid Kamil|Dato' Farid Kamil]]
|
|-
| rowspan="2"| 2012
! ''[[7 Petala Cinta]]''
| Hamka
| [[Azhari Zain]]
|
|-
! ''[[Halim Munan]]''
| Halim Munan
| [[Hashim Rejab]]
|
|-
| rowspan="5"| 2013
! ''[[Minyak Dagu]]''
| Johan
| Azhari Zain
|
|-
! ''[[Sembunyi: Amukan Azazil]]''
| Ahmad
| [[Kabir Bhatia]]
|
|-
! ''[[99 Kali Rindu]]''
| Klate
| Azhari Zain
|
|-
! ''[[Filem Hello|Hello]]''
| Dr. Shafiq
| [[AR Badul]]
|
|-
! ''[[Cinderella (filem 2013)|Cinderella]]''
| Salman
| [[Ahmad Idham]]
|
|-
| rowspan="2" style="text-align:center;"| 2015
! ''[[Romeo Kota]]''
| Botak
| [[Aaron Aziz|Dato' Aaron Aziz]]
|
|-
! ''[[Isyarat Cinta]]''
| Ariel
| [[Bade Hj. Azmi]]
|
|-
|}
 
===Drama===
{| class="wikitable"
|-
! Tahun
! Tajuk
! Watak
! Saluran TV
|-
|rowspan=4 style="text-align:center;"| 2008
|''Skuad Elit''
| Tommy
|style="text-align:center;"|[[Astro Prima]]
|-
|''Puteri Salju''
| Dr. Rafik
|style="text-align:center;"|[[TV3]]
|-
|''Gadis Merah Jambu''
| Badri
|style="text-align:center;"|[[TV9]]
|-
| ''[[Spa Q 2]]''
| Fiz
|rowspan=5 style="text-align:center;"|TV3
|-
|rowspan=5 style="text-align:center;"|2009
|''[[Bio-Nik]]''
| Johan
|-
|''[[La Dolce Amira]]''
| Arif
|-
|''Suraya''
| Megat
|-
|''[[Matahari (siri TV)|Matahari]]''
| Mark
|-
|''Cinta Sempurna''
| Najib
|style="text-align:center;"|[[Astro Oasis]]
|-
|rowspan=4 style="text-align:center;"|2010
|''Jersi 9''
| Mokhtar
|style="text-align:center;"|TV9
|-
|''Bila Musang Berjanggut''
| Putera Ashraf
| style="text-align:center;"|TV3
|-
| ''Kau Laksana Bulan
| Syafik
| style="text-align:center;"|[[TV2]]
|-
|''[[Siti Kelembai (drama)|Siti Kelembai]]''
| Moin
|style="text-align:center;"|TV3
|-
|rowspan="3" style="text-align:center;"|2011
| ''Ada Apa Dengan Durian''
| Kamal
|style="text-align:center;"| [[TV1]]
|-
|''[[Soffiya]]''
| Ilyas
|rowspan=3 style="text-align:center;"|TV3
|-
| ''Santau Merasuk''
| Hussin
|-
|rowspan=3 style="text-align:center;"|2012
|''[[Cinta Buat Emelda]]''
| Aril Fatah
|-
| ''[[Tanah Kubur (drama)|Tanah Kubur]]'' (Musim 4): "Patung Kertas"
| Amir
| style="text-align:center;"|Astro Oasis
|-
|''[[Julia]]''
| Amir
|rowspan=6 style="text-align:center;"|TV3
|-
|style="text-align:center;"|2013
|''[[Surat Dari Langit Biru]]''
| Heykal
|-
|style="text-align:center;"|2015
|''[[Bidadari (drama)|Bidadari]]''
| Indra
|-
| rowspan="3" style="text-align:center;"|2019
| ''[[Setelah Cinta Itu Pergi]]''
| Idlan
|-
| ''[[Bukan Cinta Aku]]''
| Sam
|-
| ''[[Adellea Sofea]]
| Ikram
|-
|rowspan="3" style="text-align:center;"|2020
| ''[[Maaf Tak Indah]]
| Jai
| style="text-align:center;"|TV3
|-
|}
 
=== Telefilem ===
{| class="wikitable"
! Tahun
! Tajuk
! Peranan
! Saluran TV
|-
| 2008
| ''Tidak Sama Tetapi Serupa''
| Kekasih Belinda
|
|-
|rowspan="2"|2009
| ''Bisikan Subuh''
| Ariff
|
|-
| ''Bonanza''
| Faizal
|
|-
|rowspan="4"|2010
| ''Dollah Hapak''
| Dollah Hapak
|
|-
| ''Cinta D Butt''
| Danial
|
|-
| ''Wira Padang Pasir''
| Tuan Razlan
|
|-
| ''Panas''
| Badrul
| [[TV2]]
|-
|2011
| ''Keliru''
| Madi
|
|-
| 2012
| ''Tunggu Sekejap''
| Adli
| [[TV1]]
|-
| rowspan="2" |2013
| ''Nur Sarah''
| Danial
|
|-
| ''Andai Itu Takdirnya''
| Firdaus
|
|-
| rowspan="2" |2015
| ''Talak''
| Badrul
| [[TV3]]
|-
| ''Aku, Dia dan C70''
| Amirul
| [[TVi]]
|-
|2018
| ''Gerabak Cinta''
| Remy
| [[TV3]]
|-
|}