Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
tahun awal gerakan
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
tahun awal gerakan
Baris 42:
 
Berikutan daripada kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 25 Mei 1968,sebuah Jawatankuasa Pusat pertama yang terdiri daripada 6 orang Melayu (termasuk dua wanita), 6 orang Cina dan 3 orang India telah ditubuhkan. Jumlah keahlian parti pada masa itu adalah 1,400 orang dengan 43 cawangan yang ditubuhkan di kebanyakan kawasan perbandaran bukan Melayu, dengan Dr. Lim Chong Eu memegang tampuk di Pulau Pinang dan Dr. Tan Chee Khoon di Kuala Lumpur. Sebagai langkah untuk mengekalkan penguasaan parti ke atas kerajaan negeri dan merealisasikan pembangunan yang telah dijanjikan dalam manifesto kempen pilihanraya parti untuk Pulau Pinang,sebuah gabungan kerajaan telah dibentuk bersama dengan Parti Perikatan pada 13 Februari 1972.
 
* '''1973 - 1979: PENGUKUHAN DAN PERTUMBUHAN'''
 
Persidangan Perwakilan Nasional 1973 telah ditundakan kepada Mac 1974 kerana menunggu pengumuman mengenai perkembangan penting dalam parti. Pada 19 Disember 1973, Pemangku Presiden Dr. Lim Chong Eu telah mengumumkan bahawa Dr. Lim Keng Yaik, Paul Leong Khee Seong, Alex Lee Yu Lung, Dr. Tan Teong Hong, Soong Siew Hoong dan ribuan reformis yang juga bekas ahli MCA telah menyertai Gerakan. Akibat dari penyertaan besar-besaran itu, di antara tahun 1974 dan tahun 1975, sejumlah 71 cawangan baru dan 39 bahagian baru telah ditubuhkan di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama sekali Perak, Negeri Sembilan dan Selangor dan diserapkan dalam struktur parti.
 
Pada 1 Jun 1974, Barisan Nasional telah didaftarkan dengan rasmi untuk bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya yang mendatang. Pada hari pencalonan, sejumlah 8 ahli parti Gerakan dicalonkan di atas tiket Barisan Nasional untuk bertanding di kawasan Parlimen dan 18 calon lagi di Dewan Undangan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Gerakan berkempen di atas perpaduan, kesaksamaan dan keadilan.
 
Dalam beberapa detik waktu ke arah persiapan menghadapi Pilihanraya Umum 1978,perkongsiandalamandankekuatanbaruyangdigapaiolehBarisanNasional telah dikejutkan dengan beberapa insiden; bermula dengan perkembangan politik UMNO setelah kematian Tun Razak pada tahun 1976, dan diikuti dengan penyingkiran PAS dari Barisan Nasional pada tahun 1978. Hubungan parti Gerakan dengan MCA juga turut berkonlflik atas sebab masalah peruntukan kerusi di Pulau Pinang. Apabila pilihanraya diumumkan, Gerakan bukan sahaja terpaksa berdepan dengan dakwaan oleh pembangkang mengenai DEB, isu Universiti Merdeka dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan, tetapi juga terpaksa menghadapi pengkhianatan daripada “Kumpulan Tujuh” yangsengaja diletakkan oleh MCA untuk bertanding dengan calon-calon Gerakan. Keputusan yang diumumkan pada 8 Julai 1978 tidak begitu memberangsangkan di mana Gerakan telah kecundang 3 daripada 11 kerusi negeri, dan 2 daripada 3 kerusi parlimen yangdiperuntukkan kepadakitadiPulau Pinang.Walaubagaimanapun, Pulau Pinang masih dapat bertahan sebagai kubu kuat Gerakan dan Dr. Lim Chong Eu dilantik sebagai Ketua Menteri untuk penggal yang ketiga.
 
Jawatankuasa Pusat baru yang dilantik pada Mei 1978 telah berjaya menangani pelbagai cabaran Pilihanraya Umum pada tahun itu. Pada masa itu, ia menghadapi satu lagitugasan yang lebih mencabariaitu untuk berunding bagi mendapatkan lebih banyak perwakilan Generasi Rakyat Malaysia Baru disetiap peringkat.
 
Pada [[27 Ogos]] [[2005]], parti ini mengadakan pilihan raya parti yang memperlihatkan kedudukan [[Lim Keng Yaik|Dr Lim Keng Yaik]] sebagai presiden dicabar oleh timbalannya, [[Kerk Choo Ting]]. Dr Lim mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden parti selepas memenangi 983 undi berbanding 628 undi yang diperoleh oleh Kerk. [[Koh Tsu Koon|Dr Koh Tsu Koon]] menjadi Timbalan Presiden yang baru selepas beliau menang tanpa bertanding pada hari pencalonan bagi pilihan raya parti.