Rosyam Nor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 37:
Pada tahun 1991, Rosyam yang ketika itu berusia 24 tahun, membintangi dua filem—iaitu watak sebagai Konco dalam filem ''[[Filem Boss|Boss]]'' arahan Z. Lokman lakonan bersama [[Raja Ema]] dan [[Jasmin Hamid]]. Beliau kemudiannya memegang watak sebagai Imran, tunang kepada Dania lakonan [[Didie Alias]], dalam filem drama thriler ''[[Kanta Serigala]]'' arahan Allahyarham [[Hussein Abu Hassan]] dan turut dibintangi oleh [[Faizal Hussein]], Allahyarham [[Kuswadinata]] dan [[Melissa Saila]]. Pada 1994, Rosyam muncul dalam telefilem berjudul "Korban" bersama [[Haliza Misbun]] yang mana bakat lakonannya mendapat pujian hingga dicalonkan di [[Anugerah Skrin 1994]]. Setelah itu Rosyam muncul sebagai Dzul Fakar dalam filem ''[[Jimi Asmara]]'' bersama [[Hani Mohsin]], [[Maizurah Hamzah]], [[Jalaluddin Hassan]] dan [[Umie Aida]]. Menerusi filem arahan [[Erma Fatima]] itu, Rosyam menerima pencalonan pertama di [[Festival Filem Malaysia]] untuk kategori [[Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM)]]. Setelah sekian lama berlakon sebagai watak pembantu dalam filem dan membintangi banyak telefilem, beliau ditawarkan untuk memegang watak utama sebagai Fatah dalam filem ''[[Suami, Isteri dan .....?]]'', hasil arahan Pansha. Percubaan beliau dalam filem itu berhasil dan beliau akhirnya mendapat lamaran [[Yusof Haslam]] (kini Datuk), untuk membintangi sebuah filem bertajuk ''[[Maria Mariana II]]'' yang ditayangkan pada 2 April 1998. Rosyam menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama ''[[Idaman (drama)|Idaman]]'' termasuk [[Jalaluddin Hassan]], [[Sean Ghazi]], [[Deanna Yusoff]] dan [[Nina Juren]]. ''Idaman'' mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Terpanjang di Dunia oleh [[Malaysian Book of Records|The Malaysia Book of Records]], beliau memegang watak sebagai Azrain; ia disiarkan di [[Astro Ria]] dari 1998 hingga 2001.<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_05.htm|title=Idaman 156 episod di Astro|author=|date=23 Januari 1998|accessdate=17 Mac 2018|publisher=[[Utusan Malaysia]]}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.star2.com/entertainment/tv/2015/07/02/idaman-a-tv-producers-dream-series/|title=Idaman, a TV producer’s dream soap opera|author=Kennneth Chaw|date=2 Julai 2015|accessdate=17 Mac 2018|publisher=Star2.com}}</ref>
 
Beliau mula menonjolkan bakat besarnya menerusi filem ''[[Lenjan]]'', arahan [[Ismail Yaacob]]. Menerusi watak Zarin, beliau berjaya menaikkan nama negara dan dirinya ke peringkat [[Asia]] dengan kejayaan menggondol anugerah ''Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik'' pada Festival Filem Asia Pasifik ke-43, di [[Bangkok]]. Kejayaan beliau telah mendapat perhatian ramai pihak setelah sekian lama Faizal Hussein mendahuluinya dari segi populariti.<ref>A. Wahab Hamzah (3 Julai 1998). [http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm Lenjan filem saspens yang menarik] ''[[Utusan Malaysia]]''. Dicapai pada 3 Februari 2010.</ref> Fariza Saidin dari ''[[Utusan Malaysia]]'' berkata: "Rosyam (Nor) telah berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang pelakon versatil jauh berbeza dari filem-filem lakonannya terdahulu...".<ref>Fariza Saidin (5 Julai 1998). [http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_03.htm Lenjan filem saspens menghiburkan] ''[[Utusan Malaysia]]''. Dicapai pada 3 Februari 2010.</ref> Populariti Rosyam meningkat naik pada lewat 90an hingga dinobatkan sebagai [[Pelakon Filem Popular (ABPBH)| Pelakon Filem Lelaki Popular]] pada edisi 1997/98 dan 1998/99 menewaskan calon seperti [[Awie]] dan [[Hans Isaac]]. Pada tahun 1999 juga Rosyam menerima anugerah sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Sri Angkasa menerusi telefilem ''Takbir Untuk Abdah'', gandingan bersama dramatis [[Wan Nor Azlin]].
 
===2000&ndash;2008: Puncak populariti===