Perbezaan antara semakan "Parti Gerakan Rakyat Malaysia"

Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah ditubuhkan pada 1968. Antara usaha yang dilakukan oleh Parti Gerakan adalah berusaha membentuk sebuah Negara bernama Malaysia diwarnai oleh keharmonian masyarakat majmuk, keadilan sosial, kesaksamaan ekonomi, demokrasi berpolitik dan liberalisme budaya. Gerakan percaya dan yakin dalam penggunaan strategi yang pragmatik dan pendekatan yang bukan berteraskan satu kelompok masyarakat dan bersiap sedia komited kepada niat-niat murni.
 
=== 1968 - 1972: TAHUNTahun-TAHUN AWALtahun Awal ===
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah dibentuk pada 24 Mac 1968. 6 pengasas parti ini adalah Professor Syed Hussein Alatas dari Universiti Singapura; Dr. David Tan Chee Khoon, Ahli Parlimen Batu, Selangor dan bekas ketua Parti Buruh; Dr. J.B.A. Peter, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA); Dr. Lim Chong Eu, Ahli Parlimen Tanjung, Pulau Pinang dan bekas Presiden Parti Demokratik Bersatu (UDP); Profesor Wang Gungwu dari Universiti Malaya, dan V. Veerapan, seorang peguam dan bekas pemimpin Parti Buruh.
 
Berikutan daripada kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 25 Mei 1968,sebuah Jawatankuasa Pusat pertama yang terdiri daripada 6 orang Melayu (termasuk dua wanita), 6 orang Cina dan 3 orang India telah ditubuhkan. Jumlah keahlian parti pada masa itu adalah 1,400 orang dengan 43 cawangan yang ditubuhkan di kebanyakan kawasan perbandaran bukan Melayu, dengan Dr. Lim Chong Eu memegang tampuk di Pulau Pinang dan Dr. Tan Chee Khoon di Kuala Lumpur. Sebagai langkah untuk mengekalkan penguasaan parti ke atas kerajaan negeri dan merealisasikan pembangunan yang telah dijanjikan dalam manifesto kempen pilihanraya parti untuk Pulau Pinang,sebuah gabungan kerajaan telah dibentuk bersama dengan Parti Perikatan pada 13 Februari 1972.
 
=== 1973 - 1979: PENGUKUHANPengukuhan DANdan PERTUMBUHANPertumbuhan ===
Persidangan Perwakilan Nasional 1973 telah ditundakan kepada Mac 1974 kerana menunggu pengumuman mengenai perkembangan penting dalam parti. Pada 19 Disember 1973, Pemangku Presiden Dr. Lim Chong Eu telah mengumumkan bahawa Dr. Lim Keng Yaik, Paul Leong Khee Seong, Alex Lee Yu Lung, Dr. Tan Teong Hong, Soong Siew Hoong dan ribuan reformis yang juga bekas ahli MCA telah menyertai Gerakan. Akibat dari penyertaan besar-besaran itu, di antara tahun 1974 dan tahun 1975, sejumlah 71 cawangan baru dan 39 bahagian baru telah ditubuhkan di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama sekali Perak, Negeri Sembilan dan Selangor dan diserapkan dalam struktur parti.
 
Jawatankuasa Pusat baru yang dilantik pada Mei 1978 telah berjaya menangani pelbagai cabaran Pilihanraya Umum pada tahun itu. Pada masa itu, ia menghadapi satu lagitugasan yang lebih mencabariaitu untuk berunding bagi mendapatkan lebih banyak perwakilan Generasi Rakyat Malaysia Baru disetiap peringkat.
 
=== 1980 - 1989: PERPADUANPerpaduan DANdan CABARANCabaran-CABARANcabaran ===
Persidangan Perwakilan Nasional ke-9 telah diadakan di Port Dickson pada 17 Ogos 1980 di mana dalam pemilihan perwakilan itu, Dr. Lim Keng Yaik telah dipilih sebagai Presiden Parti baru untuk penggal 4 tahun. Sementara itu, Paul Leong Khee Seong, setelah menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden, bersumpah memberi sokongan dan kerjasamanya bersama-sama mereka yang terpilih termasuklah seorang lagi Timbalan Presiden Ong Boon Seong, Teh Ewe Lim sebagai Setiausaha Agung dan Dr. Goh Cheng Teik sebagai Timbalan Setiausaha Agung.
 
Dengan rekod pencapaian 95 cawangan baru dan 28 bahagian baru yang 11 ditubuhkan pada tahun 1985, Parti Gerakan dapat mara ke hadapan dengan lebih yakin untuk menangani beberapa masalah serius yang mengancam parti dan masyarakat. Walau bagaimanapun, usaha tersebut telah diabaikanapabila berlakunya satu pertandingan bagi merebut jawatan-jawatan utama pada Jun 1987. Oleh kerana ahli-ahli parti pada masa itu mempunyai kematangan politik danpemahamanyang lebihmantapmengenai asas-asasdemokrasi, Persidangan Perwakilan Tahunan ke-16 berjalan licin dan kepemimpinan pada masa itu diberikan mandatsekali lagi untuk memimpin parti untuk penggal 3 tahun lagi.
 
=== 1990 - 1995: UJIANUjian GETIRGetir DANdan KEMENANGANKemenangan ===
Kelancaran dan ketenangan dalam pemilihan parti tahun 1990 tidak mencerminkankegeloraandalamPilihanrayaUmumyangdihadapiolehGerakan dan parti komponen pada 21 Oktober 1990. Bagi kerusi Parlimen, Gerakan memenangi 5 daripada 9 kerusi manakala bagi kerusi negeri, Gerakan hanya mampu memenangi 11 daripada 23 kerusi yang dipertandingkan. Di Pulau Pinang, Gerakan hanya memenangi 7 daripada 11 kerusi yang dipertandingkan. Kekalahan mengejut adalah di Padang Kota, di mana Ketua MenteriPulau Pinang,Dr. LimChong Eutelah tewas kepadaLimKit SiangdariDAP. Bagaimanapun, parti kita masih mampu mengekalkan jawatan Ketua Menteri dan Dr. Koh Tsu Koon telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-3.
 
Dibantu oleh kejayaan ekonomi Malaysia yang mencatat lebih dari 8% dan berkekalan selama 7 tahun, Kerajaan Barisan Nasional telah mendapat kemenanganbesarpada25April1995. Daripada 27 kerusi negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan pada Pilihanraya Umum 1995, Gerakan telah memenangi 23 kerusi.
 
=== 1996 - 2000: KEKe ARAHArah MILLENIAMillenia BARUBaru ===
Menara PGRM, sebuah bangunan 22 tingkat yang merupakan ibu pejabat baru parti di Cheras, Kuala Lumpur telah dibuka dengan secara rasminya oleh Presiden Parti pada 25 Mei1996 oleh Dr Lim Keng Yaik. Pada 1 Mac 1998, Gerakan telah menyambut ulang tahunnya ke-30 dengan satu slogan yang mudah difahami: “Satu Hati, Satu Negara, Satu Wawasan”yang menggesa semua rakyatMalaysiauntukbekerjasamabagimemposisikansemula negara ini di atas landasan yang menuju Wawasan 2020.
 
Sementara itu, Presiden Parti Dr. Lim Keng Yaik telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Utama untuk penggal keempat, manakala Timbalan Presiden Kerk Choo Ting telah dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa. Naib Presiden Dr. Tan Kee Kwong telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi manakala Setiausaha 14 Agung Chia Kwang Chye dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
 
=== 2000 - 2005: KEMENANGANKemenangan TERBAIKTerbaik DALAMDalam PILIHANRAYAPilihanraya ===
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasarmencatatkan 11.7%, kenaikan dalam angka dua digit untuk kali kedua sejak krisis kewangan 1997.Dalammemainkan peranan untukmembantu pemulihan keseluruhannya, Gerakan meneruskan perjuangan politiknya yang bukan berteraskan kaum seiring dengan semangat yang termaktub dalam Wawasan 2020. Gerakan telah melancarkan projek “Gerakan IT 2000” bagi memenuhi maksud untuk menghubungkan parti kita dengan generasi muda Malaysia. Pada 13 Ogos 2000, Pergerakan Pemuda Gerakanmelancarkan program“Anak Malaysia” untuk memajukan satu generasi anak-anak muda Malaysia yang bersatu padu, progresif, dinamik, berkeyakinan diri dan inovatif. Pada bulan September tahun yang sama, Gerakan telah mengadakan “New Millennium NDC” di Pulau Pinang, persidangan perwakilan nasional buat pertama kalinya diadakan di luar Kuala Lumpur dalam tempoh masa 15 tahun.
 
Pada [[2006]], kira-kira 80% ahli Gerakan ialah etnik China, sementara 15% yang lain ialah etnik India, etnik Melayu, atau etnik yang lain.<ref name="merger"/>
 
=== 2008: KEKALAHANKekalahan TERUKTeruk TITIKTitik HITAMHitam DALAMDalam SEJARAHSejarah GERAKANGerakan ===
Parti ini mencatat rekod pilihan raya terburuk semasa berlangsung [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|Pilihan Raya Umum 2008]], yang memperlihatkan Gerakan hanya memenangi 2 kerusi, berbanding kemenangan 10 kerusi pada pilihan raya sebelumnya. Jadi, parti ini kehilangan jawatan kabinet dan pembuangan ahli kabinet. Parti ini juga kehilangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sudah dipegang oleh mereka bagi satu masa yang panjang. Berikutan kekalahan parti dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|Pilihan Raya Umum 2008]], presidennya iaitu [[Koh Tsu Koon|Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]] menawarkan diri untuk letak jawatan bagi mengambil tanggungjawab dalam kekalahan tersebut.
 
Pada 8 April 2009, Presiden Parti Dr. Koh Tsu Koon telah dilantik sebagai Senator oleh Yang Di-Pertuan Agong dan mengangkat sumpah pada hari berikutnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memegang portfolio Perpaduan Negara dan Pengurusan Prestasi. Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengetuai misi baru Perdana Menteri dalam mempromosikan semangat 1Malaysia dengan slogan komitmen Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dr. Koh memberi fokus dalam memperbaikisistempenyampaiandenganmenubuhkanIndeksPencapaianUtama (KPI) serta menubuhkan sebuah unit dikenali sebagai PEMANDU (PErformance 19 MANagement and Delivery Unit) yang diketuai oleh seorang Menteri baru (Dato’ SeriIdrisJala)sebagaiKetuaPegawaiEksekutifuntukmenjanabeberapaProgram TransformasiKerajaan.
 
=== 2011 – 2018: BELAYARBelayar MENENTANGMenentang ANGINAngin YANGYang KUATKuat ===
Pada 22 Disember 2012, bekas Presiden Parti Gerakan Tun Dr. Lim Keng Yaik meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya pada umur 73 tahun. Beliau banyak berjasa kepada negara selama 27 tahun menjadi Presiden dari 1980 dan 2008. Pilihanraya Umum ke-13 yang diadakan pada 5 Mei 2013 menyaksikan angin perubahan yang lebih kencang daripada yang sebelumnya. Parti Gerakan bertanding di 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Negeri namun hanya memenangi 1 kerusi Parlimen di Simpang Renggam (Johor), dan 3 kerusi Negeri di Tanjong Papat (Sabah), Elopura (Sabah) dan Pemanis (Johor). Ini merupakan kali kedua Parti Gerakan kalah kesemua kerusi Negeri di Pulau Pinang.
 
Pada 9 Mei 2018, pilihanraya umum ke-14 telah memberi tamparan yang hebat kepada Gerakan dan Barisan Nasional secara umum. Gerakan kalah semua 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Negeri yang ditandingi. Di Pulau Pinang, Gerakan telah gagal memenangi sebarang kerusi dalam 3 pilihanraya. Ini juga kali pertama Barisan Nasional hilang kuasa dan gagal menubuhkan kerajaan selepas 60 tahun. Rakyat Malaysia membuka lembaran baharu dalam sejarah negara di mana Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir menubuhkan Kerajaan Baharu, dan secara rasminya membuka laluan kepada ‘2 party system’ di peringkat pusat. Gerakan sebagai sebuah parti yang berprinsipkan ‘people’s first’ menerima keputusan pengundi dan sedia menerima mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat secara terbuka.
 
=== 2018 – 2020: TITIKTitik PERMULAANPermulaan YANGYang BARUBaru ===
Kekalahan Barisan Nasional di PRU14 jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak pemerintahan BN. Oleh itu, pada 23 Jun 2018, kepimpinan Gerakan di bawah Sdr Mah Siew Keong telah membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional dan membuat pendirian untuk mewujudkan blok ketiga secara bebas. Pada 16 September 2018, Sdr Mah Siew Keong telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden parti ketika Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan yang ke-43. Pilihanraya parti yang diadakan pada bulan November 2018 telah menyaksikan lebih banyak orang muda mengambil bahagian, jelas menunjukkan komitmen untuk membina semula Gerakan. Lantaran itu, pada 17 November 2018, Sdr Dr. Dominic Lau Hoe Chai telah dilantik sebagai presiden nasional yang ke-6 dan beliau berjanji untuk membina semula Gerakan dan mewujudkan kuasa ketiga yang bebas dalam politik Malaysia di bawah pucuk kepimpinannya. Pada Mac 2019, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-51 yang bertemakan ‘Menghidupkan Semula Gerakan, Belayar ke Arah yang Baru’ (‘Revitalize Gerakan, Sail Anew’). Pelbagai program telah dianjurkan di peringkat negeri dan pusat yang menekankan halatuju, pembaharuan dan pergerakan kuasa ketiga. Lantaran itu, Sdr Dr. Dominic Lau Hoe Chai berikrar untuk mengembalikan semula kegemilangan parti dan menawan semula negeri Pulau Pinang.
 
26

suntingan