Tun Faisal Ismail bin Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Lofty abyss (bincang | sumb.)
k Reverted 6 edits by 113.210.99.49 (talk) to last revision by Hasrolhashim. (TW)
Teg: Buat asal
Baris 1:
{{Infobox_Politician
<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/10782-khairy-is-now-underdog-in-umno-youth-race]. ''Malaysian Insider''.</ref>
| name = Tun Faisal Ismail Aziz
| image =
| birth_date = {{Birth date and age|1971|10|9|mf=y}}
| birth_place = Ipoh, Perak, Malaysia
| death_date =
| death_place =
| office = Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
| party = [[UMNO]]
| religion = [[Islam]]
| occupation = Panel Pemikir JASA, Ahli Politik, Penyelidik, Ahli farmasi
| spouse = Norhafilah Mohammad Khawari
| children = Tun Muhd Daim Alhakim
Tun Faiz Alhakim
Tun Farah Asyikin
Tun Diana Asyikin
| website = http://www.tunfaisal.my, http://tunfaisal.blogspot.com
| facebook = http://www.facebook.com/tunfaisal
| twitter = http://twitter.com/tunfaisal

<ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/19/nation/2319976&sec=nation Ahmad Zaki beats Tun Faisal by three votes] TheStar Online</ref>
'''Tun Faisal Ismail Aziz''' (lahir [[9 Oktober]] [[1971]]) adalah seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Beliau juga merupakan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JASA. Beliau merupakan mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pernah menjadi pegawai kepada Datuk Seri [[Hishammuddin Tun Hussein]]. <ref>[http://www.tunfaisal.com/index.html]. ''Laman Web Tun Faisal Ismail Aziz''</ref>. Beliau pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran semasa Datuk Seri [[Hishammuddin Tun Hussein]] menjadi Menteri Pelajaran (2004 - 2009). Tun Faisal juga merupakan ahli [[UMNO]] Bahagian Putrajaya dan memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Bunga Kiambang. Sebelum ini dikenali sebagai penulis ucapan kepada Menteri Pelajaran dan merupakan Pegawai Khas yang bertanggung jawab meneliti dasar-dasar pendidikan. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri (2010 - 2013) yang membantu dalam perkara dasar berkaitan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AaDK). Pada waktu yang sama masih membantu penyediaan teks ucapan Menteri Dalam Negeri dan komunikasi media, terutamanya komunikasi media alternatif bagi Kementerian Dalam Negeri. Dalam kalangan golongan profesional muda yang terlibat dengan Dewan Profesional Muda Malaysia (PROMUDA), aktif dalam perdebatan siber Promuda dan lebih dikenali ketika itu sebagai Penjejak Badai. Tun Faisal mula dikenali umum selepas bertanding menentang Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]]. Dalam pertandingan tersebut beliau kalah dengan hanya tiga undi.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/10782-khairy-is-now-underdog-in-umno-youth-race]. ''Malaysian Insider''.</ref><ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/19/nation/2319976&sec=nation Ahmad Zaki beats Tun Faisal by three votes] TheStar Online</ref>

== Latar belakang keluarga ==
Tun Faisal dilahirkan pada [[9 Oktober]] [[1971]] di Ipoh, Perak. Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Bapanya, Aziz bin Pandak, seorang guru berasal dari Lambor Kiri, Perak. Manakala ibunya, Puteri Faizah Megat Alias, seorang guru agama berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sempat membesar di Teluk Intan semasa berumur empat hingga enam tahun, sebelum berpindah ke Tanjung Rambutan seterusnya ke Rapat Setia, Ipoh. Berkahwin dengan Norhafilah Mohammad Khawari yang lahir di Bagai Serai, Perak dan mempunyai empat orang anak.{{Citation needed|No reference provided at all=January 2018}}
{{Citation needed|No reference provided at all=January 2018}}

== Pendidikan ==
Tun Faisal menjalani pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sri Kinta, Ipoh dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perak (SMKAP), Gunung Rapat (yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS), Bandar Sri Iskandar) dan Kolej Islam Klang (KIK) yang selepas itu dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Universiti Sains Malaysia di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Farmasi di [[Universiti Sains Malaysia]], Pulau Pinang. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi dengan Kepujian pada tahun 1996.<ref>{{Dead link}}[http://www.tunfaisal.com/index.html]. ''Laman Web Tun Faisal Ismail Aziz''.</ref>

== Latar belakang profesional ==
Beliau merupakan ahli farmasi berdasarkan profesion. Menjalani latihan sebagai Pegawai Farmasi Pelatih di Hospital Ipoh sebelum menyertai Pharmacare Medicine Shoppe sebagai Pengurus Farmasi. Pada tahun 1998, beliau menyertai Pusat Perubatan Selangor (Selangor Medical Centre) dan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Farmasi. Antara tugas beliau sebagai Ketua Jabatan Farmasi adalah; Mengurus operasi harian Jabatan Farmasi yang meliputi urusan-urusan pembelian, penyimpanan, pengagihan, pendispenan, penentuan caj bagi ubat-ubatan dan perkhidmatan runding cara. Menjalankan program latihan untuk kakitangan. Mengendalikan keperluan personel. Mengendalikan urusan antara jabatan, isu-isu dan juga masalah-masalah yang timbul. Antara pencapaian beliau di sana adalah berjaya mengembalikan keyakinan pengurus kawalan kredit pembekal terhadap SMC dan memastikan bekalan berterusan semasa krisis ekonomi sepanjang tahun 1998 - 1999. Berjaya mendapatkan kos terbaik untuk ubat-ubatan, iaitu antara yang terendah dalam Lembah Klang. Berjaya memperbaiki pengurusan dan kawalan inventori. Berjaya memperkenalkan regimen caj ubat-ubatan yang fleksibel dan kompetitif. Pendedahan Media semasa di SMC: Wawancara oleh TV3, bagi memberikan pandangan profesional penggunaan tablet Viagra, disiarkan dalam Bulletin TV3. Wawancara oleh Berita Harian bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol (Panadol), disiarkan dalam Kolum Kesihatan Berita Harian. Wawancara oleh TV3 secara langsung dalam program 30 minit, Malaysia Hari Ini, bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol Pendedahan Media: Wawancara secara langsung dalam program NONA, TV3 bagi memberikan pandangan profesional mengenai Pil Pelangsing dan Kesan-kesan Sampingannya Terhadap Pengguna.

Pada tahun 2001, beliau menyertai syarikat perunding, Sahabat Ceria Sdn Bhd sebagai Penyelidik dan Penulis Ucapan. Antara tanggung jawab beliau di sini adalah, bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan dalam bidang politik dan sosial, menyediakan Analisis Harian Siaran Media, Laporan Tahunan Siaran Media dan Perancangan Media, menyediakan kenyataan-kenyataan akhbar, butiran ucapan, pelbagai laporan dan artikel-artikel, menyediakan ucapan-ucapan pada acara-acara politik yang utama dan majlis-majlis penting, menghadiri seminar dan persidangan, dan menyediakan laporan penuh mengenainya; dan ditugaskan pada masa-masa tertentu untuk menyunting buku dan tugas-tugas menterjemahkan artikel dan ucapan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

Mula bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia sejak Datuk Seri [[Hishammuddin Tun Hussein]] dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 2004.<ref>[http://www.tunfaisal.com/index.html]. ''Laman Web Tun Faisal Ismail Aziz''.</ref> April 2004 – April 2009 - Bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran yang bertanggung jawab atas hal berkaitan dasar-dasar pendidikan.

Bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, bermula 1 May 2010 sehingga May 2013. Tahun 2013 sehingga sekarang, bertugas di JASA sebagai Panel Pemikir JASA.

== Latar belakang politik ==
Baris 27 ⟶ 46:

== Rujukan ==
{{reflist}}

== Pautan luar ==