Teori tetangsi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
P-Tanah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
P-Tanah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
Ia pertama kali dikaji pada lewat 1960-an sebagai suatu teori [[Daya nuklear| daya kuat nuklear]] sebelum ia diganti oleh [[kromodinamik kuantum]]. Ahli fizik kemudiannya menyedari bahawa kelemahan-kelemahannya yang membuatkannya tidak sesuai dalam kerangka [[fizik nuklear]] merupakan suatu kelebihan jika dilihat dari kerangka [[Graviti kuantum| teori graviti kuantum]]. Bentuk terawal teori tetangsi dipanggil [[teori tetangsi kebosonan]] kerana hanya mengambil kira [[Boson| zarah boson]]. Kemudiannya, ia berkembang menjadi [[teori aditetangsi]] yang menghubungkan sifat [[adisimetri]] di antara [[boson]] dan [[fermion]]. Terdapat lima jenis teori tetangsi utama yang diterima. Pada pertengahan tahun 1990-an, suatu [[Konjektur|terkaan]] telah diusulkan bahawa sebenarnya setiap satu daripada lima jenis ini adalah merujuk kepada teori yang sama iaitu [[teori-M]], tetapi untuk kes-kes tertentu. Pada penghujung 1997, ahli-ahli teori mendapati terdapat satu perhubungan penting yang dipanggil [[padanan AdS/CFT]] yang menghubungkan teori tetangsi dengan [[teori medan kuantum]].
 
Salah satu cabaran teori tetangsi ialah teori lengkapnya tidak mempunyai takrifan yang memuaskan untuk semua keadaan. Satu lagi masalah yang timbul ialah landasan teori tetangsi menimbulkan pelbagai jenis alam yang boleh wujud. Hal ini menyulitkan usaha mengembangkan [[fizik zarah]] dengan menggunakan teori ini. Masalah-masalah ini menyebabkan sebahagian ahli mengkritik kaedah-kaedah ini serta mempersoalkan usaha penyelidikan teori tetangsi.
{{tunas-fizik}}