Lundang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 154:
Sewaktu mula-mula [[Long Yunus]] putera kepada [[Long Sulaiman bin Long Bahar|Long Sulaiman]] memerintah Kelantan, baginda telah melantik Mandur Mis, sepupundanya ini sebagai Mendahari Negeri bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa yang kemudian masyhur dengan panggilan "Tuk Ku Tua" iaitu salah satu jawatan tertinggi dalam hieraki tradisional pada waktu itu yang boleh disama tarafkan dengan sistem pembesar berempat di Negeri melayu barat. Selain jawatan perdana menteri yang disandang oleh Long Gafar bergelar Engku Seri Maharaja Perdana Menteri. Dua tokoh lagi yang menganggotai pembesar tertinggi ini adalah Penghulu Adas sebagai Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja dan Raja Langsuring sebagai Engku Pahlawan Seri Maharaja Dalam.
 
Mandur Mis yang memerintah Kampung Lundang selama 28 tahun ini kemudian mangkat pada tahun 1790. Tempatnya sebagai Raja Lundang telah disandang oleh puteranya bernama Tuan Lebar. Namun tidak lama kemudian, pada tahun 18001801, Tuan Lebar telah dilantik pula menjadi pembesar tertinggi negeri oleh Sultan Muhammad - I sebagai panglima perang. Pada zaman Sultan Muhammad I ini, baginda telah menubuhkan tujuh jawatan terpenting iaitu pembesar tertinggi dengan kedudukan tarafnya adalah dinombor dua selepas Sultan, salah satunya adalah termasuk jawatan panglima perang inilah dengan bergelar Dato' Panglima Perang Lundang<ref>lihat ([[Corak Pemerintahan Kelantan lampau]])</ref> serta telah dianugrah pula untuk berkuasa memerintah di kawasan bermula dari sungai Kampong Wakaf Stan di sebelah timur hingga ke Sungai Kampung Sireh di sebelah barat, sebelah hulu tebing Sungai Lundang di selatan hingga ke Paya Rambai di sebelah utara. Kawasan - kawasan ini, disebabkan pusat pemerintahannya berpusat di Kampung Lundang, maka kawasan ini kemudian terkenal dan masyhur dengan nama daerah Lundang.
 
Baginda yang kemudiannya terkenal di kalangan rakyatnya dengan panggilan Dato' Panglima Perang serta menantu kepada [[Long Ghaffar]] iaitu suami kepada Engku Che' Nik ini mangkat pada tahun 1830. Tempatnya kemudian telah digantikan oleh puteranya bernama Wan Ku Sulong yang menjadi Raja Lundang ke-III dan berkuasa memerintah daerah Lundang dengan mewarisi gelaran kebesaran sebagai Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-II. Baginda yang kemudiannya lebih masyhur dipanggil dengan nama Dato' Mekong<ref>gelaran Panggilan "Dato' Mekong" iaitu kepada ayat "Mekong" merujuk dari ringkasan gelaran Siamnya iaitu "Phra Chou Mekong Phaya Lundang".</ref> ini mangkat pada tahun 1846.
Baris 166:
Daerah Lundang kemudian telah ditadbir secara moden yang diketuai oleh Kweng atau sekarang dipanggil Penggawa, suatu jawatan yang dahulunya terletak di bawah perintah dan dilantik oleh Raja-raja Lundang yang mana kemudian ini telah dinaik taraf menjadi sebagai ketua daerah selaku wakil kerajaan baharu yang dilantik secara berterusan dari pihak kerajaan dikalangan umum rakyat yang mempunyai taraf kelayakannya.
 
Daerah ini kekal dengan nama daerah Lundang zaman berzaman hinggalah pada tahun dekad 1970-an apabila daerah ini telah dipecah (persepadanan semula) dan diubah namanya menjadi daerah [[Kubang Kerian]]. Nama serta batas sempadan baharu ini kekal sehingga sekarang. Perubahan ke atas daerah Lundang ini berlaku bagi menyelarasmewujudkan rancangansubbandar sebuahyang baharu kepada [[Kota Bharu]] selaku ibu negeri Kelantan selaras dengan plan rancangan bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Baru Kubang Kerian.
 
== Nota Kaki ==