Kubang Kerian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 57:
==Sejarah Daerah Kubang Kerian==
 
'''Daerah Kubang Kerian''' adalah merupakan satu daerah yang dahulu asalnya adalah bernama daerah '''[[Lundang]]'''. Daerah [[Lundang]] ini telah ditubuh pada tahun 1801 oleh Al marhum DYMM Sultan Muhammad I untuk dikurniakan kepada dua pupundanya iaitu Al marhum Tuan Lebar Bin Tuan Khomis selaku salah seorang pembesar tertinggi KelatanKelantan yang bergelar Dato' Panglima Perang Lundang untuk memerintah sebagai wizurai yang berpusat di kampung [[Lundang]]. Selepas Tuan Lebar, keturunannya pula mewarisi sebagai penguasa daerah Lundang ini zaman berzaman sehinggalah pada tahun 1910 apabila berakhir dengan Dato' Lundang.
 
Batas sempadan daerah Lundang ini bermula dari sungai Wakaf Stan di timur hingga ke sungai Kampung Sireh disebelah barat, sungai Lundang sebelah selatan hingga ke Paya Rambai disebelah utara. Pada awal dekad 1970-an, daerah Lundang telah dipinda batas sempadan pentadbirannyapentadbiran dan telah diubah namanamanya menjadi daerah Kubang Kerian oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan subbandar yang baharu kepada [[Kota Bharu]] selaras dengan kemudian terlaksananya plan rancangan bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Baru Kubang Kerian.
 
Kubang Kerian nama bagi daerah yang baharu dibentuk ini telah diambil namanya bersempena dengan nama sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung Kubang Kerian yang terletak dipersimpangandikawasan persimpangan Jalan Pasir Puteh dan Jalan Sultan Yahya Petra. Kampung Kubang Kerian ini berjiran dengan kampung Kenali disebelah timur dan kampung Pulong disebelah selatan.
 
==Daerah Dan Bandar Baru Kubang Kerian Sekarang==
Baris 73:
Terdapat banyak masjid di sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah Masjid Sultan Ismail Petra atau dikenali sebagai Masjid Biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM. Dalam kawasan yang sama juga menempatkan dua buah Istana diraja Kelantan, antaranya sebagai tempat persemayaman rasmi [[Sultan Kelantan]] iaitu di Istana Negeri di Jalan Pasir Puteh dan sebuah lagi tempat persemayaman bagi kerabat diraja di Istana Mahkota yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra.
 
Selain pesatnya kewujudan bangunan komersial dan perumahan, terdapat beberapa gedung besar perniagaan yang telah di jalankan di Bandar Baru Kubang Kerian ini iaitu antaranya;
 
*Mydin Hypermarket Kubang Kerian