Bahasa rasmi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Bahasa rasmi''' adalah [[bahasa]] yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan [[negara]], urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.
 
Bahasa rasmi tidak perlu merupakanmembezakan dengan [[bahasa kebangsaan]] kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan [[semangat kebangsaan]]. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.
 
Pemilihan bahasa rasmi (atau pemilihan tidak mempunyai bahasa rasmi) boleh menjadi isu yang menimbulkan perbalahan.<ref name=Patten /> Daripada 193 negara berdaulat di dunia, 178 memiliki bahasa rasmi. Banyak negara yang mengiktiraf lebih daripada satu bahasa rasmi. Di negara yang tidak mempunyai bahasa rasmi, lazimnya akan wujud bahasa [[de facto]]. Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi paling biasa, diiktiraf di 51 buah negara. Ini diikuti bahasa Arab, Perancis dan Sepanyol.