Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lofty abyss (bincang | sumb.)
k Reverted 1 edit by 175.139.229.126 (talk) to last revision by 175.143.226.166 (TwinkleGlobal)
Teg: Buat asal
Baris 33:
'''Penubuhan Sekolah'''
 
SMK Taman Sri Muda (SMKTSM) memulakan sesi persekolahannya pada 1 Disember 1993. SMKTSM menumpang di SMK Seksyen 24, Shah Alam dan diseliakan oleh Puan Lim Siew Khim. Seramai 232 orang murid memulakan sesi persekolahan. Bilangan guru 12 orang dan muridnya ditempatkan dalam 2 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1. Pada 1 September 1994 SMKTSM memulakan sesi persekolahan di bangunan baru yang terletak di Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam.
 
'''Kebitaraan SMK Taman Sri Muda'''
Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda ini telah ditubuhkan pada 11 Oktober 2010 di bawah pimpinan jurulatih utama Encik Sam Mat Kous, pengurus Wariseni Budaya yang bertempat di Laman Budaya Shah Alam. Ahli-ahli kelab menjalani latihan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Khamis dan Sabtu. Tetapi sekiranya mendapat jemputan persembahan di luar sekolah ahli-ahli kelab akan membuat latihan selama tiga hari berturut-turut untuk memantapkan persembahan. Ahli-ahli kelab yang baru diberi latihan intensif setiap hari agar dapat bermain dengan baik bersama-sama ahli-ahli senior.
 
Kelab ini mempunyai seramai 30 orang ahli yang aktif terdiri daripada para pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima di bawah pimpinan Guru Penasihat Kelab iaitu Puan Norazlena Binti Lazim, Puan Elsa Majmiza Binti Murad Khan dan Cik Nur Azwani Binti Sibiramalek. Dalam setiap persembahan kelab menggunakan kemahiran 10 sehingga 20 orang ahli dalam satu-satu masa. Lagu-lagu yang dimainkan merupakan lagu-lagu 'evergreen' terdiri daripada pelbagai genre dan bahasa, tempatan mahupun antarabangsa. Lagu-lagu pop terkini yang popular turut dimainkan agar dapat memenuhi citarasa para pendengar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
 
Aktiviti dan kegiatan kelab telah mendapat liputan media massa seperti akhbar Sinar Harian dan Berita Harian, Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, majalah dara.com serta YEZZ keluaran Karangkraf. Kelab ini juga telah menyertai beberapa pertandingan antaranya Mimpi ke Bintang, Muzik Ekstra dan Pertandingan Bakat anjuran Kraftangan sempena sambutan Hari Kraftangan Kebangsaan 2013 dan menjadi juara dalam pertandingan yang dianjurkan oleh MSU iaitu Performance Art Competition 2014 sempena sambutan Hari Konvokesyen MSU pada tahun 2014. Dalam pertandingan yang sama pada tahun 2016 kelab ini meraih tempat ketiga. Pada tahun 2015 kelab ini telah menyertai Pertandingan Lagu Angklung SEAMEO yang berpusat di Thailand. Pertandingan ini disertai lebih daripada 150 buah sekolah di Asia Tenggara dari 11 buah negara. Dalam pertandingan ini kelab ini telah mendapat tontonan umum yang tertinggi di dalam laman sesawang YouTube.
 
Kelab ini juga telah membuat persembahan secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, rancangan Generasi Y di TV1 dan Tiada Lama Tiada Baru di TV2, rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah, rancangan Bananana Squad yang disiarkan di TV3, TV9 dan NTV7 serta rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Kelab ini juga telah mengadakan persembahan dipelbagai tempat dan acara antaranya Perasmian Pertandingan Burung Antarabangsa di Bukit Fraser dan Perasmian 1MCAT di KLCC anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, sambutan Bulan Ramadhan dan Hari Raya , persembahan Promosi anjuran Kraftangan Malaysia, Majlis Makan Malam, Program Merakyatkan Seni Budaya Bersama Rakyat (PMS), Majlis Sambutan Harijadi, Persembahan di Karnival Music Youth di Curve, Damansara, Majlis Perkahwinan, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, persembahan Bazar Seni Industri Badan Bukan Kerajaaan JKKN, Perasmian Pertandingan Apresiasi Seni Visual, Majlis Pendaftaran Pelajar Baru FSTEP, persembahan Pameran Inspirasi Alam, Kraftangan Kuala Lumpur, Majlis Anugerah Cemerlang Politeknik, KL Family Fair 2013 MaTiC dan sebagainya.
 
Persembahan kelab angklung ini bukan sahaja menghiburkan para jemputan biasa malahan kepada para jemputan khas. Kelab ini telah membuat persembahan dihadapan Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan dan sebagainya.
------》》SMKTSM HEBAT!!!《《------
[[UPDATE:26 MARCH 2016,1753 Hours]]