Virgil van Dijk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
NikoUMS (bincang | sumb.)
Baris 79:
Van Dijk sekali lagi menjaringkan gol pada 21 Januari 2015 dengan membuka kemenangan 4-0 ke atas Motherwell. Pada 26 Februari, beliau dibuang padang pada minit ke-36 kerana melakukan pelanggaran kasar terhadap [[Mauro Icardi]], ketika Celtic tewas 1-0 menentang Inter Milan pada peringkat 32 terakhir kejohanan [[Liga Europa UEFA]]. Pada 8 Mac, Van Dijk sekali lagi dibuang padang ketika bertembung dengan Calum Butcher di peringkat suku akhir kejohanan Piala Scotland menentang Dundee United di Tannadice Park. Penggantungannya untuk perlawanan akhir Piala Liga Scotland minggu berikutnya dibatalkan atas permohonan rayuan, seperti juga Paul Paton, yang dikeluarkan ketika disalah anggap sebagai Butcher. Van Dijk bermain 90 minit penuh dalam perlawanan akhir di Hampden Park, yang dimenangi oleh Celtic dengan keputusan 2-0. Pada 18 Mac, perlawanan ketiga berturut-turut Celtic melawan Dundee United menyaksikan Van Dijk menjaringkan gol pada minit terakhir untuk mengesahkan kemenangan 4-0 dalam ulangan Piala.
 
Pada 19 April, Celtic bertanding di separuh akhir Piala Scotland menentang Inverness di Hampden, dan Van Dijk membuka jaringan gol dengan sepakan percuma. Setelah pemecatan penjaga gawang Craig Gordon, Celtic tewas 3-2 dan mengakhiri peluang mereka untuk mendapatkan gelaran treble. Tiga hari kemudian, sekali lagi Van Dijk menjarngkan gol menerusi sepakan percuma dengan mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Dundee. Pasukannya kembali memenangi liga Scotland dan Van Dijk dimasukkan ke dalam Pasukan Pilihan Terbaik Liga Musim untuk kempen kedua berturut-turut. Beliau juga sekali lagi disenarai pendek untuk anugerah Pemain Pemain PFA Scotland, tetapi kalah dengan rakan sepasukan lain, kali ini Stefan Johansen.
 
Van Dijk dilaporkan "mempertimbangkan masa depannya" di Glasgow setelah Celtic tersingkir dari [[Liga Juara-Juara UEFA]] 2015-16 dalam pusingan kelayakan menentang Malmö dari Sweden.
 
=== Southampton ===