Aya Sophia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 44:
Aya Sophia asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine [[Justinian]]. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Aya Sophia menjadi gereja besar di [[Constantinople]] selama hampir 1,000 tahun.
 
Pada tahun 1453, selepas [[kejatuhan Constantinople]] kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkantelah bangunanmembeli ituGereja diubahsuaiOrtodoks menjadiBizantium sebuahini dengan harta yang dimilikinya kemudian diwakafkan menjadi masjid semata karena Allah Ta'ala. Masjid Aya Shofia adalah wakaf untuk umat Islam dari harta peribadi Sultan Muhammad Al-Fatih. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.
 
TITAH PIAGAM WAQAF MASJID AYA SOFIA OLEH SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH (1453)
 
"Ketahui olehmu, bahawa barang harta waqaf Aya Sofia ini adalah milik beta, Maka barangsiapa yang mengubah akan hukum waqaf ini yang telah menjadi akan ia itu suatu jami', dengan cara ia menambahinya, atau memansukhkannya, atau menukarkannya dengan maksud menghapuskan waqaf Jami' Aya Sofia ini dengan segala tipudaya dan aniaya,
 
Lagipula ia bersubahat atau menolong akan segala perkara itu, atau menipu hartanya, atau mengeluarkannya dari perbendaharaan jami' tersebut selaku-laku ia itulah penjaga, atau mencatatkannya dalam daftar atau kira-kira, maka ketahuilah barang yang diperbuatkannya itu adalah barang yang haram lagi berdosa.
 
Oleh yang demikian itu, maka barangsiapa yang mengubah akan hukum waqaf ini, semoga laknat Allah, dan sekelian anbia', dan sekelian malaikat, dan sekelian raja-raja, dan sekelian kaum muslimin tertimpalah keatasnya sebagai suatu laknat yang berpanjangan.
 
Barangsiapa yang mengubahkan hukum ini setelah mengerti akan ia itu maka segala dosa tersebut tertanggunglah keatasnya. Semoga azab Allah tertimpa ke atas mereka itu dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
 
Terjemahan petikan titah piagam waqaf Masjid Aya Sofia oleh Sultan Abul Fatah Muhammad Khan bin Sultan asy-Syahid Murad Khan(1453)
 
Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model pada masjid-masjid lain seperti [[Masjid Sultan Ahmed]] (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.