Dinamik (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
Ekoran kejayaan itu, mereka ditawarkan untuk merakamkan album bersama beberapa kumpulan rock lain dalam album yang berjudul ''War Rock 3'' yang dirakamkan di [[Seremban]], [[Negeri Sembilan]] pada tahun 1989 oleh Mutiara Productions. Dalam album tersebut, mereka berpeluang menyelitkan beberapa buah lagu hasil ciptaan mereka sendiri. Kumpulan [[Kumpulan Spring|Spring]], Mentari dan Cakrawala turut sama merakamkan lagu dalam War Rock 3. Malangnya, album tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan tetapi, mereka tidak patah semangat malah mereka terus mengorak langkah dan kembali menumpukan perhatian terhadap latihan muzik.
 
Dalam pada itu, anggota kumpulan ini telah bersilih ganti. Selepas pengunduran penyanyi asalnya Talib, mereka terus bertukar-tukar penyanyi antaranya Shamsul, Sabai sehinggalah Mozri menyertai mereka sebagai vokalis tetap. Kumpulan ini kemudiannya bertambah menjadi lima orang anggota dengan kemasukan Jeff (gitar) dan Fauzi (dram - menggantikan Lie) untuk memantapkan lagi perjalanan seni mereka. Beberapa konsert di bahagian Pantai Timur telah disertai mereka, antaranya mengiringi artis Sheeda dan beberapa artis lain. Ini membuatkan mereka semakin dikenali ramai.
 
Perkenalan dengan penerbit Afzainizam Ismail akhirnya mendatangkan tuah buat mereka. Betapa bersyukurnya mereka kerana cita-cita untuk melahirkan album selama ini tercapai jua. Itulah impian bagi kebanyakan kumpulan muzik pada masa itu. Mereka mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan menukar nama kumpulan mereka kepada '''''DINAMIK'''''.
 
Album pertama Dinamik, ''[[Revolusi Mental (album Dinamik)|Revolusi Mental]]'' telah diterbitkan oleh Afzainizam Ismail di bawah label New Southern Records (NSR). Namun begitu, mereka hanya sempat menyiapkan 2 buah lagu iaitu ''Tahyul'' dan ''Rindu-Rindu'' apabila vokalisnya, Mozri (vokal) dan Lie (dram) mengundurkan diri. Tempat Mozri akhirnya digantikan oleh penyanyi bersuara lunak yang berasal dari [[Sarawak]] iaitu '''James Junai Juki''' atau lebih dikenali sebagai '''[[Nai Dinamik|Nai]]''' yang melontarkan suaranya untuk lagu-lagu yang selebihnya dalam album tersebut., manakala tempat Lie sebagai pemain dram digantikan oleh Fauzi.
 
Dua buah single dari album ini, ''Antara Gadis'' dan ''Dilema Rindu'' nyanyian Nai telah melonjakkan nama Dinamik di persada muzik tempatan apabila menjadi antara lagu yang mendapat sambutan hangat di tanah air pada tahun 1991. Dalam masa 5 bulan sahaja, album ini telah terjual sebanyak 400,000 unit lalu menjadikan Dinamik sebagai salah satu kumpulan rock yang amat popular pada waktu itu. Kejayaan album tersebut juga membawa tuah buat mereka apabila mara ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991 menerusi lagu ''Antara Gadis''.
 
Kejayaan ini kemudiannya diikuti dengan album kedua mereka yang berjudul ''[[Repplika (album Dinamik)|Repplika]]'' yangpada tahun 1992. Album ini juga mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia dengan lagu hitnya, ''Biar Putih Tulang'' dan sebuah lagu hasil ciptaan vokalisnya sendiri iaitu ''Lelengau'' (''Rindu'' dalam bahasa Iban). Dalam album ini, Norin (gitar) dan Fauzi (dram) telah keluarmenarik diri dan digantikan dengan Leman di posisi dram, menjadikan kumpulan ini 4 orang anggota sahaja.
 
Waktu itu Dinamik tidak putus-putus menerima undangan show dari serata tanahair. Sambutan yang diberi oleh pengunjung dan peminat-peminat amat meriah. Begitu juga halnya ketika mereka membuat persembahan di Singapura, Thailand dan kepulauan Riau. Ramai yang datang menyaksikan persembahan Dinamik.