Search (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 74:
 
==2003-2009 : Bersatu Semula & Konsert S2==
Selepas lebih kurang tiga tahun Search dibekukan, pada penghujung tahun 2003, Amy, Kid, Din dan Nasir akhirnya mengambil keputusan untuk bersatu semula dengan menjemput seluruh pelusuk wartawan hiburan mengadakan sidang media secara besaran bagi merancang sebuah konsert reunion berskala besar yang disaksikan oleh artis dari [[Indonesia]] kumpulan Godbless di [[Stadium Merdeka]] [[Kuala Lumpur]] dan bakal muncul album terbaharu yang berjudul Empire Garden. Sidang media itu juga turut dihadiri kumpulan Wings untuk memberi sokongan terhadap Search termasuk juga Search memperkenalkan [[Lola]] (bekas pemain drum [[XPDC]]) adalah selaku pemain drum baharu Search bagi menggantikan tempat Yazit. Beberapa hari kemudian ia dilanda sedikit kontroversi terhadap Yazit yang ditemui oleh wartawan media hiburan mendakwa dirinya (Yazit) tidak dimaklum, tidak dijemput dan tidak mengetahui langsung tentang berita Search yang bakal mengadakan konsert berskala besar reunion itu. Yazit tidak restu dengan konsert yang dirancang oleh Search tanpa pengetahuannya. Yazit yang tersinggung mendesak Search supaya konsert yang dirancang oleh Search dibatalkan sehingga Yazit mahu melantik beberapa orang peguam dan bakal menfailkan saman terhadap Search di mahkamah, ditambah pula Yazit tetap yakin bahawa nama kumpulan Search itu adalah hak beliau dan juga adalah sebagai pengasas. Ia memperkuatkan lagi bukti yang kukuh apabila Yazit tidak ketinggalan menunjuk dan menyiarkan bukti kepada wartawan media hiburan berhubung surat perletakan jawatan Amy yang ditandatangani olehnya sebagai penyanyi Search pada awal tahun 1998. Tarikh bakal konsert reunion itu telah ditunda beberapa kali, namun Search menafikan konsert itu bakal dibatalkan kerana kontroversi saman oleh Yazit. Kerana peminat Search merindui aksi-aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001. Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy, Kid, Din, Nasir dan Lola telah mengadakan malam bersejarah dengan sebuah konsert ''reunion'' Evolusi Lagenda Rock Search di [[Stadium Merdeka]] Kuala Lumpur pada Februari 2004 yang dibanjiri lebih 30 ribu penonton yang turut mengundangkan kumpulan Godbless dan Awie Wings sebagai pembuka tirai konsert termasuk juga dihadiri Yazit.<ref>{{cite news|title=Search still rockin' good|work=New Straits Times|date=13 Februari 2004|author=Sharifah Arfah}}</ref> Setelah konsert itu dijayakan tidak kurang juga para peminat mengkritik tentang ketiadaan Yazit sebagai anggota asal Search. Persembahan konsert bersejarah tersebut itu telah dirakam dalam album ''live'' ''Konsert Rock Search Evolusi 2004'' yang keluar tiga tahun kemudian. Setelah itu pada bulan September 2004 Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert [[Scorpions]] di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran [[Jerman]] tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari [[Pemuda PAS]] atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.<ref>{{cite news|title=Islamic party wants to bar show by rock band Scorpions|author=Pauline Jasudason|publisher= Associated Press |date=8 September 2004}}</ref> Lebih kurang setahun kemudian kemelut Search dan Yazit berakhir di mana Lola (dram) telah mengundurkan diri dari Search. Yazit adalah selaku pemain dram asal dan pengasas kumpulan Search kembali kepangkuan sebagai pemain drum Search setelah Search dan Yazit mendapat kata sepakat untuk kembali berdamai pada tahun 2005. Boleh dikatakan majoriti peminat berpuas hati dengan berita kembalinya Yazit kepada Search. Menurut para peminat juga, Search tidak sesuai atau tidak lengkap jika Yazit tiada di dalam kugiran lagenda pujaan hati mereka.
 
Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash bersama kumpulan Lefthanded, Saleem bersama kumpulan Iklim Awie bersama kumpulan Wings, Mus bersama kumpulan May, Joey bersama kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama kumpulan XPDC dan ramai lagi.