Dinamik (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Pada tahun 1988, mereka mencuba nasib dengan menyertai pertandingan Juara Rock Tenggara '88. Beberapa kumpulan rock lain juga turut bertanding. Hasil usaha keras dan kegigihan mereka, Eye’s Killer telah menjadi juara dalam pertandingan itu.
 
Ekoran kejayaan itu, mereka ditawarkan untuk merakamkan album bersama beberapa kumpulan rock lain dalam album yang berjudul ''War Rock 3'' yang dirakamkan di [[Seremban]], [[Negeri Sembilan]] pada tahun 1989 oleh Mutiara Productions. Dalam album tersebut, mereka berpeluang menyelitkan beberapa buah lagu hasil ciptaan mereka sendiri. Kumpulan [[Kumpulan Spring|Spring]]'s, Mentari dan Cakrawala turut sama merakamkan lagu dalam War Rock 3. Malangnya, album tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan tetapi, mereka tidak patah semangat malah mereka terus mengorak langkah dan kembali menumpukan perhatian terhadap latihan muzik.
 
Dalam pada itu, anggota kumpulan ini telah bersilih ganti. Selepas pengunduran penyanyi asalnya Talib, mereka terus bertukar-tukar penyanyi antaranya Shamsul, Sabai sehinggalah Mozri menyertai mereka sebagai vokalis tetap. Kumpulan ini kemudiannya bertambah menjadi lima orang anggota dengan kemasukan Jeff (gitar kedua) untuk memantapkan lagi perjalanan seni mereka. Beberapa konsert di bahagian Pantai Timur telah disertai mereka, antaranya mengiringi artis Sheeda dan beberapa artis lain. Ini membuatkan mereka semakin dikenali ramai.
 
Perkenalan dengan penerbit dan penyanyi Afzainizam Ismail akhirnya mendatangkan tuah buat mereka. Betapa bersyukurnya mereka kerana cita-cita untuk melahirkan album selama ini tercapai jua. Itulah impian bagi kebanyakan kumpulan muzik pada masa itu. Mereka mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan menukar nama kumpulan mereka kepada '''''DINAMIK'''''.
 
Album pertama Dinamik, ''[[Revolusi Mental (album Dinamik)|Revolusi Mental]]'' telah diterbitkan oleh Afzainizam Ismail di bawah label New Southern Records (NSR). Namun begitu, mereka hanya sempat menyiapkan 2 buah lagu iaitu ''Tahyul'' dan ''Rindu-Rindu'' apabila Mozri (vokal) dan Lie (dram) mengundurkan diri. Tempat Mozri akhirnya digantikan oleh penyanyi bersuara lunak yang berasal dari [[Sarawak]] iaitu '''James Junai Juki''' atau lebih dikenali sebagai '''[[Nai Dinamik|Nai]]''' yang melontarkan suaranya untuk lagu-lagu yang selebihnya dalam album tersebut, manakala tempat Lie sebagai pemain dram digantikan oleh Fauzi.