Tenet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 91:
=== Pasca penerbitan ===
[[Ludwig Göransson]] dilantik untuk menggubah skor kerana rakan usaha sama biasa Nolan, [[Hans Zimmer]] sibuk mengerjakan filem ''[[Dune (filem 2020)|Dune]]'' (2020).<ref name="Stolworthy-May2019" /><ref name="Barfield-Jul2019" /> Sewaktu [[pandemik COVID-19]], Göransson merakam hasil kerja ahli muzik di rumah.<ref name="Collis" /> Runut bunyi ''Tenet'' mengandungi lagu "The Plan" nyanyian [[Travis Scott]].<ref name="Langford-Aug2020" /> [[Jennifer Lame]] menggantikan editor lama Nolan, Lee Smith, yang sibuk dengan filem ''[[1917 (filem 2019)|1917]]'' (2019).<ref name="Kit-Apr2019" /> [[DNEG]] mencipta kira-kira 280 gambaran VFX.<ref name="Maytum-Jun2020" />
 
== Pemasaran dan pengeluaran ==
Pada Ogos 2019, Warner Bros. mengeluarkan treler acah 42 saat sebelum pratayang ''[[Hobbs & Shaw]]''.<ref name="Stedman-Aug2019" /> Treler berkenaan juga dilampirkan pada tayangan ''[[Joker (filem 2019)|Joker]]'' di India pada bulan Oktober.<ref name="TimesofIndia-Oct2019" /> Treler pertama disiarkan dalam talian pada bulan Disember, apabila prolog eksklusif pawagam ditayangkan di pawagam-pawagam IMAX tertentu sebelum ''[[Star Wars: The Rise of Skywalker]]''.<ref name="Alexander-Dec2019" /> Treler itu juga diperkenalkan dalam tayangan IMAX ''[[Birds of Prey (filem 2020)|Birds of Prey]]'' di India pada Februari 2020.<ref name="Devanagari-Feb2020" /> Pada Mei 2020 keluarnya [[Iklan televisyen|iklan TV]]<ref name="Langmann-May2020" /> yang dipromosikan dalam permainan ''[[Fortnite]]'' mod Party Royale.<ref name="Fortnite-May2020" /> Logo yang digayakan oleh Nolan seperti ''TENƎꓕ'' telah dipinda untuk treler ini kerana serupa dengan jenama pengeluar komponen basikal.<ref name="Anderton-May2020" /> Treler akhir keluar pada bulan Ogos, menampilkan single Travis Scott.<ref name="Jones-Aug2020" /> Video sebalik tabir eksklusif dimuat naik pada 26 Ogos.<ref name="WarnerBros.Pictures-Aug2020" />
 
Pengedar [[Warner Bros. Pictures]] pada mulanya menjadualkan ''Tenet'' untuk keluar pada 17 Julai 2020, dalam format IMAX, [[Filem 35 mm|35mm]], dan 70mm.<ref name="Sharf-Dec2019" /> Disebabkan pandemik COVID-19, ia mula-mula ditunda ke 31 Julai,<ref name="D'Alessandro-Jun2020" /><ref name="McClintock-Jun2020" /> dan kemudian 12 Ogos.<ref name="Rubin-Jun2020" /> Dihitungkan bahawa setiap penangguhan menelan belanja pemasaran antara $200,000 dan $400,000 bagi pihak pengedar.<ref name="Rubin-Jul2020-A" /> Setelah ditangguhkan sekali lagi tanpa tarikh baru yang tetap,<ref name="D'Alessandro-Jul2020" /> Warner Bros. mengaturkan filem ini untuk dikeluarkan di pasaran antarabangsa pada 26 Ogos di 70 negara terpilih, termasuklah United Kingdom.<ref name="Rubin-Jul2020-B" /> Acara pratayang diadakan di Australia dan Korea Selatan pada 22 dan 23 Ogos.<ref name="Flicks-Aug2020" /><ref name="Tartaglione-Aug2020-B" /> Filem akan dikeluarkan di bandar-bandar terpilih di Amerika Syarikat pada 3 September, sebelum diperluas ke serata negara secara beransur dalam minggu-minggu seterusnya.<ref name="Rubin-Jul2020-B" /> Tarikh keluaran di China pula pada 4 September.<ref name="Tartaglione-Aug2020-A" />
 
== Catatan ==