Infinity Science Fiction: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Infinity Science Fiction"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:05, 16 September 2020

Infinity Science Fiction (erti harfiah: "Cereka Sains Saujana") adalah sebuah majalah cereka sains Amerika, yang disunting oleh Larry T. Shaw dan diterbitkan oleh Royal Publications. Isu pertamanya, yang dikeluarkan pada bulan November 1955, turut mengandungi cereka karya Arthur C. Clarke "Bintang", sebuah kisah mengenai planet yang dihancurkan oleh nova (bintang yang meletup) yang ternyata adalah Bintang Bethlehem. Karya ini pernah memenangi Anugerah Hugo untuk tahun tersebut. Shaw memperoleh cerita-cerita daripada beberapa orang penulis terkemuka pada masa itu, termasuklah Brian Aldiss, Isaac Asimov dan Robert Sheckley, tetapi bahan tersebut mempunyai mutu yang berubah-ubah. Pada tahun 1958 Irwin Stein, pemilik Royal Publications, memutuskan untuk menutup Infinity; terbitan terakhir bertarikh November 1958.

Infinity Science Fiction
Perempuan yang memakai layah sambil memegang tangan makhluk asing
Kulit hadapan keluaran pertama; karya seni oleh Robert Engle
EditorLarry T. Shaw
PenerbitRoyal Publications
Isu pertamaNovember 1955; 68 tahun yang lalu (1955-11)
Isu terakhirNovember 1958 (1958-11)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Judul ini dihidupkan kembali satu dasawarsa kemudian oleh rumah penerbitan Stein, Lancer Books, sebagai suatu siri antologi berkulit lembut. Lima jilid diterbitkan antara tahun 1970 dan 1973 yang disunting oleh Robert Hoskins. Jilid keenam telah disiapkan tetapi ditarik balik setelah Lancer menghadapi masalah kewangan pada hujung tahun 1973.

Sejarah penerbitan

Majalah cereka sains Amerika muncul pertama kalinya pada tahun 1920-an dengan pelancaran Amazing Stories, majalah pulpa yang diterbitkan oleh Hugo Gernsback. [1] Permulaan cereka sains sebagai genre yang dipasarkan secara berasingan dapat ditelusuri hingga waktu ini,[2] dan pada akhir tahun 1930-an, bidang ini mengalami ledakan pertamanya. Perang Dunia Kedua dan kekurangan kertas menyebabkan beberapa judul berakhir,[3] tetapi pada akhir 1940-an pasaran mulai pulih. Daripada lapan buah majalah aktif pada tahun 1946, bidang ini berkembang menjadi dua puluh buah pada tahun 1950, dan puluhan lagi mula diterbitkan pada dasawarsa berikutnya.[4] Infinity Science Fiction dilancarkan di tengah ledakan penerbitan ini.[5]

Pada tahun 1954, Irwin dan Helen Stein memulakan sebuah syarikat penerbitan, Royal Publications dan melancarkan dua buah majalah, Celebrity (Selebriti) dan Our Life (Kehidupan Kita), yang disunting oleh Larry Shaw. Shaw meninggalkan syarikat tersebut dan menjadi penyunting bagi majalah bergenre <i>hot-rod</i>. Apabila mereka memulakan Infinity pada tahun berikutnya, Shaw kembali ke Royal untuk menjadi penyunting. Edisi pertama Infinity berada ada di gerai surat khabar pada bulan September 1955, dengan tarikh tutup November.[5] Steins bersaudara juga melancarkan Suspect Detective Stories (Kisah Detektif Suspek), sebuah majalah jenayah pada bulan yang sama, dan memberikannya kepada Shaw untuk disunting, tetapi mengubahnya menjadi cereka sain setelah lima terbitan, dengan tajuk sebagai Science Fiction Adventures (Pengembaraan Cereka Sains).[6]

Pada akhir tahun 1950-an, Irwin Stein memutuskan untuk memulakan dua majalah yang berkaitan dengan media, Monster Parade (Perbarisan Raksasa) dan Monsters and Things, untuk memanfaatkan minat baru dalam filem seram dan cereka sains.[7] Science Fiction Adventures yang mengalami jualan yang teruk telah dibatalkan; dan terbitan terakhirnya bertarikh Jun 1958, dan terbitan terakhir Infinity diikuti pada bulan November.[8][9] Bagi menjimatkan wang untuk dua isu terakhir, Stein membuat perjanjian untuk memperoleh beberapa bahan dengan harga yang lebih rendah dan mengambil alih pilihan cerita daripada Shaw.[10]

Pada 1961, Irwin Stein dan Walter Zacharius mengasaskan Lancer Books,[11][12] dan pada tahun 1963, Shaw diambil bekerja sebagai penyunting di Lancer; beliau digantikan oleh Robert Hoskins pada tahun 1968. Hoskins cuba meyakinkan Stein untuk memulakan semula Infinity, tetapi unjuran kewangan mereka menyatakan bahawa edaran sebanyak 50 ribu diperlukan bagi memperoleh keuntungan. Stein menganggap perkara adalah tidak mungkin bagi sesebuah majalah tetapi mungkin untuk siri antologi berkulit lembut. Siri pertamanya, Infinity One (Saujana Satu), muncul pada Januari 1970, dan empat siri lagi dilancarkan pada tiga tahun berikutnya, dan berakhir dengan Infinity Five (Saujana Lima) pada tahun 1973. Siri keenam telah disiapkan untuk diterbitkan tetapi Lancer mengalami kemuflisan pada November tahun itu.[13] Buku itu dibatalkan dan Hoskins mengembalikan naskhah tersebut kepada pengarang.

Butiran bibliografi

Isu-isu Infinity Science Fiction menunjukkan bilangan jilid/terbitan
Tahun Jan. Feb. Mac Apr. Mei Jun Jul Ogos Sep Okt. Nov Dis
1955 1/1
1956 1/2 1/3 1/4 1/5 1/6
1957 2/1 2/2 2/3 2/4 2/5 2/6 3/1
1958 3/2 3/3 3/4 3/5 3/6 4/1 4/2
Larry Shaw adalah penyunting sepanjang masa.

Majalah ini diterbitkan oleh Royal Publications, dan disunting oleh Larry Shaw untuk kesemua dua puluh isu. Isu pertama bertarikh November 1955; jadualnya pelbagai, dengan jangka waktu dwibulanan dari Jun 1956 hingga Jun 1957, diikuti dengan usaha untuk mengikuti jadual enam minggu selama lebih dari satu tahun. Pada waktu majalah ini dibatalkan pada bulan Oktober 1958, Shaw berharap untuk beralih ke jadual bulanan. Penomboran terbitan itu adalah biasa, masing-masing tiga jilid dari enam nombor dan satu jilid terakhir dengan dua nombor.[14] Semua terbitan berukuran ringkasan, 128 halaman, dan berharga 35 sen.[10]

Siri antologi semuanya disunting oleh Robert Hoskins dan diterbitkan sekali setahun dari tahun 1970 hingga 1973, kecuali pada tahun 1972, di mana kedua-dua Infinity Three (Saujana Tiga) dan Infinity Four (Saujana Empat) dikeluarkan.[15] Antologi pertama berharga 75 sen; selebihnya berharga 95 sen.[13]

Rujukan

  1. ^ Stableford (1993), pp. 25–26.
  2. ^ Nicholls & Clute (1993), pp. 483–484.
  3. ^ Edwards & Nicholls (1993), pp. 1066–1069.
  4. ^ Magazine publishing dates for the period are tabulated in Ashley, History of the Science Fiction Magazine Vol. 3, pp. 323–325.
  5. ^ a b Ashley (2005), pp. 73–74.
  6. ^ Ashley (2005), p. 165.
  7. ^ Ashley (2005), pp. 186–187.
  8. ^ Ashley (2005), p. 330.
  9. ^ Ashley (2005), p. 338.
  10. ^ a b Marchesani (1985), pp. 352–355.
  11. ^ Grimes, William (March 7, 2011). "Walter Zacharius, Romance Publisher, Dies at 87". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada June 12, 2011.
  12. ^ Ashley (2007), pp. 135–139.
  13. ^ a b Ashley (1985), pp. 789–790.
  14. ^ "Issue Grid: Infinity Science Fiction". www.isfdb.org. Internet Speculative Fiction Database. Dicapai pada May 25, 2020.
  15. ^ "Summary Bibliography: Robert Hoskins". www.isfdb.org. Internet Speculative Fiction Database. Dicapai pada June 12, 2020.

Sumber

  • Ashley, Michael (1976). The History of the Science Fiction Magazine Vol. 3 1946–1955. Chicago: Contemporary Books, Inc. ISBN 0-8092-7842-1.
  • Ashley, Mike (1985). "Infinity". Dalam Tymn, Marshall B.; Ashley, Mike (penyunting). Science Fiction, Fantasy and Weird Fiction Magazines. Westport, Connecticut: Greenwood Press. m/s. 789–790. ISBN 0-313-21221-X.
  • Ashley, Mike (2005). Transformations: The Story of the Science Fiction Magazines from 1950 to 1970. Liverpool: Liverpool University Press. ISBN 0-85323-779-4.
  • Ashley, Mike (2007). Gateways to Forever: The Story of the Science-Fiction Magazines from 1970 to 1980. Liverpool: Liverpool University Press. ISBN 978-1-84631-003-4.
  • Budrys, Algis (March 1987). "Books". The Magazine of Fantasy & Science Fiction. 72 (3): 14–20.
  • Edwards, Malcolm (1981) [1979]. "Shaw, Larry T.". Dalam Nicholls, Peter (penyunting). The Encyclopedia of Science Fiction. St. Albans, UK: Granada. m/s. 541. ISBN 0-586-05380-8.
  • Edwards, Malcolm; Nicholls, Peter (1993). "SF Magazines". Dalam Clute, John; Nicholls, Peter (penyunting). The Encyclopedia of Science Fiction. New York: St. Martin's Press. m/s. 1066–1071. ISBN 0-312-09618-6.
  • Kyle, David (1977) [1976]. A Pictorial History of Science Fiction. Feltham, UK: Hamlyn. ISBN 0-600-38193-5.
  • Marchesani, Joseph (1985). "Infinity Science Fiction". Dalam Tymn, Marshall B.; Ashley, Mike (penyunting). Science Fiction, Fantasy and Weird Fiction Magazines. Westport, Connecticut: Greenwood Press. m/s. 352–355. ISBN 0-313-21221-X.
  • McAleer, Neil (2013). Sir Arthur C. Clarke: Odyssey of a Visionary. New York: Rosetta. ISBN 978-0-8092-3720-3.
  • Nicholls, Peter; Clute, John (1993). "Genre SF". Dalam Clute, John; Nicholls, Peter (penyunting). The Encyclopedia of Science Fiction. New York: St. Martin's Press. m/s. 483–484. ISBN 0-312-09618-6.
  • Stableford, Brian (1993). "Amazing Stories". Dalam Clute, John; Nicholls, Peter (penyunting). The Encyclopedia of Science Fiction. New York: St. Martin's Press. m/s. 25–26. ISBN 0-312-09618-6.
  • Weinberg, Robert (1988). "Emshwiller, Edmund Alexander". Dalam Weinberg, Robert (penyunting). A Biographical Dictionary of Science Fiction and Fantasy Artists. Westport, Connecticut: Greenwood Press. m/s. 101–105. ISBN 0-313-24349-2.