Noraniza Idris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
noraniza
Teg-teg: Manual revert Suntingan visual
Baris 41:
Selepas kelahiran album Ala Dondang, Noraniza terus kekal merakamkan album-album yang berirama pop tradisional seperti ''[[Masyhur]]'' dan album duet bersama penyanyi Siti Nurhaliza, ''[[Seri Balas]]''. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada lagu-lagu Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional secara tidak konvensional seperti sebelum ini. Pada masa itu, lahirlah lagu-lagu yang telah menjulang nama Noraniza Idris dengan lagu-lagu pop tradisional seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Zapin Pusaka serta duet Noraniza bersama [[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Siti Nurhaliza]] menerusi lagu Hati Kama.
 
Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu-lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu Ngajat Tampi ciptaan Rosli Selasih yang dimuatkan dalam album ''[[Bekaba]]'', selain itu lagu yang berkonsepkan hadrah, Tinting yang merupakan single pertama daripada album ''Bekaba'' hasil ciptaan Pak Ngah. Kedua-dua lagu tersebut berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000. Noraniza menjadi artis pertama yang mara dengan dua lagu. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran Ratu Pop Tradisional.
 
Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live lagu Dikir Puteri di Sukan Komanwel pada tahun 1998 bersama Siti Nurhaliza yang turut menyanyikan lagu popularnya, Cindai. Mereka berdua disatukan untuk bergandingan dalam satu album duet istimewa berkonsepkan pop tradisional yang berjudul ''[[Seri Balas]]''. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Noraniza dan Siti telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional daripada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Kolaborasi mereka berdua memberi impak yang sangat besar dalam industri muzik Malaysia ketika itu bukan sahaja di Malaysia tapi di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Tuah menyebelahi Noraniza dan Siti apabila lagu Hati Kama berjaya memasuki pencalonan akhir bagi kategori Lagu Terbaik dan album ''[[Seri Balas]]'' pula memenangi Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-7|Anugerah Industri Muzik 2000]]. Selain itu, persembahan hebat Noraniza & Siti menerusi Hati Kama juga berjaya merangkul Juara kategori Etnik Kreatif di [[Anugerah Juara Lagu 2000]].
Baris 48:
 
=== 2002–kini: ''Aura, Sawo' Matang,'' Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun, 3 Juara dan Gegar Vaganza===
Pada tahun 2002, menyaksikan Noraniza tidak lagi bekerjasama dengan komposer, Pak Ngah menerusi album [[Aura (album 2002)|''Aura'']]. Kali ini Noraniza melantik Fareez Tajudin yang juga suaminya ketika itu menggalas tanggungjawab sebagai penerbit dan menjadi tunjang utama dalam album ini. Album ''Aura'' menjadi titik permulaan untuk peminat seni tanah air menilai kemampuannya berdiri kukuh di landasan tersendiri dalam dunia seni tanah air. Noraniza mahu menjadi dirinya sendiri dan kerana itu dia rela menghabiskan masa berbulan-bulan di studio untuk memastikan rakaman album ''Aura'' berjalan lancar. Kata Noraniza, dia melibatkan diri secara total untuk pembikinan album itu bermula daripada mencari lagu dan membuat kajian mengenai muzik etnik yang diketengahkan. Menurutnya, apabila dia membuat keputusan untuk terlibat secara 100% dalam pembikinan album itu, dia perlu menunjukkan komitmen yang tinggi. Noraniza tidak mahu ada pihak yang menganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam. Oleh kerana terlalu teliti, Noraniza dan suami berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian,
 
Perasaannya ibarat seperti orang yang mahu beranak sulung. Noraniza begitu berdebar-debar menanti respons peminat terhadap album ini. Dalam ''Aura'', peminat tidak dapat lagi mendengar Noraniza menyampaikan lagu ciptaan Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain). Sebaliknya, kali ini peminat berpeluang menilai sejauh mana kemampuan komposer tersohor [[Adnan Abu Hassan]] yang selama ini terkenal dengan lagu-lagu berentak pop mainstream. Dalam album ''Aura'', Adnan menghasilkan lagu masri berjudul Layar Batutta. Noraniza juga memberanikan diri mempertaruhkan komposer [[Eddie Hamid]] yang mengilhamkan lagu berirama muzik Timur berjudul Hala Timur. Beberapa buah lagu lain yang dimuatkan dalam album itu turut menerima sentuhan lirik daripada penulis lirik muda berbakat besar, Hairul Anuar Harun. Kata Noraniza, album ''Aura'' yang berkonsepkan fusion ethnic merupakan album yang amat istimewa. Noraniza yakin, ia tidak akan menghampakan para peminatnya.
 
Pada tahun 2003, Noraniza telah mengumumkan beliau telah tamat kontrak daripada syarikat rakaman [[Suria Records|Suria Records.]] Noraniza Idris beralih pula kepada label [[Universal Music Group|Universal Music Malaysia]] untuk pemasaran album seterusnya ''[[Sawo Matang|Sawo' Matang]]'' pada tahun 2004. Pada ketika itu juga, Noraniza telah menubuhkan syarikat sendiri yang dinamakan Gerak Budaya Sdn Bhd. Album ''Sawo' Matang'' telah beri satu impak yang besar dalam industri muzik ketika itu apabila meraih pelbagai anugerah besar di Malaysia dan Singapura. Album ''Sawo' Matang'' telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-12]] dan turut tercalon untuk kategori Kulit Album Terbaik dan Album Terbaik. Album tersebut juga berjaya menembusi pencalonan akhir Album Terbaik di [[Anugerah Planet Muzik]] 2005. ''Sawo' Matang'' mempertaruhkan Hatinya Tak Tahan sebagai single pertama yang berkonsepkan etnik kontemporari yang menyelitkan elemen jawa di dalamnya. Lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini adalah Sama Tak Serupa, Ayuh! Juragan, Rajuk Rindu, Zapin Beradat dan banyak lagi. Noraniza mempersembahkan buat kali pertamanya lagu Hatinya Tak Tahan di hadapan penonton yang dihadiri melebihi 16,000 ribu di Konsert Countdown [[Pusat Bandaraya Kuala Lumpur|KLCC]] 2004 yang berlangsung di KLCC Park, Kuala Lumpur. Ternyata lagu yang dicipta oleh Noraniza sendiri membawa tuah apabila lagu Hatinya Tak Tahan berjaya meraih anugerah Persembahan Terbaik di [[Anugerah Juara Lagu ke-19]] dan memenangi Lagu Global Pilihan di [[Anugerah Era 2004]].
 
Selepas tamatnya era [[Sawo Matang|''Sawo' Matang'']], Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu ''[[Lenggok 20 Tahun]]'' yang diterbitkan pada tahun 2006. Album ini memuatkan dua buah lagu baru, Racau Sang Khalifah (duet bersama [[Liza Hanim]]) dan Asyik Bisikan Hubah. Album ini juga memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, Dayung Sampan, menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari negara [[China]] dan Mengemis Rindu yang dirakam semula dalam nafas baru.
 
Pada tahun 2008 pula, Noraniza Idris telah melancarkan sebuah lagu hari raya berjudul Cinta Lebaran duet bersama kumpulan Akasia yang dicungkil bakat mereka dalam satu program realiti TV, [[Gang Starz|Gangstarz]]. Noraniza berkata, single tersebut merupakan single pertamanya selepas beliau bertudung litup. Selain itu, pada tahun yang sama juga menyaksikan Noraniza Idris diberi penghormatan apabila lagu-lagu nyanyiannya dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti [[Sehati Berdansa]] Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut (yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia). Noraniza turut menjadi juri jemputan pada malam itu.
 
Setelah sekian lama tidak mengeluarkan sebarang album mahupun lagu. Pada tahun 2009, Noraniza kembali mengubati kerinduan peminatnya dengan melancarkan sebuah single berkonsepkan etnik fusion yang berjudul [[Enjut (lagu)|''Enjut.'']]. Lagu hasil kerjasamaciptaan [[Cat Farish]], Illegal, Adeeb serta [[Ahmad Fedtri Yahya]] sebagai penulis liriknya. Ia sebagai pengenalan single pertamanya sebelum beliau melancarkan album studionya yang ke-1413, [[Cintaku Satu|''Cintaku Satu'']] pada tahun 2010. Walaupun ada sedikit kontroversi yang mengatakan lagu tersebut diselitkan unsur lucah, Enjut berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-17|Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17)]] dan turut tercalon dalam kategori Lagu Terbaik. Noraniza juga berjaya bawa lagu Enjut hingga ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 24 tetapi gagal ke peringkat akhir.
 
Pada tahun 2010, Noraniza Idris merakamkan sebuah lagu raya berjudul Selamat Hari Raya ciptaan Jasnie Mohd Yaakob. Lagu tersebut dimuatkan dalam sebuah album kompilasi hari raya ''eRama Aidilfitri: Menjelang Syawal'' keluaran eRama Records. Seterusnya pada 30 Disember 2010, setelah lima tahun menyepi tanpa mengeluarkan sebarang album, Noraniza kembali menerbitkan sebuah album studio yang berjudulke-13, ''[[Cintaku Satu]]'' yang menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi baru seperti [[Jaclyn Victor]], [[Marsha Milan Londoh]], Bob AF, Dior, [[Black (penyanyi)|Black]] dan ramai lagi. Memuatkan 10 buah lagu seperti Enjut, Kuasa Cinta, Hari Demi Hari, Endang Endong, Menarik Hati dan banyak lagi. Adik kepada Noraniza iaitu Zahid Idris selaku penerbit album ini.
 
Pada April 2016, menyaksikan beliau kembali dengan persembahan khas Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang diadakan selama satu jam setengah sempena ulang tahun ke-30 Noraniza Idris di arena bidang muzik, kehadiran ratusan peminat memenuhi Auditorium Angkasapuri, [[Kuala Lumpur|Kuala Lumpur,]] ternyata aura Noraniza Idris masih berbisa sehingga kini, dengan gerak tarinya yang memukau, Noraniza masih mengekalkan konsep yang sama iaitu membawa segerombolan penari di atas pentas. Pada masa yang sama, beliau mengimbau semula perjalanan awal kerjaya seni beliau serta jatuh bangunnya dalam memartabatkan serta memperjuangkan irama Etnik Kreatif Tradisional sehingga dia diangkat serta diiktiraf sebagai Ratu Etnik Kreatif atau Ratu Irama Tradisional.
Baris 70:
Noraniza berkata, dia ingin mengangkat tema berkenaan kerana karya berbentuk demikian sudah lama tidak diterbitkan selain memberi peluang kepada generasi baharu mengenali maksud album yang mempunyai konsep seperti itu.
 
"Kali terakhir saya dengar album seperti ini sewaktu berusia 7 tahun menerusi sebuah karya melibatkan artis-artis popular ketika itu seperti Allahyarhamah Datuk [[Sharifah Aini|Datuk Sharifah Aini]], Allahyarham [[Latif Ibrahim|Latif Ibrahim,]], [[Hail Amir|Hail Amir,]], [[Uji Rashid]] dan Datuk [[Khadijah Ibrahim|KhatijahDatuk Khadijah Ibrahim]]. Sehingga sekarang saya sangat merindui album itu kerana mesej disampaikan mendorong saya untuk menghasilkan sketsa bermesej yang diselang seli dengan lagu-lagu nyanyian kami. Menerusi ''Ria Aidilfitri'' ia turut dimeriahkan dengan ucapan khas penyanyi jemputan terlibat mengikut lagu yang turut dilakonkan secara santai," katanya.
 
Album memuatkan 12 buah lagu, lapan buah lagu baharu manakala empat daripadanya nafas baharu. Melibatkan artis-artis seperti Mimi Fly One Nation Emcees, Royce Sa'ayan, L'Zzay, Azmir Arif, [[Razis Ismail]], Ihab Ismail dan dua orang anak Noraniza sendiri iaitu Fee Haiqal dan anak tirinya, Fadzlee Sufri. Antara lagu-lagu yang terkandung adalah Rewang Raya, Angin Cinta Di Aidilfitri, Ahlan Wasahlan Ya Syawal, Nostalgia Aidilfitri, Kalimah Lebaran, Akar Kita Zapin Aidilfitri, Linangan Syawal dan Ria Aidilfitri.
Baris 80:
Dalam pada itu, Noraniza berkata, menerusi rakaman takbir raya bersama selebriti itu juga ia dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat terhadap golongan selebriti. Ini kerana artis Malaysia juga berperanan dalam menyampaikan mesej berunsurkan Islamik dan nilai-nilai murni sebagai ikon kepada generasi hari ini dan juga sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial artis kepada masyarakat yang bersifat mendidik dalam membentuk akhlak mulia. Selain itu, menerusi program seumpama ini ia juga dapat mengeratkan kembali silaturahim di antara rakan-rakan artis yang mungkin sebelum ini pernah terputus hubungan.
 
Pada pertengahan Oktober pula, Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap untuk program realiti terbaru terbitan [[TV3]], ''3 Juara'' yang bermula bersiaran pada 16 Oktober 2016 setiap hari Ahad. TV3 memperkenalkan program ini adalah untuk mencungkil bakat baharu sebagai pelapis kepada tiga genre muzik iaitu Rock, Balada dan Irama Malaysia. Menampilkan 24 peserta yang akan dibimbing oleh komposer yang cukup berpengalaman dan tidak asing lagi di Malaysia yang akan mewakili setiap genre lagu iaitu Dato' Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah akan mewakili bagi kategori Irama Malaysia, [[Ajai]] pula mewakili kategori Balada manakala Edrie Hashim mewakili untuk kategori Rock. Selain Noraniza, turut sama menjadi juri tetap adalah [[Rossa|Dato' Rossa]] dan [[Ahmad Azhar bin Othman|Awie]].
 
Pada 15 Januari 2017, Noraniza Idris kembali mewarnai industri muzik dengan mengeluarkan sebuah lagu terbaharu berjudul Wangikanlah Hatimu yang berkonsepkan pop etnik dan tradisional yang menggabungkan elemen dikir barat dan siam serta sunda. Lagu ini menampilkan konsep duo dengan gabungan dua karakter vokal iaitu dari Noraniza Idris dan penyanyi Tyka yang dicungkil bakatnya daripada program realiti 3 Juara. Lagu yang dicipta oleh [[Amir Jahari]] dan AG Coco manakala liriknya pula ditulis oleh [[Ahmad Fedtri Yahya]]. Lagu ini telah dilancarkan serentak pada malam akhir Pentas Epik 3 Juara yang mana pada malam tersebut Noraniza turut mempersembahkan buat kali pertamanya lagu terbarunya itu bersama Tyka. Mengulas mengenai single tersebut, Noraniza Idris berkata proses persediaan lagu 'Wangikanlah Hatimu' ini sangat kemas dan tidak mengambil masa terlalu panjang untuk disiapkan. Sepanjang 2 bulan bermula daripada perbincangan dengan Amir Jahari, penyesuaian melodi telah dibuat mengikut keserasian vokal nyanyian dan karakter dalam lagu. Wangikanlah Hatimu adalah sebuah penerbitan pertama bagi syarikat Noraniza Idris Production Ventures bagi tahun 2017. Bait-bait lirik lagu ini mempunyai mesej berunsur nasihat dan ingatan. Majlis pelancaran single Wangikanlah Hatimu telah berlangsung di Restoran L’Clasico, Publika, Kuala Lumpur pada 21 Februari 2017.
 
Pada 9 Mei 2017, selepas kejayaan single Wangikanlah Hatimu, Noraniza Idris tampil melancarkan single kedua yang berjudul 'Permata Saadah'. Single bergenre 'Zapin Fusion' yang diterbitkan syarikat rakamannya Noraniza Idris Production Ventures ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat perkhidmatan penyediaan katering perkahwinan iaitu ''Permata Saadah (M) Sdn Bhd.'' Menurut Noraniza, kolaborasi ini terhasil daripada pertemuan beliau dan pengarah katering Permata Saadah dalam satu program keusahawanan.
 
"Ketika itu Permata Saadah menaja makanan untuk program tersebut dan ketika melihat 'bunting' mereka, Kak Ani rasa tertarik dengan perkataan Permata Saadah dan memanjangkan hal tersebut kepada penulis lirik lagu ini, Fedtri Yahya sehinggalah Fedtri menciptakan lirik yang membuatkan kak Ani sangat teruja," ujar Noraniza semasa majlis pelancaran single ini.