Thiago Alcântara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
NikoUMS (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 75:
Thiago dilahirkan di Itali dan merupakan anak sulung kepada bekas pemain bola sepak, Mazinho. Beliau menyertai Barcelona ketika berusia 14 tahun dan membuat penampilan pertamanya pada tahun 2009. Setelah memenangi penghormatan termasuk empat gelaran [[La Liga]], [[Liga Juara-Juara UEFA]], dan [[Piala Dunia Kelab FIFA]] untuk Barcelona, beliau ditandatangani oleh Bayern Munich dengan harga berjumlah €25 juta pada tahun 2013. Di Jerman, Thiago memenangi 16 trofi, termasuk kejuaraan Bundesliga sebanyak tujuh kali, dan Liga Juara-Juara UEFA sebagai sebahagian daripada menjuarai gelaran treble bersama Bayern Munich. Pada tahun 2020, Thiago menandatangani kontrak bersama Liverpool dengan pindahan awal bernilai 20 juta £.
 
Setelah membantu Sepanyol ke Kejuaraan Eropah di peringkat bawah 19 dan di bawah 21 tahun, Thiago membuat penampilan pertama antarabangsa sepenuhnya pada tahun 2011. Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad sementara untuk pasukan Sepanyol di [[Piala Dunia FIFA 2014]] tetapi menarik diri kerana kecederaan lutut. Thiago terpilih untuk mewakili Sepanyol dalam kejohanan UEFA Euro 2016 dan [[Piala Dunia FIFA 2018]].
 
==Kerjaya kelab==