Layar Lara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thereformer (bincang | sumb.)
Thereformer (bincang | sumb.)
Baris 21:
Pada tahun 1994, beberapa seniman sedang berlatih skrip untuk filem pengarah Malik. Perubahan line menyebabkan kekecohan antara pelakon veteran tersebut, menyebabkan mereka berjalan keluar dari studio tersebut. Di gerai makan berdekatan, Malik datang untuk meminta maaf. Pada detik itu, batu-bata dari tapak pembinaan berdekatan jatuh menimpa gerai tersebut. Seniwati Zai jelas terkesan akibat daripada kejadian ini.
 
Dua tahun kemudian, pada 1996, Ena keluar dari pawagam bersama teman lelakinya Shark. Mereka bertekak dan dihalau oleh Malik dari gerai makan berdekatan. Malik sedang mengadakan sesi uji bakat untuk filem terbaharunya apabila diminta oleh penerbitnya En.Borhan untuk memasukkan Ena dalam filemnya. Daud juga mendapat pekerjaan sebagai pembantu produksi; dia berjanji dengan para veteran untuk mendapatkan watak dalam filem tersebut.
 
Ena merupakan pelakon yang ada bakat, tetapi menimbulkan banyak masalah di lokasi penggambaran. Ini termasuk tidak menghadiri sesi latihan serta penggambaran dan menipu kepada Malik sebab dia melakukan hal demikian. Ena juga berkelakuan buruk terhadap Jan, pelakon sampingannya dalam filem itu sehingga mencuri barangannya dan juga menuduhnya berperangai sundal. Pada masa yang sama, Ena juga menggoda Daud sehingga membuatkannya mengikut perangai Ena. Rupanya Ena melakukan perkara tersebut untuk membuat Shark cemburu. Daud kesal akan pilihannya.
 
Seniwati Zai mempunyai masalah membezakan realiti dan produksi. Dalam keadaan nyanyuknya dia hanya berbicara dalam bahasa istana, yang didengari Ena ketika dia datang ke rumah Daud untuk meminta maaf. Para veteran diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada penggambaran tersebut. Daud bertumbuk dengan Malik yang dituduhnya seorang barua kepada Ena. Mereka berbaik semula dan Malik juga bersetuju menulis satu adegan untuk para veteran. Hujan lebat membanjirkan lokasi dan produksi tersebut menghadapi keadaan muflis. Ena dibuang kerja oleh Malik yang sudah serik dengan perangainya.
 
Ena memutuskan hubungannya dengan Shark. Dia pergi ke rumah Daud untuk meminta bantuannya memujuk Malik, tetapi hanya Zai berada di situ. Ena dan Zai mempunyai detik kemesraan atas perkongsian sayang mereka terhadap bidang lakonan. Ena juga memohon keampunan Daud. Pada keesokan harinya dia datang ke set penggambaran untuk cuba mendapatkan wataknya semula. Malik naik angin dan memberitahu Ena sebab-sebab dia tidak dimahukan lagi untuk wayang ini. Akhirnya Malik memberikan Ena peluang terakhir dengan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan olehnya.
 
En.Borhan tiba pada keesokan harinya untuk memberitahu semua orang yang dia kini pokai. Dia sempat memberikan gaji terakhir, namun Malik memberitahunya bahawa mereka perlu melakukan penggambaran semula. Mereka sanggup untuk tidak dibayar agar dapat merealisasikan hasrat ini. Malik mendapat panggilan dan mengumumkan bahawa seniwati Zai telah kembali kepada Rahmatullah. Semua orang menghadiri pengebumian tersebut.
 
Pada babak terakhir, Ena dan Zizie datang untuk memberitahu Malik bahawa filem mereka berjaya ditayangkan dengan hanya lima potongan. Malik memusnahkan sebuah kerusi dalam kegembiraan.
 
==Pelakon==