Abdul Aziz Al Saud: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k →‎Kehilangan kuasa: baiki ejaan, replaced: Uthmaniyyah → Uthmaniyah (3)
Baris 26:
Pada tahun [[1901]] semasa berusia 22 tahun, Ibn Saud menggantikan ayahandanya, [[Abdul Rahman bin Faisal]] sebagai ketua keluarga dinasti Saud dengan gelaran Sultan Nejd. Beliau kemudiannya memulakan kempen untuk menakluk semula tanah keluarganya daripada golongan [[Rashidi]] di mana sekarang merupakan [[Arab Saudi]]. Pada tahun [[1902]], beliau bersama-sama dengan sekumpulan hamba dan saudaranya berjaya menakluk [[Riyadh]] dengan hanya bersama-sama 22 orang dengan membunuh gabenor Rashidi di situ.
 
Dalam masa dua tahun selepas berjaya menawan Riyadh, Ibn Saud berjaya menguasai separuh daripada Nejd. Bagaimanapun pada tahun [[1904]], golongan Rashidi meminta bantuan daripada [[Empayar Turki Uthmaniyyah]] untuk mengalahkan golongan Saud ([[Keluarga Diraja Saudi]]). Empayar UthmaniyyahUthmaniyah menghantar tentera ke Tanah Arab dan ini menyebabkan kekalahan golongan Saud pada [[15 Jun]] [[1904]]. Tetapi setelah tentera UthmaniyyahUthmaniyah berundur kerana masalah tertentu, golongan Saud berjaya mengumpul kembali kekuatannya.
 
Pada tahun [[1912]], Ibn Saud berjaya menguasai [[Nejd]] dengan bantuan golongan [[Wahabbi]]. Semasa [[Perang Dunia I]], Ibn Saud memihak kepada [[British]] memandangkan golongan Rashidi merupakan sekutu Empayar UthmaniyyahUthmaniyah yang merupakan musuh British. Pada tahun [[1922]] golongan Saud berjaya menewaskan golongan Rashidi dan ini menamatkan penguasaan golongan Rashidi di Tanah Arab.
 
Pada tahun [[1925]], golongan Saud berjaya menawan Kota Suci [[Makkah]] daripada Shariff Hussein ibn Ali. Pada [[10 Januari]] [[1926]], Ibn Saud ditabalkan menjadi Raja [[Hijaz]] di [[Masjidil Haram]], [[Makkah]].