Jordan Henderson: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
NikoUMS (bincang | sumb.)
Baris 98:
Henderson menghabiskan kempen [[Liga Perdana Inggeris]] musim 2017-18 dengan bermain sebagai pasukan pertama Liverpool. Pada 23 September 2017, beliau menjaringkan satu-satunya gol musim tersebut ketika menentang Leicester City dalam kemenangan 3-2. Pada 15 Ogos 2017, Henderson menjadi kapten Liverpool buat pertama kalinya dalam kejohanan Liga Juara-Juara UEFA menentang pasukan Jerman, Hoffenheim. Beliau terus menjadi kapten Liverpool sehingga membawa pasukannya menduduki tempat kedua dalam kejohanan Liga Juara-Juara UEFA ketika dikalahkan oleh Real Madrid. Henderson mengakhiri musim 2017-18 dengan menghasilkan 41 penampilan di semua pertandingan dengan hanya menjaringkan 1 gol.
 
Pada tahun 2018, Henderson menandatangani perjanjian baru selama lima tahun di Liverpool setelah memimpin kelab tersebut mara ke perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA]] buat pertama kalinya dalam lebih satu dekad. Setelah menandatangani kontrak, Hendersonbeliau menekankan niatnya untuk kekal di Liverpool selama mungkin dalam kerjayanya. Pada 24 November, Handerson dikeluarkan setelah menerima kad kuning kedua dalam kemenangan 3-0 menentang Watford, yang bermaksud beliau akan terlepas dalam pertembungan derby Merseyside pada 2 Disember.
 
== Statistik karier ==