Tenuk Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 23:
 
==Penerangan==
Haiwan ini mudah dikenali berdasarkan coraknya iaitu [[putih]] dan [[hitam]]. Warna putih menyaluti dari bahagian [[bahu]] hinggalah ke bahagian [[punggung]]. Manakala selebihnya berwarna hitam kecuali hujung [[telinga]] di mana sepunya dengan spesies tenuk yang lain yang berwarna putih. Corak sebegini amat berguna sebagai penyamaran di mana corak tersebut membuatkan ianya sukar dikenalpasti sebagai tenuk dan pemangsa mungkin mengecamnya sebagai batu yang besar lebih-lebih lagi jika tenuk ini duduk telentang untuk berehat mahupun tidur.<ref>[http://www.zoo.org/factsheets/malayan_tapir/malayanTapir.html Woodland Park Zoo Animal Fact Sheet: Malayan Tapir ''(Tapirus indicus)'']</ref> [[Imej:TapirSkelLyd2.png‎|thumb|left|200px|Rangka Tenuk Malaysia]]
 
==Kitar hidup==
Musim mengawan berlaku pada bulan [[April]] hingga [[Jun]]. Tempoh kehamilan Tenuk Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 [[hari]] (lebih kurang 13 [[Bulan (takwim)|bulan]]), di mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 15 [[paun]] (6.8 [[kilogram|kg]]). Kebiasannya tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain.<ref>Fahey, B. 1999. [http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Tapirus_indicus.html "Tapirus indicus"] (On-line), Animal Diversity Web. Accessed June 16, 2006.</ref>
 
Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan. Sama seperti spesies tenuk muda yang lain, tenuk ini mempunyai bulu berwarna [[perang]] dengan bejalur putih dan berbintik-bintik di mana corak ni membolehkan mereka untuk berssembunyi dengan berkesan ketika berada di kawasan hutan yang kelihatan bertelau-telau cahayanya. Perubahan warna tenuk muda kepada perwarnaan tenuk dewasa berlaku antara 4 hingga 7 bulan selepas lahir. Tempoh bercerai susu pula berlaku ketika berumur 6 hingga 8 bulan.
Baris 36:
Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk menandakan kawasan wilayahnya dengan mengencing atas [[tumbuh-tumbuhan]] terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak.
 
Tenuk ini merupakan haiwan [[vegetarian]], makan pucuk yang lembut serta daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30 spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berjenti sejenak untuk makan serta mengambil; perhatian terhadap bau jejak yang ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini.<ref>bin Momin Khan, Mohd Khan. [http://www.tapirback.com/tapirgal/iucn-ssc/tsg/action97/ap97-01.htm "Status and Action Plan of the Malayan Tapir ''(Tapirus indicus)''"] ''Tapirs: Status Survey and Conservation Action Plan'' published by IUCN Tapir Specialist Group, 1997, page 1</ref> Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta [[gigi]] yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan.
 
Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan [[nokturnal]]. Selain itu, tenuk ini lebih cenderung untuk makan selepas [[matahari]] terbenam atau sebelum matahari terbit dan semestinya makan sekejap pada tengah malam. Kelakuan sebegini tergolong sebagai haiwan [[krekuspul]].
 
==Variasi ''Brevetianus''==
Sebilangan kecil Tenuk Malaysia [[melanism|melastik]] telah dikenalpasti dengan seluruh badannya berwarna [[hitam]]. Pada tahun [[1924]], tenuk terbabit telah dihantar ke [[Zoo Rotterdam]], [[Belanda]] dan diklasifikasikan sebagai subspesies yang dikenali sebagai ''Tapirus indicus var. brevetianus'' selepas ditemui oleh Kapten K. Brevet.<ref>Shuker, Dr. Karl P. N. ''Mysteries of Planet Earth,'' pages 11-12</ref> Pada tahun [[2000]], dua ekor tenuk melastik telah dikenalpasti ketika sedang membuat kajian tentang [[harimau]] di [[Hutan Simpanan Jerangau]] di [[Malaysia]].<ref>[http://www.tapirspecialistgroup.org/Downloads/newsletters/newsletter1101.pdf "Recent Observations of Melanistic Tapirs in Peninsular Malaysia"].Pada bulan [[September]] [[2003]], pengkaji [[Kanada]] iaitu William Sommers telah menyaksikan kelahiran ''Tapirus indicus var. brevetianus'' secara liar. ''Tapir Conservation: The Newsletter of the IUCN/SSC Tapir Specialist Group'', June 2002, Volume 11, Number 1, pages 27-28</ref> Kemunculan variasi ini mungkin disebabkan oleh keabnomalan genetik di mana kejadian ini serupa dengan kemunculan [[harimau kumbang]] di dalam kawasan populasi [[jaguar bintik]]. Walaubagaimanapun, maklumat tentang ''brevetianus'' masih kurang.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==