Pada Zaman Dahulu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 52:
*'''Wan''' (Nor Hayati Sudin): Isteri kepada Aki dan nenek kepada Ara dan Aris. Walaupun wajahnya agak jarang muncul, tetapi suaranya sering kedengaran di akhir episod dengan babak pemandangan luar rumah Aki pada waktu malam.
*'''Sang Kancil''' (NurHannah/Nuraini Nazihah): Watak utama kebanyakan cerita Aki. Cerdik, licik, dan tangkas, ia sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari pemangsa dan menjadi hakim di hutan untuk menyelesaikan masalah di hutan. Telinga Kancil bergerak kerana sudah dapat idea yang bagus.
*'''Sang Harimau''' (Amin Rusli, Shamer dan Megat): 'Raja Rimba' yang bengis, berhati durjana dan digeruni ramai. Mana-mana mangsa sahaja yang menjadi makanan kegemarannya.
*'''Sang Kerbau''' (Hasan Albasri): Haiwan yang mengidam-idamkan gelaran Raja Rimba, tetapi kurang tajam pemikirannya dan takut terhadap pemburu.
*'''Ketua Buaya''' (Muiz Rahimi): Seekor lagi haiwan pemangsa yang digeruni ramai penghuni hutan, dan suka dipuji-puji berlebihan. Mengetuai sekawan buaya yang tinggal di sungai.
*'''Sang Gajah''' (Fitri Anas): Walaupun berbadan besar, tetapi sungguh penakut. Peramah dan tidak suka akan pergaduhan.
*'''Sang Tupai''' (Loke Keng Sun): Pakar seni bela diri yang sentiasa muncul dari entah mana untuk memuji atau menegur haiwan-haiwan lain, dia selau menyebutkan peribahasa atau pantun di cerita.
*'''Sang Arnab''' (Gems): Kawan baik Sang Kancil yang comel tetapi cepat terangsang.
*'''Gergasi''': Makhluk berupa manusia raksasa yang gemar mengganas dan memburu haiwan di hutan, cukup besar dan kuat hingga Sang Harimau pun tidak terdaya melawannya.
*'''Sang Ular''': Penghuni rimba yang kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, iaitu jahat apabila lapar.
*'''Sang Monyet''' (Haris): Penghuni rimba yang suka memakan pisang dan buah lainnya
*'''Kura-Kura''': Kawan Sang Kancil yang lambat jalannya, namun dia penyabar dan suka menolong
*'''Sang Singa''': Dia adalah 'Raja Rimba' pengganti Harimau, dia sangat kacak, cepat dan sangat kuat.