Parameswara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 69:
 
==Agama==
Parameswara pada mulanya merupakan penganut agama Hindu, seperti yang digambarkan oleh gelaran Sanskritnya. Gelaran Parsi, Iskandar Shah yang digunakan dalam ''Sulalatus Salatin'', dan juga pertikaian mengenai sama ada Parameswara dan Iskandar Syah adalah orang yang sama, menimbulkan satu tebakan bahawa Parameswara pernah memeluk agama Islam dan mengambil gelaran baharu. Pada tahun 1409, ketika berusia 65 tahun, Parameswara diceritakan menikahi seorang puteri [[Pasai]] lalu mengambil gelaran Iskandar Syah.<ref name="mansor">{{cite book |last1=Mansor |first1=Suffian |last2=Sundara Raja |first2=Sivachandralingam |last3=Mohd Noor |first3=Arbaiyah |last4=Mohd Rus |first4=Ahmad Kamal Ariffin |title=Sejarah dan Kesarjanaan |date=2014 |publisher=University of Malaya Press |isbn=978-967-0380-40-7 |pages=34}}</ref> Bagaimanapun, [[Tomé Pires]] terang-terang menyebut bahawa takhta Parameswara diwarisi oleh [[Megat Iskandar Shah|Megat Iskandar Syah]] (ditulis "''Chaquem Daraxa''") yang hanya memeluk agama Islam pada usia 72 tahun. Catatan ''[[Ming Shilu]]'' dari China juga memperakui Megat Iskandar Syah sebagai putera Parameswara.<ref name="wang"/> Putera ini hanya disebut "Raja Besar Muda" dalam ''Sulalatus Salatin'' yang juga menyatakan bahawa raja ketigalah iaitu [[Sultan Muhammad Shah, Melaka|Muhammad Syah]] menjadi pemerintah Muslim pertama Melaka yang dipanggil untuk memeluk agama Islam dalam mimpi. Para pengkaji percaya bahawa Parameswara dan Raja Besar Muda diberi gelaran yang sama, masing-masing dipanggil Seri Iskandar Syah dan Megat Iskandar Syah.<ref name=Wake>{{cite journal| author=Christopher H. Wake| title=Malacca's Early Kings and the Reception of Islam |journal=Journal of Southeast Asian History |volume=5 |issue=2 |date=1964 |pp=104–128 |jstor=20067505 |postscript=, Papers on Early South-East Asian History.}}</ref> Berdasarkan catatan Melayu, Portugis, dan Cina, Christopher Wake membuat kesimpulan bahawa Parameswara tidak pernah memeluk agama Islam tetapi sebaliknya diberi gelaran [[anumerta]] Iskandar Shah.<ref name=Wake/> Biarpun dipertikaikan bila sebenarnya Melaka mula diislamkan, namun rata-ratanya sebulat bahawa Islam sudah pun mantap menjelang pemerintahan [[Sultan Muzaffar Shah]].<ref name="Ahmad Sarji 2011 116">{{harvnb|Ahmad Sarji|2011|p=116}}</ref>
 
== Peninggalan ==
[[File:80LangMap002.jpg|link=https://en.wikipedia.org/wiki/File:80LangMap002.jpg|thumb|Peta Melaka abad ke-15 dan negeri-negeri sezaman.]]
Dalam berpuluh-puluh tahun semenjak penubuhannya, Melaka berkembang sebagai bandar perdagangan antarabangsa yang menandakan bermulanya zaman kegemilangan [[Alam Melayu]]. Dikisahkan bahawa sebanyak 80 bahasa pernah dituturkan di Melaka. Melaka pun menjadi pelabuhan terkemuka di Asia Timur pada abad ke-16, begitu kaya sehingga saudagar Portugis, [[Tome Pires]] pernah berkata bahawa mana-mana pihak yang menguasai Melaka juga akan menguasai [[Venice]]''.''<ref>{{harvnb|Cortesao|1990|p=lxxv}}</ref>
 
Di Melakalah lahirnya kesultanan Melayu baharu yang menjadi peneraju dalam meneruskan perjuangan Singapura dan Srivijaya menentang lawan ketat iaitu [[Majapahit]]. Menjelang pertengahan abad ke-15, Majapahit sudah tidak mampu membendung kebangkitan Melaka yang sudah membolot [[Selat Melaka]] sambil meluaskan pengaruh ke Sumatera. Menurut ''Sulalatus Salatin'', apabila [[Sultan Mansur Shah|Sultan Mansur Syah]] menaiki takhta pada 1459, wilayah Melaka telah meliputi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu di samping [[Kepulauan Riau|Kepulauan Riau-Lingga]], dan sebahagian pantai timur Sumatra termasuklah Indragiri, Kampar, Siak, Rokan, Haru dan Siantan. Malah, Melaka masih hendak memperluas wilayah selewat-lewat tahun 1506 apabila ia menakluki [[Kelantan]].<ref>{{harvnb|Ahmad Sarji|2011|p=119}}</ref>
 
Kemakmuran Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa merubah seluruh rantau Nusantara, malah kejayaannya dikagumi oleh raja-raja dari negeri-negeri jiran. Sebagai sebuah entrepot utama, Melaka telah menarik saudagar Muslim dari serata dunia sehingga menjadi pusat penyebaran Islam di seluruh Nusantara. Proses pengislaman serantau di sekitar Melaka diperhebatkan pada abad ke-15 dan ke-16 menerusi pusat-pusat pengajian di daerah Upeh yang terletak di tebing utara [[Sungai Melaka]]. Islam tersebar dari Melaka ke Jambi, Kampar, Bengkalis, Siak, Aru dan Kepulauan Karimun di Sumatera, ke serata Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, bahkan juga Filipina. Sejarah Melayu juga bercerita tentang Melaka dan [[Kesultanan Samudera Pasai|Pasai]] saling bertukar-tukar soal-soal keagamaan. Sekurang-kurangnya dua ahli "[[Walisongo|Wali Sanga]]" (sembilan pendakwah) yang menyebarkan Islam di Jawa, iaitu [[Sunan Bonang]] dan [[Sunan Kalijaga]], dikisahkan pernah mengaji di Melaka.<ref name="Ahmad Sarji 2011 1162">{{harvnb|Ahmad Sarji|2011|p=116}}</ref> Peluasan Islam ke pedalaman Jawa pada abad ke-15 membawa kepada kemerosotan musuh lama Melaka, iaitu Majapahit Hindu yang akhirnya jatuh kepada kuasa Muslim setempat yang baru bangkit pada awal abad ke-16. Tuntasnya, jangka masa dari zaman Melaka hinggalah zaman penjajahan Eropah menyeluruh, menyaksikan dominasi kesultanan Melayu Islam dalam perdagangan dan siasah yang menyumbang kepada seluruh rantau berkenaan memeluk identiti Melayu.
 
== Lihat juga ==
* [[Tome Pires#Kesultanan Melaka 1402 - 1511|Tome Pires: Kesultanan Melaka]]
 
== Nota ==
{{reflist|group=nota}}
 
Baris 89 ⟶ 95:
* {{citation|last1=Tsang|first1=Susan|last2=Perera|first2=Audrey|title=Singapore at Random|publisher=Didier Millet|year=2011|isbn=978-981-4260-37-4}}
* {{citation|last=Wade|first=Geoff|title=Southeast Asia in the Ming Shi-lu: an open access resource|url=http://www.epress.nus.edu.sg/msl/|publisher=Asia Research Institute and the Singapore E-Press, National University of Singapore|year=2005|accessdate=6 November 2012}}
* {{citation|last=Windstedt|first=Richard Olaf|authorlink=Richard Olaf Winstedt|title=The Malay Annals or Sejarah Melayu|journal=Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society|publisher=The Branch|volume=XVI|year=1938}}
{{Kawalan kewibawaan}}