Sejarah muzik rock di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nazir Rangga (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 12:
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan ''penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan'' bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti [[RTM 1|Radio & TV RTM]], kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai ''digam RTM'' oleh masyarakat umum.
 
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetifnegatif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti [[TV 3]] menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti [[kumpulan Search|Search]], [[kumpulan May|May]] dan [[kumpulan Mega|Mega]] muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
 
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti [[kumpulan Cromok|Cromok]], [[kumpulan FTG|FTG]] dll masih berjaya mengumpul peminat.