Azerbaijan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 125:
| footer = Poster Azerbaijan Soviet pada awal 1930-an
}}
Pada asalnya, [[Republik Sosialis Soviet Azerbaijan|Azerbaijan]] berada di bawah satu entiti, [[Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia]] bersama dengan [[Republik Sosialis Soviet Armenia|Armenia]] dan [[Republik Sosialis Soviet Georgia|Georgia]]. Namun, republik ini berpecah kepada tiga pecahan baharu selepas mendapati ketiga-tiga negara itu tidak dapat menjalinkan kerjasama. Azerbaijan telah menjadi bahagian yang strategik yang penting untuk Soviet dengan membekalkan 60% daripada penghasilan minyak negara. Azerbaijan menerima pelaburan [[modal]] yang banyak daripada kerajaan Soviet untuk membangunkan ladang baharu dan menggalakkan aktiviti [[pertanian]]. Malahan, Azerbaijan juga menjadi pengeluar [[teh]] terbesar untuk Soviet.
 
Perubahan sempadan telah mengecilkan skop kawasan Azerbaijan yang lebih memihak kepada Armenia. [[Nakhcivan]] telah dipisahkan daripada saki-baki negara Azerbaijan. Keazaman yang ditonjolkan oleh 'bapa [[komunisme]] Azerbaijan', [[Nəriman Nərimanov]] untuk mengekalkan wilayah [[Nagorno-Karabakh]] dalam negara Azerbaijan telah menyebabkan beliau menderita sebelum meninggal dunia pada 1925. Penggantinya, [[Mir Jafar Bağirov]] menyaksikan [[Pembersihan Besar-Besaran|pembersihan etnik]] yang kejam dilakukan oleh [[Joseph Stalin]] di mana kira-kira 100,000 [[orang Azeri]] telah dibunuh atau dihantar ke kem tahanan yang tidak akan pulang selama-lamanya. Berikutan dasar ‘[[Pencairan Khrushchev|pencairan]]’ yang dilaksanakan oleh [[Nikita Khrushchev]], Bağirov telah ditahan dan dihukum mati.
Baris 136:
Pada era 1960-an, kebanyakan ladang minyak yang dibangunkan di Azerbaijan telah dikeringkan walaupun mendapati [[Laut Kaspia]] masih mempunyai simpanan minyak yang banyak. Soviet lebih mengutamakan Siberia sebagai tapak untuk membangunkan ladang minyaknya kerana penggerudian di kawasan pantai yang lebih murah dan kerana lokasi Azerbaijan yang terletak di bucu Soviet, kedudukan yang terbuka untuk diancam serangan. Di kala perkembangan ekonomi yang perlahan, pertikaian etnik dan perjuangan nasionalisme antara orang Azerbaijan dan Armenia semakin membara. Soviet cuba untuk meredakan keadaan dengan memberi laluan kepada [[Heidar Aliyev]], seorang anak jati Azerbaijan untuk memimpin negara serta memberikan kerusi [[Politburo]] kepada beliau. Hal ini menjadikannya sebagai tokoh Azerbaijan paling berkuasa dalam sejarah sama ada ketika zaman Tsar mahupun Soviet. Aliyev telah diberi kuasa untuk menggalakkan industri sampingan di Azerbaijan dan ia berjaya. Beliau juga memberi penekanan kepada industri penghasilan [[kapas]].
 
Pada era 1980-an, ''[[Glasnost]]'' telah membawa kepada masalah ekonomi di Azerbaijan ekoran keadaan politik dan ekonomi di Soviet yang merosot. Heidar Aliyev seterusnya menentang ''[[Perestroika]]'' atau pembaharuan yang diperkenalkan oleh Soviet tetapi beliau akhirnya dipaksa untuk keluar daripada arena politik oleh pentadbiran [[Mikhail Gorbachev|Gorbachev]]. Seiring dengan kemunculan masalah ekonomi, pertikaian etnik yang tegang juga berlaku apabila Armenia menuntut [[Nagorno-Karabakh]], wilayah yang didiami oleh majoriti Armenia di Azerbaijan. Pertikaian ke atas Nagorno-Karabakh yang meningkat menyaksikan [[pembersihan etnik]] apabila golongan minoriti di kedua-dua negara itu melarikan diri di kala ketegangan semakin meningkat. Pada 20 Januari 1990, [[Tentera Merah]] bertindak keras dengan [[Januari Hitam|bercampur tangan]] di Baku, membunuh ramai penduduk dan menyebabkan ramai orang Azerbaijan mengambil dasar menentang Soviet. Azerbaijan mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Kesatuan Soviet pada 1991.
 
===Kemerdekaan semula===