Majusi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ElphiBot (bincang | sumb.)
k Bot: removing exist language links in wikidata: ml, mr
Jangg0t (bincang | sumb.)
→‎Sejarah: Memperbaiki tatabahasa
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 3:
 
== Sejarah ==
Catatan pertama mengenai agama Majusi bertarikh sekitar pertengahan abad ke lima sebelum masihi (SM). Ia adalah tulisan [[Herodotus]] yang bertajuk ''[[Sejarah (Herodotus)|Sejarah]]'' (diterbitkan pada 440 SM) yang dimanadi mana penulisan ini menceritakan mengenai [[bangsa Iran]] purba. Tulisan beliau merupakan sumber utama mengenai sejarah awal [[Empayar Achaemenid]] ([[648 SM]]–[[330 SM]]) dan dalam penulisan beliau, orang Parsi digelar sebagai ''Medes'' atau ''Mada'' dan Parsi ketika itu terbahagi kepada beberapa puak. Puak-puak ini kemudiannya disatukan dibawahdi bawah pemerintahan [[Cyrus Agung]] yang merupakan raja Achaemenid. Dalam penulisan ini juga, tersebut puak ke-enam Medes yang digelar [[Magi]] yang berkemungkinan adalah golongan paderi dan mereka ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran [[Medes]]. Magi ini berpegang kepada ajaran [[Zurvanisme]], salah satu cabang agama Majusi.
 
Empayar-empayar Parsi kemudiannya disatukan dibawahdi bawah pimpinan Cyrus Agung diikuti dengan putranya [[Cambyses II]]. Kuasa Magi ketika zaman mereka ini disekat menyebabkan pemberontakan pada tahun [[522 SM]]. Golongan Magi in kemudiannya mencalonkan [[Smerdis]] sebagai raja Parsi dan mendakwa bahwa beliau adalah putra Cyrus. Pencalonan ini tidak mendapat bantahan daripada jajahan-jajahan Parsi kerana Cambyses yang memerintah Parsi ketika itu adalah seorang bersikap kuku besi dan juga selalu menghabiskan masa di [[Mesir]] daripada di [[Parsi]]. Malahan [[Smerdis]] menjanjikan pelepasan cukai selama tiga tahun kepada rakyat Parsi. (Herodotus iii. 68).
 
[[Fail:Darius I the Great's inscription.jpg|thumb|300px|[[Inskripsi Behistun]].]]
Menurut [[Inskripsi Behistun]], Smerdis memerintah selama tujuh tahun sebelum digulingkan oleh [[Darius I]] pada tahun [[521 SM]]. Golongan Magi kemudiannya ditindas dibawahdi bawah pemerintahan Darius walaupun beliau mendakwa berpegang kepada ajaran ''[[Ahura Mazda]]'', sebuah konsep ketuhanan dalam agama Majusi. Terdapat beberapa cubaan dari golongan Magi ini untuk menjatuhkan Darius, tetapi cubaan-cubaan ini berakhir dengan kegagalan.
 
Namun begitu agama Majusi mula membina kegemilangannya didalamdi dalam masyarakat Parsi ketika zaman [[Achaemenid]] dan banyak manuskrip-manuskrip lama mengenai agama ini diterbitkan ketika pemerintahan Achaemenid. Malahan, kalender Majusi juga turut diperkenalkan ketika zaman ini. Ketika pemerintahan dinasti [[Seleucid]] dan [[Parthia]] pula, status agama ini kurang jelas. Kemudiannya, Parsi jatuh ke tangan [[Iskandar Agung]] dimana banyak hasil tulisan agama Majusi dimusnahkan.
 
Ketika zaman [[Sassanid]], agama Majusi sekali lagi mencapai kegemilangannya. DimanaDi mana sahaja Sassanid menawan sesebuah wilayah itu, mereka akan membina kuil Majusi bagi mempromosikan agama ini. Namun begitu, pada masa yang sama, mereka mula menindas orang [[Nasrani]] dan penganut [[Manichaeisme]]. Pemerintah Sassanid berasa curiga terhadap Nasrani kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan [[Empayar Rom]]. Kepercayaan Majusi kemudiannya berkembang sehingga ke [[China]] melalui [[Jalan Sutera]].
 
Pada abad ke tujuh, empayar Sassanid kalah di tangan [[Arab]] dan titik ini merupakan penutup kegemilangan Majusi. Penganut Majusi kemudiannya mula memeluk agama Islam. Namun begitu, terdapat beberapa kumpulan yang enggan diperintah oleh kerajaan Islam dan mereka ini melarikan diri ke India.