Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)"

<br>
—[[Pengguna:Saiff Naqiuddin|Saiff Naqiuddin]] ([[Perbincangan pengguna:Saiff Naqiuddin|bincang]]) 10:02, 2 Disember 2020 (UTC)
 
== Jemputan menyertai perundingan tahap kedua Tatakelakuan Sejagat ==
 
Salam,
 
Anda dijemput untuk menyertai perundingan tahap kedua '''[[meta:Universal Code of Conduct|Tatakelakuan Sejagat]]''' (UCoC). Perundingan tahap kedua UCoC akan berfokus pada perumusan mekanisme penguatkuasaan yang efektif dan berlaku bagi seluruh projek Wikimedia. Tahap kedua ini penting mengingat UCoC merupakan salah satu mandat utama dari proses [[meta:Strategy/Wikimedia movement/2018-20/Recommendations/Provide for Safety and Inclusion|Strategi Gerakan Wikimedia]] dan akan menjadi standar minima bagi dasar tingkah laku di projek Wikimedia. Komuniti Wikipedia bahasa Melayu akan memainkan peran yang penting dalam penguatkuasaan UCoC berdasarkan nilai-nilai tempatan, pengalaman terdahulu, ingatan institusional, dan kearifan budaya yang berlaku di sini.
 
Kami menyediakan beberapa bahan bacaan yang dapat membantu Anda mengetahui dasar-dasar UCoC. Anda dapat membaca '''[[meta:Universal Code of Conduct/Draft review/ms|rancangan akhir UCoC]]''' yang disusun oleh jawatankuasa kakitangan dan sukarelawan Wikimedia; '''[[meta:Universal Code of Conduct/Initial 2020 Consultations/ms|laporan akhir]]''' dari perundingan tahap pertama mengenai perumusan UCoC; dan '''[[meta:Universal Code of Conduct/FAQ/ms|soalan lazim]]''' terkait UCoC (FAQ).
 
Anda dapat menyertai perundingan di '''[[Wikipedia:Permohonan pendapat/Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat|laman permohonan pendapat]]''', yang akan dibuka sampai akhir bulan Februari 2021. Namun, bila Anda memiliki pertanyaan lain atau ingin menyampaikan maklum balas yang dirasa lebih sesuai disampaikan pada ruang privat, sila kirimkan emel atau tinggalkan pesan di halaman perbincangan saya untuk mengatur cara komunikasi yang lebih sesuai dengan kondisi Anda.
 
Terima kasih atas perhatian dan keikutsertaan Anda. Kami menunggu sumbangan pemikiran dan pendapat yang baik, dalam rangka membuat gerakan Wikimedia sebuah tempat yang lebih nyaman bagi semua orang.
 
Salam hangat, [[Pengguna:RamzyM (WMF)|RamzyM (WMF)]] ([[Perbincangan pengguna:RamzyM (WMF)|bincang]]) 00:16, 18 Januari 2021 (UTC)
56

suntingan