Daerah Kubang Pasu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
/* Wakil rakyat * Kubang Pasu analisis PRU12
Baris 23:
** [[Majoriti]]-diperoleh : 13,712, Jumlah undi: 40,251, Undi rosak: 919, % mengundi: 81.87%
* Dalam keputusan [[pilihan raya]] [[1999]], dimenangi oleh: [[Tun Dr Mahathir Mohamad]] ([[Barisan Nasional]]) dengan majoriti 10,138.
 
 
untuk tahun 2008-analisis PRU 12
www.xuitm.wordpress.com
 
Kedah, Kubang Pas…Satu Analisis PR 2008
 
Seperti sebelum ini semua sedia maklum bahawa kubang pasu merupakan tempat yang begitu menjadi tumpuan sebelum ini di waktu era Tun Mahathir. Kira waktu zaman tersebut ia akan menjadi satu kubu kuat bagi Umno/BN. Tetapi untuk waktu zaman Pak Lah ini, undi majoriti bagi BN merosot dari tahun 1999 ke tahun 2004. Pada 2004 majoriti BN adalah sebanyak 13,712 untuk parlimen kubang pasu, memang besar majoriti tersebut dengan bilangan pengundi sebanyak 53,323 pemilih berdaftar hampir sama dengan mahasiswa di uitm, Malaysia.
 
Sebelum penulis membuat analisa tentang parlimen adalah lebih baik kita berbicara tentang dun-dun yang terdapat di kubang pasu. Di kubang pasu terdapat 2 dun iaitu dun bukit kayu hitam dan juga jitra. Di kedua-dua dun menepatkan pertandingan 2 penjuru, dimana Jitra diwakili oleh BN(Umno) Vs B.A(PAS) dan Bukit kayu hitam oleh BN(Umno) Vs B.A (PKR/keadilan).
 
Di Jitra Fakta 2004 menunjukkan kemenangan BN dengan majoriti 5,756 undian untuk 28,331 pemilih yang berdaftar. Pas meletakan calon muslimat(Dr Rohani) yang sama untuk kali ini tetapi BN meletak calon dari UMNO iaitu Datuk Saad Man, sebelum ini(Prof Datuk Dr Othman). Kita boleh lihat disini ada perubahan kerana Dr Othman ini mempunyai banyak kes dalaman dan harus di tukar ke datuk saad ini tetapi Datuk Saad ini juga mempunyai banyak masalah peribadi dan juga keluarga yang tidak selesai lagi yang boleh menggugatnya. Apa boleh buat mereka masih menghantar beliau untuk bertanding juga kerana mungkin pengaruh dia yang kuat di umno jitra. Mengikut culaan melayu sahaja di jitra, keadaan Bn dan Pas adalah 50-50 untuk kemenangan mana-mana pihak. Peratus pengundi di jitra mengikut kaum adalah melayu 95.68%, cina 2.87%, india 1.48% dan lain 0.7%. Kira-kira hampir 5% adalah bukan melayu, sekiranya separuh dari bukan melayu ini menyokong BA, maka ada harapan cerah untuk B.A menang mahupun B.N. Keadaan begitu sengit nampaknya, B.N tergugat lagi apabila tertubuh cawangan Keadilan di Jitra yang diterajui oleh kaum bukan melayu(india). Baru-baru ini apabila DSAI(Dato Seri Anuar Ibrahim) datang ke Jitra dan Bukit Kayu Hitam memang ada gelombang yang berbeza apabila kaum bukan melayu datang untuk mendengar ucapan beliau. Jadi kemenangan di Jitra memang sudah ternampak Nurnya.
 
Di Dun Bukit Kayu Hitam pula, fakta 2004 menunjukkan kemenangan BN dengan majoriti 6,972 undian untuk 24,992 pemilih yang berdaftar. PKR meletakkan calon Che On Yusof tetapi BN meletak calon yang berbeza iaitu Datuk Zaini sebelum ini Khalidah Adibah. Mengikut server yang di buat Khalidah ini memang tidak buat kerja dan hanya membuka bilik kebajikan masyarakat. Bila hendak berurusan banyak masalah dan birokrasi. Dia juga bukan anak jati bukit kayu hitam, mungkin sebab itu dia di keluarkan dan ganti calon baru ini. Mengikut culaan melayu sahaja di bukit kayu hitam adalah 55-45 dan kemenangan untuk BN. Peratus pengundi di bukit kayu hitam mengikut kaum adalah melayu 96%, cina 2.22%, india 1.04% dan lain 0.72%. Kira-kira hampir 4% adalah bukan melayu, sekiranya 75% dari mereka menyokong B.A, kenapa penulis meletak 75% ini kerana colan keadilan sendiri yang bertanding di situ dan penggudi bukan melayu sudah mula berubah kepada keadilan. Jadi kemenangan B.A mungkin akan bersinar di dun bukit kayu hitam sekiranya penggundi atas pagar dan juga bukan melayu memilih B.A.
 
Sudah pasti akan berlaku perubahaan sejarah pada 8 Mac ini untuk parlimen kubang pasu kerana kedudukan yang senggit di antara kedua-dua dun. Mahu tidak mahu kemungkinan besar B.A akan menang di dun Jitra dan sekali gus mungkin ada perubahan di Parlimen Kubang Pasu ini disebabkan oleh pengundi bukan melayu khusus Cina dimana mereka adalah silent voters dan mereka lebih gemar mempunyai calon BN di dun dan calon B.A di parlimen, Walaubagai mana pun kita tunggu pada tarikh keramat nanti iaitu pada 8 Mac ini, ini adalah analisis awal yang dibuat oleh penulis dan tidak berdasarkan pada penipuan dan juga penyelewangan yang akan dibuat oleh SPR.
 
==Pautan luar==