George Washington: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16:
|honorific prefix=[[General of the Armies]]}}
 
[[General of the Armies]] '''George Washington''' (22 Februari 1732 - 14 Disember 1799) ialah [[Presiden Amerika Syarikat]] yang pertama (1789-1797), [[Panglima Tertinggi]] [[Angkatan Tentera Benua|Angkatan Tentera Kontinental]] ketika [[Perang Revolusi Amerika]] dan merupakan salah seorang [[Bapa Pengasas Amerika Syarikat]]. Beliau mempengerusikan konvensyen yang mendraf [[Perlembagaan Amerika Syarikat]], yang menggantikan [[Artikel Konfederasi]] dan kekal sebagai [[Akta Kanun Tanah]] yang tertinggi.
 
Pada usia 11 tahun ayahnya meninggal dunia. George Washington mula mula bekerja sebagai juruukur, dia lalu masuk tentera pada usia 21 tahun, dan diangkat menjadi Leftenan Kolonel saat mengikuti wajib tentera oleh Gabenor negeri Virginia. Menikah tahun [[1759]] dengan [[Martha Dandridge Custis Washington]], George Washington mengurus perkebunannya yang luas di Virginia dan menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Virginia, hingga Revolusi Amerika tercetus. George Washington merupakan anggota perkumpulan rahsia ''[[Freemasonry]]''.
 
Ketika berumur 33 tahun, dia memilih untuk memihak rakyat negeri Virginia yang memberontak melawan orang-orang Inggeris yang mengeluarkan undang-undang yang tidak adil menurut pendapat rakyat Virginia. Dia pun bertugas memimpin tentara Virginia. Pada tahun [[1775]] dia diangkat menjadi Panglima Tertinggi oleh [[Kongres Kontinental]], iaitu Kongres ke-13 daerah jajahan [[United Kingdom|Kerajaan Inggeris]].
 
Pada tahun [[1776]] Revolusi Kemerdekaan Amerika pecah dan Kongres Kontinental mengeluarkan Deklarasi Kemerdekaan dan memisahkan diri daripada Kerajaan Inggeris. Kepemimpinan George Washington menyumbang dengan banyak dalam keberhasilan daerah-daerah jajahan di Amerika memperjuangkan kemerdekaannya. Pada tahun [[1783]] Inggeris mengakui kemerdekaan [[Amerika Syarikat]], George Washington keluar dari tentera. Empat tahun kemudian pada [[1787]] dia menjadi Ketua Konvensi Perlembagaan.