Baba dan Nyonya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 19:
| poj = Bā-bā-nō͘-niâ
| j =
| altname =
| msa = Baba Nyonya
| msa-arab = بابا ڽوڽا
| id = Orang Peranakan/Tionghoa-Selat/Kiau-Seng
| th = บาบ๋า-ย่าหยา
| altname =
}}
'''Baba dan Nyonya''' adalah segolongan keturunan kaum [[Orang Cina Malaysia|Cina]] yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kempulan etnik yang dinamakan [[Peranakan]] yang terdapat di [[Negeri-negeri Selat]], [[Tanah Melayu]] (kini sebahagian [[Malaysia]]), khususnya di negeri [[Melaka]]. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat [[British]] dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, <ref>Victor Purcell. ''Orang-orang Cina di Tanah Melayu'', m.s. 66, 1997. Penterjemah: Nik Hasnaa Nik Mahmood, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. ISBN 983-52-0095-5.</ref> dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana [[kebudayaan]] mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan [[Melayu]]. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan [[Buddha]], namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti [[Kristian]] dan [[Islam]] yang amat popular di kalangan remaja.{{fact}}