Masya Masyitah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 37:
 
==Imej umum==
Masya menerima pujian ramai dan peminat muzik kerana kebolehannya membawakan lagu berbahasa Mandarin. Ketua Label MuzikPengurus [[Kumpulan SYJ 91]], [[Alang SYJ]] berkata: "Walaupun Masya (Masyitah) masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau bukan sahaja dalam bahasa Melayu, tetapi juga kebolehan beliau menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin yang amat mengagumkan serta mendapat pujian ramai daripada rakyat Malaysia termasuklah yang berbangsa Cina. Ini menunjukkan penerimaan yang baik tentang cara nyanyian dan paling penting setiap patah perkataan yang disebutkan kedengaran jelas dan tidak kekok".<ref name="Masya kembali"/>
 
Menyifatkan hijab bukan penghalang buat dirinya, Masya berkata: "Memang saya tidak boleh nafikan ramai yang mengecam apabila seorang penyanyi bertudung seperti saya mencuba untuk berkecimpung dalam dunia seni suara. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah buat perkara yang diminati. Pada masa yang sama, saya kena sentiasa menjaga nama baik keluarga terutamanya ibu bapa. Kecaman akan wujud di mana-mana terutamanya apabila memilih untuk bekerja dalam bidang seni".<ref name="Bukan halangan"/>