Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 3:
==Sejarah==
 
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah beroperasi di kampus sementaranya di Kolej Komuniti Darulaman pada 16 Mei 2003. dan PTSS berpindah ke [[kampus]] tetapnya pada 16 Jun 2004 dan pengambilan pelajar yang pertama bermula pada sesi Julai 2004. Dahulu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dikenali sebagai Politeknik Perlis. Kampus Tetap Politeknik terletak di KM 25 Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.
 
Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.