Temptation of Wife (siri TV 2012): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 57:
Sementara itu, Heidi yang juga mengetahui Angeline kembali hamil kemudian membawa Angeline ke sebuah klinik dan memaksa agar Angeline mengugurkan kandungan tersebut disana. Namun begitu, Angeline berkeras untuk tetap mempertahankan kandungannya itu. Angeline kemudian bertindak melarikan diri daripada klinik tersebut dan Heidi mulai mengejarnya. Mereka kemudian bertengkar lalu berlakunya pergelutan diantara mereka. Dalam pergelutan itu Angeline telah jatuh lemas kedalam laut. Heidi yang berasa panik melihat kejadian itu kemudian beredar pergi lalu meninggalkan Angeline yang sedang lemas dilaut tersebut.
 
Disaat itu juga Angeline sempat diselamatkan oleh Nigel Armada yang juga kebetulan berada disitu untuk mencari Chantal Armada, iaitu adiknya yang membunuh dirinya dilaut tersebut. Nigel kemudian bergegas membawa Angeline ke hospital. Setelah kembali sedar, Angeline mendapati dirinya mengalami keguguran buat kedua kalinya dan hal itu membuatkan Angeline berasa sedih dan tertekan lalu bertekad untuk tetap akan meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi. Kesempatan itu akhirnya tiba apabila dia bertemu dengan Yolanda Armada, iaitu wanita anggun dan kaya raya yang menguruskan ''House of Armada'', iaitu sebuah syarikat kecantikan yang terkenal di [[Filipina]]. Yolanda juga merupakan ibu angkat kepada Nigel, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.
 
Yolanda yang mendapati nasib malang yang menimpa Angeline hampir sama dengannya suatu ketika dahulu membuatkan dia bertekad untuk membantu Angeline membalas dendam. Ini kerana Yolanda juga mempunyai sejarah kelam dengan Romeo Salcedo, iaitu bapa mertua Angeline dan ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya itu. Demi memastikan rancangan mereka itu berjalan lancar, Yolanda memberikan Angeline identiti baru dan mengubah penampilannya menjadi seorang wanita sofistikated agar tiada sesiapa yang mengenali Angeline.