Kebolehdiaman planet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 191:
 
Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi kemungkinan cara sistem bintang masif dapat mencetuskan kehidupan, iaitu melalui letupan [[supernova]] si bintang masif di pusat sistem, di mana supernova ini akan menyebarkan unsur-unsur yang berat ke seluruh kawasan sekelilingnya, tercipta dalam fasa ketika bintang masif beranjak dari jujukan utama, dan sistem-sistem bintang berjisim rendah (yang masih di dalam jujukan utama) di dalam bekas sistem bintang masif boleh diperkaya dengan bekalan unsur berat yang cukup banyak dalam jarak yang begitu dekat dari letupan supernova. Namun begitu, ini tidak memberikan petunjuk tentang planet jenis apa yang terbentuk daripada bahan supernova, apatah lagi sejauh mana ia dapat didiami hidupan.
 
==Empat kelas planet boleh didiami berdasarkan air==
 
Dalam mengkaji faktor-faktor yang penting untuk perkembangan planet sebesar Bumi yang boleh didiami, Lammer dan rakan-rakan kerjanya mengusulkan klasifikasi empat jenis habitat yang bergantung pada air:<ref name="Review 2009">{{cite journal|title=What makes a planet habitable? |journal=The Astronomy and Astrophysics Review |year=2009 |last1=Lammer |first1=H. |last2=Bredehöft |first2=J. H. |last3=Coustenis |first3=A. |last4=Khodachenko |first4=M. L. |volume=17 |issue=2 |pages=181–249 |doi=10.1007/s00159-009-0019-z |url=http://veilnebula.jorgejohnson.me/uploads/3/5/8/7/3587678/lammer_et_al_2009_astron_astro_rev-4.pdf |access-date=2016-05-03 |bibcode=2009A&ARv..17..181L |s2cid=123220355 |display-authors=etal |url-status=dead |archive-url=https://web.archive.org/web/20160602235333/http://veilnebula.jorgejohnson.me/uploads/3/5/8/7/3587678/lammer_et_al_2009_astron_astro_rev-4.pdf |archive-date=2 June 2016 }}</ref><ref name="Forget 2013">{{cite journal |title=On the probability of habitable planets |journal=International Journal of Astrobiology |date=July 2013 |last= Forget |first=François |volume=12 |issue=3 |pages=177–185 |doi=10.1017/S1473550413000128 |arxiv = 1212.0113 |bibcode = 2013IJAsB..12..177F |s2cid=118534798 }}</ref>
 
*Habitat '''Kelas I''' merupakan jasad planet di mana keadaan najam dan geofizik membolehkan terdapatnya air cecair di permukaan, di samping cahaya matahari, supaya [[organisma multisel]] boleh bermula.
*Habitat '''Kelas II''' termasuklah jasad-jasad yang mula-mula mengalami keadaan seakan Bumi, tetapi tidak mengekalkan keupayaan untuk menampung air cecair di atas permukaan disebabkan keadaan najam atau geofizik. Antara contoh kelas ini termasuklah Marikh dan mungkin juga Zuhrah, di mana hidupan kompleks tidak dapat berkembang.
*Habitat '''Kelas III''' merupakan jasad planet di mana lautan air cecair wujud di bawah permukaan, di mana ia dapat berinteraksi secara langsung dengan [[Teras planet|teras]] yang kaya dengan silika.
*:Situasi sebegini boleh dijangka di planet kaya air ya g terletak terlalu jauh dari bintangnya sehingga tidak dimungkinkan air cecair permukaan, tetapi air bawah permukaannya berbentuk cecair disebabkan [[haba geoterma]]. Antara contoh persekitaran seumpama itu ialah [[Europa (bulan)|Europa]] dan [[Enceladus (bulan)|Enceladus]]. Di alam-alam sedemikian, bukan sahaja terdapat cahaya sebagai sumber tenaga, malah bahan-bahan organik yang dibawa masuk oleh meteorit (yang dipercayai perlu untuk memulakan hidupan dalam sesetengah senario) tidak mungkin mencapai air cecair dengan mudah. Jika planet hanya dapat menampung hidupan di bawah permukaan, maka [[biosfera]] tidak mungkin akan mengubah suai seluruh persekitaran planet dengan ketara, maka adalah teramat sukar untuk mengesan kehadiran hidupan di eksoplanet.
*Habitat '''Kelas IV''' mempunyai lapisan air cecair di antara dua lapisan ais, ataupun cecair di atas ais.
*:Jika lapisan air cukup tebal, maka air pada asasnya akan berada dalam fasa pepejal (polimorfa ais) disebabkan tekanan tinggi. [[Ganymede (bulan)|Ganymede]] dan [[Callisto (bulan)|Callisto]] mungkin tergolong dalam kelas ini, kerana lautan-lautannya dipercayai dilitupi lapisan ais tebal. Dalam keadaan sebegini, hidupan yang paling ringkas pun amat sukar hendak menjelma kerana bahan-bahan yang perlu untuk kehidupan akan dilunturkan sama sekali.
 
== Catatan ==